Hubungan antara faktor institusi dan tunggakan cukai taksiran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Malaysia

Razlan Abdul Razak, Rosiati Ramli, Mohd Rizal Palil

Abstract


Assessment tax is the tax imposed by the Local Authorities (LA) on property. Based on the Auditor-General’s Report, all LAs in Malaysia are facing unsatisfactory assessments tax collection and tax arrears are increasing every year. The main purpose of this study is to identify factors that contribute to this situation, in particular identifying the relationship between the internal factors of the local authorities and the assessment tax arrears. There are three main areas being studied, namely the organizational structure, campaign and promotion, and the enforcement actions taken by local authorities. The study conducted surveys on all 99 LAs in Peninsular Malaysia and found out that there are three factors which contribute significantly to the assessment tax arrears. The first factor is to create a special department / division for assessment tax arrears, secondly the category of LA, and the third is the level of dependency of the LAon assessment tax revenue. The study suggests that each LAneeds to be restructured by creating a special division of assessment tax arrears, and focuses more on the effective enforcement measures.

ABSTRAK

Cukai taksiran adalah cukai yang dikenakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) ke atas hartanah. Berdasarkan kepada Laporan Ketua Audit Negara, semua PBT di Malaysia menghadapi masalah kutipan cukai taksiran yang tidak memuaskan dan tunggakan cukai cukai yang semakin meningkat setiap tahun. Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenalpasti faktor-faktor yang menyumbang kepada situasi ini, khususnya mengenalpasti hubungan diantara faktor dalaman institusi PBT dan tunggakan cukai taksiran. Terdapat tiga faktor utama yang dikaji di dalam kajian ini iaitu struktur organisasi, kempen dan promosi, serta tindakan penguatkuasaan yang dilaksanakan oleh PBT. Kajian telah membuat soalselidik ke atas kesemua 99 PBT di Semenanjung Malaysia dan  mendapati terdapat tiga faktor yang menyumbang secara signifikan kepada tunggakan cukai taksiran. Faktor tersebut adalah mewujudkan jabatan/bahagian khas tunggakan cukai taksiran, kategori PBT itu sendiri dan tahap kebergantungan PBT terhadap hasil cukai taksiran. Kajian mencadangkan PBT perlu melakukan penstrukturan semula dengan mewujudkan bahagian khas tunggakan cukai taksiran dan menfokuskan kepada tindakan penguatkuasaan yang lebih berkesan.


Keywords


Pihak Berkuasa Tempatan; kutipan cukai taksiran; tunggakan cukai taksiran; Akta Kerajaan Tempatan 1976; faktor institusi; penguatkuasaan

Full Text:

PDF


DOI: http://dx.doi.org/10.17576/AJAG-2017-08SI-14

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


This journal is indexed by:

   

 

ISSN : 2180-3838

e-ISSN : 2716-6060