Faktor-Faktor Mempengaruhi Perlaksanaan Perakaunan Pengurusan Alam Sekitar dan Kesan ke atas Prestasi Syarikat Pembinaan di Malaysia

Haslina Hassan, Ruhanita Maelah, Amizawati Mohd Amir, Mohd Rizal Palil

Abstract


Isu alam sekitar sangat ketara dalam kalangan industri pembinaan kerana aktiviti pembinaan memberi kesan terhadap alam sekitar. Tekanan terhadap syarikat pembinaan untuk lebih bertanggungjawab dalam memulihara alam sekitar semakin meningkat. Amalan sistem pengurusan alam sekitar (SPAS) adalah sebahagian usaha untuk meningkatkan pengurusan alam sekitar. Perakaunan pengurusan alam sekitar (PPAS) adalah satu cabang SPAS yang merupakan alat pengurusan yang mampu mengesan dan mengenal pasti kos dan pergerakan fizikal alam sekitar. Perlaksanaan PPAS dalam industri pembinaan di Malaysia masih pada tahap sederhana kerana dipercayai PPAS meningkatkan kos seterusnya menurunkan prestasi ekonomi organisasi. Selain itu terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi pelaksanaan PPAS dan kesesuaian faktor dalam sesebuah organisasi adalah penting untuk memastikan PPAS mampu meningkatkan prestasi alam sekitar dan organisasi. Kajian ini melihat faktor yang mendorong PPAS dalam industri pembinaan di Malaysia dan seterusnya menentukan hubungan antara PPAS dan prestasi alam sekitar dan juga prestasi ekonomi organisasi. Data diperolehi melalui kaedah tinjauan menggunakan soal selidik dan dianalisis berdasarkan Pemodelan Persamaan Berstruktur menggunakan perisian AMOS. Responden terdiri daripada 189 akauntan syarikat pembinaan yang berdaftar dengan CIDB dan dalam Gred pendaftaran G7. Kajian mendapati faktor luaran dan faktor dalaman mempunyai hubungan langsung yang signifikan dengan PPAS, PPAS juga mempunyai hubungan langsung yang signifikan terhadap prestasi alam sekitar dan prestasi ekonomi organisasi. Prestasi alam sekitar dan prestasi ekonomi organisasi juga mempunyai hubungan langsung yang signifikan. Implikasinya kajian menunjukkan pelaksanaan PPAS mampu meningkatkan prestasi alam sekitar dan  prestasi ekonomi organisasi. Sehubungan itu PPAS wajar dilaksanakan oleh syarikat pembinaan kerana selain boleh memulihara alam sekitar, prestasi ekonomi organisasi juga meningkat. 


Keywords


Perakaunan pengurusan alam sekitar; faktor dalaman; faktor luaran; prestasi alam sekitar; prestasi ekonomi

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


This journal is indexed by: