Tadbir Urus Baik dan Peranan Amalan Perakaunan Pengurusan: Tinjauan di Organisasi Pelancongan Negara

Siti Zurina Aziz, Amizawati Mohd Amir, Sofiah Md Auzair

Abstract


Setiap organisasi berfungsi dalam suatu rangka tadbir urus. Sebahagian daripada rangka kerja ini ditentukan oleh faktor luaran, namun beberapa aspek tadbir urus juga ditentukan oleh keperluan sistem yang berkesan untuk menguruskan aspek-aspek dalaman organisasi. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk mengekplorasi mengenai prinsip tadbir urus baik di organisasi pelancongan negara (OPN), sebuah badan berkanun yang menjadi penaraju sektor pelancongan negara. Kajian ini turut melihat perkaitan antara  amalan perakaunan pengurusan dengan tadbir urus baik. Data untuk kajian diperolehi menerusi soal selidik yang dihantar kepada 70 buah pusat tanggungjawab (PTJ) yang mempunyai pengurusan dan kawalan sumber. Kadar respon adalah sebanyak 90% atau sebanyak 63 soal selidik telah diisi dan dikembalikan. Hasil kajian menunjukkan bahawa faktor penglibatan, pematuhan undang-undang, ketelusan, responsif, berorientasi kesepakatan, ekuiti, kecekapan dan keberkesanan, akauntabiliti dan visi strategik diterima dan dipersetujui sebagai aspek tadbir urus baik dan amalannya telah meningkat secara signifikan disebabkan keberkesanan penggunaan amalan perakaunan pengurusan. Ini menunjukkan bahawa amalan perakaunan pengurusan memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan tadbir urus baik. Kajian ini memberi sumbangan dari segi mempromosikan pencapaian tadbir urus baik bagi mengembalikan keyakinan masyarakat terhadap sistem pentadbiran dan pengurusan sumber terutamanya Badan-badan Berkanun Persekutuan (BBBP). Seterusnya penemuan  ini diharap dapat menyumbang kepada memperkasakan penggunaan amalan perakaunan pengurusan bagi mencapai satu kombinasi tadbir urus baik dalam sistem pentadbiran awam.

 


Keywords


Tadbir urus baik; amalan perakaunan pengurusan; pelancongan; sektor awam; Malaysia

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


This journal is indexed by: