Faktor-Faktor Mempengaruhi Tempoh Penyelesaian Kes Siasatan Cukai di Malaysia: Perspektif Pegawai Pengurusan Atasan LHDNM

Helmy Mohd Daud, Rosiati Ramli, Romlah Jaffar, Mohd Mohid Rahmat

Abstract


Siasatan cukai adalah tindakan penguatkuasaan bagi mengutip cukai kebelakangan daripada aktiviti pengelakan dan pelarian cukai. Oleh itu penyelesaian sesuatu kes siasatan cukai amat penting dalam memastikan hasil cukai sebenar yang sepatutnya dikutip. Bagaimanapun, kajian lepas mendapati majoriti kes siasatan cukai melibatkan tempoh penyelesaian yang lebih lama daripada yang disarankan dan mengakibatkan kelewatan dalam kutipan cukai kebelakangan. Justeru kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang menyumbang kepada tempoh penyelesaian kes siasatan cukai. Kajian ini telah memilih untuk menemubual empat pegawai atasan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) menggunakan kaedah temu bual separa struktur bagi mendapat penjelasan yang baik. Hasil menunjukkan empat faktor yang mempengaruhi tempoh penyelesian kes siasatan cukai iaitu kecekapan pegawai LHDNM, strategi penguatkuasaan, penalti cukai, dan teknik siasatan.  Hasil kajian juga mendapati bahawa faktor undang-undang cukai tidak mempengaruhi tempoh penyelesaian kes siasatan cukai. Berdasarkan pemerhatian kajian lepas, kajian ini merupakan yang pertama di Malaysia yang menggunakan responden dari kalangan pembuat dasar dan polisi siasatan cukai. Hasil kajian ini dapat membantu orang ramai khususnya pembayar cukai untuk memahami mengapa siasatan cukai mengambil masa yang lama untuk diselesaikan.   


Keywords


Siasatan cukai; Rangka Kerja Siasatan Cukai; tempoh penyelesaian kes siasatan cukai

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


This journal is indexed by: