Penentu Pergerakan Hasil Bon Kerajaan di Malaysia: Analisis Model Auto Regresif Lat Tertabur (ARDL)

Mazwinda Mawardi, Zulkefly Abdul Karim, Bakri Abdul Karim

Abstract


Pergerakan hasil bon kerajaan memainkan peranan yang penting kepada tadbir urus ekonomi sesebuah negara khususnya kepada pihak kerajaan, pelabur dan pengurus dana. Kadar hasil bon kerajaan yang relatif tinggi akan meningkatkan kos pembayaran kadar bunga oleh pihak kerajaan, dan jika  berpanjangan situasi ini akan menjejaskan kedudukan kewangan kerajaan pada masa hadapan. Justeru, kajian ini bertujuan untuk menganalisis faktor-faktor yang mempengaruhi pergerakan kadar hasil bon kerajaan  berdasarkan kepada tiga bentuk struktur tempoh kadar bunga iaitu bon jangka pendek, jangka sederhana dan jangka panjang. Model penentu kadar hasil bon telah dianalisis dengan menggunakan kaedah auto regresif lat tertabur (ARDL). Hasil kajian mendapati berlakunya kointegrasi atau hubungan jangka panjang antara pemboleh ubah defisit fiskal, hutang kerajaan, kadar pertukaran asing, dan kadar pertumbuhan ekonomi ke atas ketiga-tiga struktur tempoh hasil bon kerajaan tersebut. Selain itu, dalam jangka panjang, defisit fiskal, hutang kerajaan dan kadar pertukaran mempunyai pengaruh yang signifikan ke atas hasil bon kerajaan. Penemuan kajian ini menunjukkan penggubal dasar fiskal perlu lebih berhati-hati dalam mentadbir urus belanjawan defisit dan hutang negara, di samping peranan Bank Negara Malaysia dalam mengawal kestabilan kadar pertukaran asing bagi memastikan kestabilan kadar bunga bon-bon kerajaan untuk kepentingan negara.


Keywords


Hasil bon; auto regresif lat tertabur (ARDL); model dana boleh pinjam

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


This journal is indexed by:

   

 

ISSN : 2180-3838

e-ISSN : 2716-6060