Pengiklanan Yuran Guaman oleh Peguam: Persepsi Awam dan Peguam

Harlina Mohamed On

Abstract


Pengiklanan oleh peguam dikawal oleh Kaedah-Kaedah Profesion Undang-Undang (Publisiti) 2001, Kaedah-Kaedah Profesion Undang-Undang (Amalan dan Etiket) 1978 dan keputusan-keputusan Majlis Peguam yang berkaitan.  Walaupun kaedah dan keputusan ini membenarkan peguam untuk mengiklankan amalannya dalam pelbagai cara dan medium, tetapi hanya ‘maklumat yang diluluskan’ boleh diiklankan.  Namun, sebahagian besar daripada ‘maklumat yang diluluskan’ ini terbatas kepada biodata peguam serta butiran mengenai firma dan rakan kongsi peguam.  Maklumat yang lebih penting untuk diketahui awam dan yang boleh membantu mereka untuk membanding serta memilih perkhidmatan peguam yang menepati keperluan mereka, tidak boleh diiklankan.  Salah satunya ialah maklumat mengenai yuran guaman yang dikenakan oleh peguam.  Makalah ini membincangkan tentang sekatan untuk mengiklan yuran guaman seperti yang terkandung dalam kaedah publisiti yang mengawal profesion guaman Malaysia dan membandingkannya dengan peraturan yang dikuatkuasakan di Amerika Syarikat dan United Kingdom.  Soal selidik untuk meninjau persepsi awam dan peguam berhubung isu ini turut diedarkan dan dapatannya dipersembahkan secara deskriptif.  Hasil kajian menunjukkan bahawa majoriti pihak awam mempunyai persepsi bahawa maklumat mengenai yuran guaman adalah maklumat yang sesuai diiklankan.  Namun, pihak peguam mempunyai persepsi sebaliknya.  Akhir sekali, penulis menyaran beberapa penambahbaikan terhadap kaedah sedia ada, bagi memenuhi keperluan semasa. 


Keywords


Pengiklanan; perkhidmatan peguam; yuran guaman

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


This journal is indexed by:

   

 

ISSN : 2180-3838

e-ISSN : 2716-6060