Peranan Sistem Kawalan Dalaman Dan Modal Insan Strategik Terhadap Prestasi Koperasi Di Malaysia
Abstract
ABSTRAK
Kajian ini mengkaji hubungan antara sistem kawalan dalaman (SKD) terhadap prestasi koperasi serta peranan Modal Insan Strategik dalam mengukuhkan hubungan antara SKD dan prestasi koperasi dengan memastikan pekerja mempunyai keupayaan untuk melaksanakan tugas dengan cekap dan berkesan. Modal Insan Strategik merupakan penjajaran proaktif antara pengurusan bakat dan objektif strategik organisasi kerana modal insan yang kompeten mampu mempengaruhi kecekapan koperasi. Sebanyak 221 soal selidik yang lengkap yang mewakili kadar respons sebanyak 58.6% telah dikutip daripada 377 koperasi yang diwakili oleh Anggota Lembaga Koperasi (ALK) atau Pengurus Koperasi sebagai responden. Hasil kajian menunjukkan bahawa komponen SKD, aktiviti kawalan koperasi, pemantauan koperasi dan penilaian risiko mempunyai kesan positif dan signifikan terhadap prestasi koperasi. Selain itu, Modal Insan Strategik didapati menyederhanakan hubungan antara SKD dan prestasi koperasi khususnya pada aspek penilaian risiko dan komunikasi maklumat. Kajian ini juga menekankan kepentingan Modal Insan Strategik dalam memperkukuhkan hubungan antara SKD dan Prestasi Koperasi. Koperasi yang ingin meningkatkan prestasi mereka harus melabur dalam pembangunan modal insan yang berpengetahuan dan berkemahiran inovatif dalam memastikan kejayaan koperasi.
Keywords
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.
This journal is indexed by:


ISSN : 2180-3838
e-ISSN : 2716-6060