PENDEKATAN PEMBELAJARAN BERASASKAN SIMPOSIUM: MENGASAH PEMIKIRAN KRITIS DAN KOMUNIKASI DALAM MELAHIRKAN GRADUAN KOMPETITIF
Abstract
Simposium telah diimplementasikan sebagai satu strategi untuk mengukuhkan kemahiran komunikasi dan pemikiran kritis dalam kalangan pelajar kejuruteraan mekanikal, dengan matlamat melahirkan graduan yang bersifat kompetitif. Graduan yang kompetitif mempunyai kaitan rapat dengan kebolehpasaran graduan kerana ciri-ciri yang dimiliki oleh graduan kompetitif seperti menguasai kemahiran teknikal, insaniah, dan kebolehan adaptasi terhadap perubahan yang mampu meningkatkan peluang mereka untuk diterima bekerja. Justeru, kajian ini meneroka pendekatan alternatif dalam pembelajaran iaitu pendekatan pembelajaran berasaskan simposium. Kajian ini menerangkan secara terperinci proses pelaksanaan simposium ini yang mempunyai dua fasa iaitu Fasa I – penganjuran simposium (CTME2024) dan Fasa II - penerbitan. Tema simposium memfokuskan kepada topik terkini kejuruteraan. Simposium ini telah memberi peluang kepada pelajar untuk membentangkan hasil kajian mereka, bertukar idea, serta menerima maklum balas konstruktif daripada rakan sebaya, pensyarah dan panel industri yang secara tidak langsung meningkatkan keyakinan dan kemahiran komunikasi mereka. Nilai tambah graduan dapat ditingkatkan kerana mengintegrasikan elemen pembelajaran aktif seperti pembentangan, perbincangan, dan interaksi akademik. Hasil kajian menunjukkan peningkatan yang signifikan dalam kemahiran komunikasi dan pemikiran kritis pelajar melalui aktiviti ini. Malah kemampuan artikel yang dihasilkan oleh pelajar berjaya diterbitkan dalam jurnal berindeks MyCite memberi isyarat positif terhadap matlamat melahirkan graduan yang kompetitif. Implikasi kajian ini mencadangkan bahawa integrasi simposium dalam kurikulum kejuruteraan mekanikal boleh menjadi strategi yang efektif untuk memperkasa graduan.
Keywords
Full Text:
PDFReferences
Ali, M., & Noordin, S. (2010). Hubungan antara kemahiran berfikir kritis dengan pencapaian akademik dalam kalangan pelajar Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. Jurnal Teknologi, 52, 45-55.
Bahrim, T. A. I. T. K., Azahari, H. I. H., Zulkarnal, N. A. A., Sallehhudin, N. A., & Yusop, R. M. (2019). High rate of unemployment among graduates in Malaysia. E-Journal of Media and Society, 2(2), 69-83.
Ilah Hafiz Aziz. (November 1, 2023). KPT perluas potensi gaji premium RM4,000 untuk graduan. Berita Harian. Retrieved from https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/11/1171779/kpt-perluas-potensi-gaji-premium-rm4000-untuk-graduan
Ibrahim, N. A. N., & Mahbob, M. H. (2021). Keterampilan peribadi pelajar sebagai satu bentuk kemahiran komunikasi dan kepentingannya dalam pasaran dunia pekerjaan. Malaysian Journal of Communication, 37(1), 209-226.
Muhamad Hazrul Ismail. (2012). Kajian mengenai kebolehpasaran siswazah di Malaysia: Tinjauan dari perspektif majikan. Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke VII (PERKEM VII) Transformasi Ekonomi dan Sosial Ke Arah Negara Maju, Ipoh, Perak, 2, 906-913.
Roslan, M. S., Hussain, M. A. M., & Zulkifli, R. M. (2023). Komparatif kemahiran kebolehpasaran pelajar Persijilan Kemahiran Malaysia dengan keperluan bakal majikan di industri. Global Journal of Educational Research and Management, 3(2), 67-79.
Saiman, M. Z. B. (2022). analisis kajian faktor dan punca pengangguran di Malaysia: Sorotan tinjauan dari tahun 2010–2020. The Proceedings of the 3rd International Conference on Business, Education, Social and Technology, Kuala Lumpur, 123 – 132.
Xu, E., Wang, W., & Wang, Q. (2023). The effectiveness of collaborative problem solving in promoting students’ critical thinking: A meta-analysis based on empirical literature. Humanities and Social Sciences Communications, 10(1), 1-11.
Refbacks
- There are currently no refbacks.
Index