Gaya Pengurusan Konflik dan Kesannya Terhadap Institusi Kekeluargaan dalam Novel Saga (Conflict Management Styles and Its Impact on Family Institution in Novel Saga)

Norazlina Mohd Kiram, Raja Masittah Raja Ariffin, Jama’yah Zakaria

Abstract


ABSTRAK

 

Dalam budaya konteks tinggi, penjagaan ‘air muka’ sangat penting kerana berkait rapat dengan maruah dan harga diri yang menjadi asas kepada berlakunya konflik. Konflik berlaku akibat daripada perbezaan matlamat, nilai dan persepsi individu. Dalam institusi kekeluargaan, konflik tidak dapat dielakkan namun boleh ditangani dengan menggunakan gaya pengurusan konflik yang sesuai. Gaya pengurusan konflik bergantung pada persepsi seseorang itu terhadap konflik yang wujud dengan melihatnya sebagai sesuatu yang negatif, positif atau  peluang untuk menjadi lebih kreatif. Objektif kajian ini ialah untuk mengenal pasti gaya pengurusan konflik dan kesannya terhadap institusi kekeluargaan serta merumuskan gaya pengurusan konflik yang dapat mengelakkan berlakunya perpecahan dalam keluarga.  Data diambil daripada sembilan peristiwa dalam novel, SAGA karya  Abdul Talib Mohd. Hassan dan dianalisis dengan menggunakan pendekatan kualitatif dan kaedah analisis kandungan. Kajian ini menggunakan Teori Pengurusan Air Muka Ting-Toomey dengan menumpukan kepada gaya pengurusan konflik. Terdapat lima gaya pengurusan konflik, iaitu mengelak, obligasi, kompromi, dominasi dan integrasi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa konflik berlaku disebabkan perasaan aib dan malu yang menjejaskan ‘air muka’ individu dan keluarga. Setiap gaya pengurusan konflik yang dipilih akan memberikan kesan sama ada positif atau negatif terhadap hubungan kekeluargaan. Kajian juga mendapati, personaliti individu mempengaruhi gaya pengurusan konflik dan memberi kesan terhadap keharmonian keluarga.

 

Kata Kunci:  Konflik; gaya pengurusan konflik; ‘air muka’; budaya konteks tinggi; institusi kekeluargaan


ABSTRACT

 

In high context culture, maintenance of 'face' is very important as it is closely linked with the person’s dignity and self-respect which is fundamental to conflict existence. Conflict occurs due to differences in goals, values and individual perceptions. Conflict in the family institution is inevitable, nevertheless it can be dealt by using appropriate conflict management styles. Conflict management style employed depends on the person's perception towards the particular conflict as to whether it is seen as negative, positive, or an opportunity to be more creative. The objective of this study  is to examine the conflict management styles used and its impact towards  family institution and  to formulate conflict management styles which could  evade disintegration in family unity. Data is taken from nine events in the novel SAGA written by Abdul Talib Mohd. Hassan and analyse using qualitative approach and content analysis. This study uses Management  Theory of Face developed by Ting-Toomey which focuses on  Conflict Management Styles.  There are five conflict management styles; obliging, compromy, domination, and integration. The findings show that conflicts happened  due to shame and disgrace which may affect individual and family ‘face’. Every conflict management style chosen may affect family relationships positively or negatively. Individual personality influences conflict management style and affect the harmony in a family.

 

Keywords: Conflict; conflict management style; ‘face’; high context culture; family institution


Full Text:

PDF

References


Abdul Talib Mohd. Hassan. 2004. SAGA. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Ainon Mohd. & Abdullah Hassan. 2006. Koleksi Terindah Peribahasa Melayu. Edisi Kemas Kini. Selangor: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Aizan Sofia Amin, Jamiah Manap & Noremy Md Akhir. 2016. Peranan Keluarga dalam Kehidupan Kanak-Kanak Kurang Upaya Malaysia. Jurnal Akademika, 86 (1): 21-30.

Arbak Othman. 2006. Budaya Berbahasa: Berbudayakah Kita? Dewan Budaya, 28(6): 10-16.

Asmah Haji Omar. 1996. Wacana Perbincangan, Perbahasaan dan Perundingan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Che Ibrahim Salleh & Siti Zainab Hassim. 2011. Kesantunan Berbahasa dalam Masyarakat Melayu. Dalam Kedinamikan Bahasa Dalam Budaya, Isu & Trend, disunting oleh Zaitul Azma Zainon Hamzah, Adi Yasran Abdul Aziz dan Abdul Rashid Daing Melebek, 174-193. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Conrad, C. 1985. Strategic Organizational Communication. New York: CBS College Publishing.

Deutsch, Morton. 1990. Sixty Years of Conflict. International Journal of Conflict Management, 1:237-263.

Elsayed-Ekhouly, S.B. & Buda, R. 1996. “Organization Conflict: A Comparative Analysis of Conflict Styles Across Cultures. The International Journal of Conflict Management, 7 (1) January: 71-81.

Griffin, E. 2012. A First Look at Communication Theory. Eighth Edition. New York: McGraw-Hill.

Indirawati Zahid. 2012. Kesantunan Melayu ke Arah Situasi Bebas Konflik. Dalam Prinsip dan Aplikasi Kesantunan Berbahasa, disunting oleh Marlyna Maros, Mohammad Fadzeli Jaafar dan Maslida Yusof, 170-189. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Jamaliah Mohd Ali. 1999. Ketakterusan Berbahasa dalam Komunikasi: Satu Kajian dalam Urusan Perniagaan dan Hubungan di Kalangan Pekerja Melayu. Dewan Bahasa, 43 (7): 610-615.

Jensen-Campbell, L.A, Gleason K.A & Malcolm, K.T. 2003. Interpersonal Conflict, Agreeableness, and Personality Development. Journal of Personality, 71 (6) December: 1059-1086.

Kamariah Kamarudin, Zaitul Azma Zainon Hamzah, Norazlina Mohd Kiram & Nor Azwan Yaakob. 2011. Konsep Budiman dalam Novel-novel Melayu Pilihan. Dlm Kedinamikan Bahasa Dalam Budaya, Isu & Trend, disunting oleh Zaitul Azma Zainon Hamzah, Adi Yasran Abdul Aziz dan Abdul Rashid Daing Melebek, 277-287. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Maniyamin Ibrahim. 1998. Memahami World View Orang Melayu Melalui Bahasa Metafora. Dewan Bahasa, 42 (5): 388-392.

Maslida Yusof. 2012. Perlakuan Maaf sebagai Strategi Memulihkan Keadaan. Dalam Prinsip dan Aplikasi Kesantunan Berbahasa, disunting oleh Marlyna Maros, Mohammad Fadzeli Jaafar dan Maslida Yusof, 250-264. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohammad Fadzeli Jaafar. 1998. Budaya Merendah Diri dalam Masyarakat Melayu. Dewan Bahasa, 42 (1): 68-73.

Mohd. Foad Sakdan. 2005. Pengurusan Konflik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nur Afiqah Wan Mansor & Nor Hashimah Jalaluddin. 2015. Deria Rasa dalam Kiasan Melayu: Analisis Semantik Inkuistif. Jurnal Pertanika Mahawangsa, 2 (1): 101-116.

Sanat Md Nasir.1998. Konsep Penting dalam Pengajian Melayu. Dalam Pengajian Melayu Memasuki Alaf Baru, disunting oleh Sanat Md Nasir dan Rogayah A. Razak. Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.

Saodah Wok, Narimah Ismail & Mohd. Yusof Hussain.2003. Teori-Teori Komunikasi. Bentong: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Straus M.A.1979. Measuring Intrafamily Conflict and Violence: The Conflict Tactics (CT) Scales. Journal of Marriage and the Family, 41 (1) February: 75-88.

Ting-Toomey, S. 1988. Intercultural Conflict Styles: A Face-Negotiotion Theory. In Theories in Intercultural Communication, edited by Young Yun Kim and Gudykunst, W.S. Beverly Hill, Calif: Sage.

Yaacob Harun. 2001. Kosmologi dalam Organisasi Kekeluargaan Melayu. Dalam Kosmologi Melayu, disunting oleh Yaacob Harun. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


ISSN: 0126-5008

eISSN: 0126-8694