“Impian Sarawak” menjadi Deman Adenan: Kegagalan Strategi Pembangkang dalam Pilihan Raya Sarawak ke-11 (“Impian Sarawak” become Adenan Fever: Failure of Opposition Strategy in 11th Sarawak Election)

Suffian Mansor, Awang Azman Awang Pawi, Ahmad Kamal Ariffin Mohd. Rus

Abstract


Sarawak dianggap sebagai deposit tetap Barisan Nasional (BN). Sukar bagi pembangkang iaitu Pakatan Harapan (PH) mengalahkan BN di Sarawak. Berdasarkan pilihan raya umum mahupun negeri sebelum ini PH gagal mendapat sokongan padu pengundi Sarawak. Ini kerana BN telah menunjukkan prestasi baik dalam membangunkan negeri Sarawak. Pembangunan yang dirancang dan digerakkan oleh BN telah menarik sokongan rakyat Sarawak. Manakala pembangkang terutamanya PH masih gagal menunjukkan mereka mampu membangunkan negeri Sarawak. Ini kerana PH gagal menunjukkan mereka sebuah parti memberi pembangunan untuk Sarawak. Atas sebab ini usaha telah dibuat oleh PH terutama DAP bagi memberi pembangunan kepada penduduk Sarawak. Untuk merealisasikan usaha mereka ini maka usaha di peringkat akar umbi digerakan seperti Impian Sarawak. Usaha ini telah digerakkan di kawasan pendalaman yang merupakan kubu kuat BN. Namun demikian usaha mereka ini gagal meraih sokongan yang diharapkan. Keputusan pilihan raya ke-11 menunjukkan bahawa BN bertambah kuat. Beberapa kerusi yang dimenangi oleh pembangkang dahulu kembali kepada BN. Keadah kajian ini berdasarkan kaedah kajian sejarah iaitu berdasarkan analisis kandungan terhadap surat khabar dan buku-buku sejarah dan politik. Selain itu kajian ini juga melibatkan kajian lapangan dengan melakukan tinjauan sebelum, semasa dan selepas pilihan raya dijalankan. Dapatan daripada kajian ini menunjukkan bahawa kepimpinan Adenan Satem dan sifat kenegrian berjaya melenyapkan isu nasional seperti GST dan 1MDB. Malahan Impian Sarawak dan program-program pembangkang yang lain nampak terlalu kecil untuk meraih sokongan pengundi Sarawak. Kejayaan Barisan Nasional ini memberi isyarat bahawa Sarawak masih lagi simpanan deposit Barisan Nasional. Oleh itu artikel ini memperincikan tentang faktor-faktor ini bagi menerangkan dapatan tersebut.


Kata kunci: Pilihan Raya; Politik; Adenan Satem; Sarawak; BN

Abstract


Sarawak is considered as fixed deposit to Barisan Nasional (BN). It very hard for the opposition especially Pakatan Harapan (PH) to defeat BN. Based on the previous general and state elections, PH fail to get strong support from Sarawak’s voters. This happen because of BN had showed good proformamce in developed Sarawak. The development which had been plan and mobilized by BN had attracted the support from the Sarawak’s people. On the other hand the opposition especially the PH had fail to show that their party could developed Sarawak. Owing to this PH especially DAP had mobilized their effort to develop Sarawak. In order to fulfill their target the Impian Sarawak is launched to help the rural people. Rural area is a stronghold of BN. However, their efforts have failed to achieve what they want. The election results show that the BN became stronger. Some of the seats won by the opposition had been captured by BN. The method of this study is based history method which would based on content analysis on the newspaper and books related to history and politic. In addition this research also used field work survey which would involved the ground survey before, during and after the election. The findings of this study show that Adenan Satem's leadership and provincialism had managed to obliterate national issues such as GST and 1MDB. Even Impian Sarawak and other opposition programs seem too small to gain support from Sarawak voter. The BN's victory signaled that Sarawak still fix deposit for BarisanNasional. Therefore, this article will examine these factors to explain these findings.

Keywords: Election, Politics, Adenan Satem, Sarawak, BN


Full Text:

PDF

References


Ali Salman et. al. 2018. Political Engagement on Social Media as Antecedent for Political Support among Voters in Malaysia. Jurnal Komunikasi 34 (2) : 152-165.

Berita Harian. 2016. Janji Pembangkang mansuh GST Hanya Propaganda: Adenan. 4 Mei.

Eichenauer, Eva. 2016. Language, Mass Media,And Democracy: The Debate Over “Kalimah Allah” in the Malaysian Print And Online Media. Kajian Malaysia 34 (1) : 1-33.

Faisal S. Hazis. 2015. Patronage, Power And Prowess: Barisan Nasional’s Equilibrium Dominance in East Malaysia. Kajian Malaysia 33 (2) : 1 - 24.

Ghazali Shafie. 2015. Memoir Ghazali Shafie: Penubuhan Malaysia. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Habids Buhigiba Mohamad Bustamam, Suffian Mansor & Mohd Samsudin. 2019. Reaksi Masyarakat Limbang terhadap Rancangan Pembentukan Malaysia Melalui Siasatan Suruhanjaya Cobbold 1962. Akademika 89 (1) : 161-173.

Harakah. 2016. Rakyat Sarawak Perlu Tolak Calon GST. 29 April – 1 Mei.

Jeniri Amir. 2013. Politik Sarawak: Perspektif Penganalisis. Kota Samarahan: Penerbit Universiti Malaysia Sarawak.

Kwok Chin Hoe & Haris Abd Wahab. 2013. Manfaat daripada Pelaksanaan Program Pembasmian Kemiskinan di Daerah Song, Sarawak. Akademika 83(2&3) : 39-46.

Lee Kam Hing & Thock Ker Pong. 2014. Thirteenth General Elections (GE13): Chinese Votes And Implications on Malaysia Politics. Kajian Malaysia 32 (Supp. 2) : 25-53.

Neilson Ilan Mersat. 2013. Ethno-Nationalism and Electoral Clientelism: The Dayaks’ Experience” dalam Politics and Local Government in Sarawak, edited by Faisal S. Hazis & Stanley Bye Kadam-Kiai, 71-108. Kota Samarahan Penerbit Universiti Malaysia Sarawak.

Mohd Azizuddin Mohd Sani. 2014. The Social Media Election in Malaysia: The 13th General Election in 2013. Kajian Malaysia 32 (Supp.2) : 123-147.

Ramli Dollah & Zainus Sagi Khusyairy Pangkas. 2017. Aktor Bukan Negara dan Keselamatan Nasional di Malaysia: tentera Diraja Sulu dan Pencerobohan Lahad Datu. 2013. Akademika 87 (3) : 15-29.

Straumann, Lukas. 2014. Money Logging: On the trial of the Asian Timber Mafia. Basel: Bergli Books.

Suara Keadilan. 2016. 7 lagi termasuk Speaker Selangor dihalang masuk. 26 April.

Suara Keadilan. 2016. Tawaran Keadilan Untuk Sarawak. 3 Mei.

Suffian Mansor & Awang Azman Awang Pawi. 2019. Pelaksanaan Penggunaan Bahasa Melayu di Sarawak: Antara Hak Negeri dan Kepentingan Nasional (1963-1966). Akademika 89 (1) : 125-135.

Suffian Mansor. 2016. Pakatan Politik Berasaskan Kaum: Kerelevanan Dan Kelangsungan Jawatan Timbalan Ketua Menteri Sarawak (1963-2016). Jebat: Malaysian Journal of History, Politics & Strategic Studies, Vol.43 (2) : 100-123.

The Borneo Post. 2015. Soon Koh dismisses DAP’s Impian S’wak projects as propaganda. 21 January.

The Borneo Post. 2015. Dr Annuar challenges DAP to provide free medical service. 31 January.

The Borneo Post. 2015. Selangor MB: PKR can fight federal issues. 2 March.

The Borneo Post. 2016. PAS steering clear of DAP candidates. 26 April.

The Borneo Post. 2016. Immigration has gone overboard, say Ling. 30 April.

The Borneo Post. 2016. Voon’s proper not a bankrupt, PKR clarifies. 27 April.

The Borneo Post. 2016. Indian community expected to support Adenan. 28 April.

The Star. 2016. Pakatan left in disarray. 26 April.

The Star. 2016. PKR accuses DAP of giving away Bukit Kota to Barisan. 27 April.

Utusan Malaysia. 2016. RM1.67b bayar pampasan tanah. 30 April.

Utusan Malaysia. 2016. Projek ‘Impian Sarawak’ hanya gimik. 5 Mei.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


ISSN: 0126-5008

eISSN: 0126-8694