Persekitaran Ekosistem dalam Novel Kanak-Kanak Terpilih (Exosystem Environment in Selected Children’s Novel)

Rohayati Binti Junaidi, Tengku Intan Marlina Binti Tengku Mohd Ali, Madiawati Mustaffa @ Mamat

Abstract


Makalah ini bertujuan untuk menganalisis persekitaran kanak-kanak dari sudut ekosistem dalam novel kanak-kanak yang terpilih. Novel-novel kajian, ialah Memori Atikah (2002), Azrul Wira Anak Laut (2006), Umairah dan Kuda Putih (2008), Suteki De Ne Aleena (2013) dan Rahsia Dhia (2014). Persekitaran yang melingkungi kehidupan kanak-kanak terdiri daripada sistem dan peraturan yang digubal oleh manusia dan organisasi tertentu dalam mempengaruhi perkembangan kanak-kanak. Berdasarkan persekitaran yang melingkungi kanak-kanak dalam novel, didapati persekitaran ekosistem memainkan peranan penting dalam mempengaruhi perkembangan psikologi kanak-kanak. Oleh itu, kajian ini menganalisis persekitaran ekosistem yang melingkungi kehidupan kanak-kanak dalam mempengaruhi perkembangan psikologi dan akademik kanak-kanak. Masalah yang melibatkan kanak-kanak semakin berleluasa dan persekitaran ekosistem turut memainkan peranan penting dalam mempengaruhi kanak-kanak. Oleh yang demikian, persekitaran ekosistem perlu dititikberatkan dalam novel kanak-kanak supaya memberi panduan kepada ibu bapa khususnya, dan masyarakat amnya terhadap pengaruh ekosistem dalam pembentukan psikologi dan akademik kanak-kanak. Kajian ini mengaplikasikan salah satu prinsip dalam Teori Ekologi Bronfenbrenner (1979), iaitu ekosistem bagi menganalisis teks pilihan. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini kaedah analisis kandungan teks dan kaedah kepustakaan. Dapatan analisis memperlihatkan bahawa persekitaran ekosistem yang terdiri daripada pekerjaan ibu bapa dan sistem pendidikan mempengaruhi perkembangan psikologi dan akademik kanak-kanak. Jelaslah, berdasarkan analisis yang dilakukan memperlihatkan bahawa persekitaran ekosistem menekankan persekitaran yang tidak melibatkan kanak-kanak dalam membuat keputusan, namun akibat daripada keputusan dan tindakan akan memberi kesan terhadap perkembangan psikologi kanak-kanak. Kesimpulannya, kajian ini memperlihatkan bahawa keperluan persekitaran ekosistem perlu diberi perhatian dalam melahirkan kanak-kanak yang seimbang dari segi psikologi dan akademik.

 

Kata kunci: Ekosistem; Teori Ekologi Bronfenbrenner; Novel Kanak-kanak; Psikologi; Akademik; Persekitaran Kanak-kanak


Abstract 


This study aims to examine the environment of children from an exosystem perspective in children's selected novels. Research novels, are Memori Atikah (2002), Azrul Wira Anak Laut (2006), Umairah dan Kuda Putih (2008), Suteki De Ne Aleena (2013) and Rahsia Dhia (2014). The environment surrounding children's lives is comprised of systems and regulations designed by humans and organizations influencing the development of children. Based on the environment surrounding children in the novel, exosystem environment is playing an important role in influencing children's psychological development. Thus, this study analyzes the exosystem environment surrounding children's lives in influencing the psychological and academic development of children. Problems involving children are increasingly widespread and the exosystem environment also plays an important role in influencing children. Consequently, exosystem environments need to be emphasized in children's novels to guide parents, in particular, and the general public on the influence of exosystems on the children development of psychological and academic. This study applies one of the principles in Bronfenbrenner's Ecological Theory (1979), a exosystem of analyzing texts. The method used in this study is library method and text analysis. The findings show that exosystem environments consisting of parents and educational systems affect the psychological and academic development of children. Obviously, based on the analysis it shows that the exosystem environment emphasizes environment that does not involve children in making decision but as a consequence of decisions and actions will affect the psychological development of children. In conclusion, the exosystem environment needs to be given attention to producing balanced children in psychologically and academically.

 

Keywords: Exosystem; Ecological Theory Bronfenbrenner; Children’s Novel; Psychology; Academic; Children Environmental


Full Text:

PDF

References


Abd. Razak Zakaria & Norani Mohd Salleh. 2011. Konteks Keluarga dan Hubungannya dengan Penglibatan Ibu Bapa dalam Pendidikan Anak-anak di Sekolah Menengah. Jurnal Pendidikan Malaysia 36 (1): 35-44.

Awang Abdullah. 2002. Memori Atikah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Bates, J. W. 2002. Play. In Child Development, edited by Salkind, N. J., 309-312. New York: Macmillan Reference USA.

Bronfenbrenner, U. 1979. The Ecology of Human Development: Experiments by Nature and Design. Cambridge, MA: Harvard University Press.

Bronfenbrenner, U. 1986. Ecology of the Family as a Context for Human Development: Research Perspectives. Developmental Psychology 22: 723-742.

Dewan Sastera. 2010. Laporan Panel Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2010/2011 (Kategori Kanak-kanak dan Remaja). Dewan Sastera, http://dwnsastera.dbp.my/?p=1507. Retrieved on: 25 Julai 2018.

Ee, Ah Meng. 1992. Psikologi Perkembangan: Aplikasi dalam Bilik Darjah. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.

Hassan Omar. 2006. Azrul Wira Anak Laut. Selangor: ‘K’ Publishing Sdn. Bhd.

Kusyi Hirdan. 2010. Umairah dan Kuda Putih. Selangor: PTS One Sdn Bhd.

Mass Ruhaiza Ali. 2013. Suteki Da Ne Aleena. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan dan Bahasa Malaysia.

Mohd Salleh Lebar. 1994. Asas Psikologi Perkembangan. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Mok, S. S. 2009. Perkembangan Kanak-kanak. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Odum, E. P. 1963. Ecology. New York: Holt, Rinehart and Winston.

Odum, E. P. (sunt.). 1996. Asas ekologi bahagian satu konsep dan prinsip ekologi asas. Terj. Patimah Ismail, Mustaffa Kamal Abd Satar & Siti Khalijah Daud. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Qutrennada Rosli & Ahmad Yunus Mohd Noor. 2017. Pengajaran dan Pembelajaran Hadith di Darul cUlūm Iḥyā’ cUlūmuddīn Alor Setar Kedah: Keberkesanan, Metodologi dan Persepsi Pelajar. Akademika 87 (3): 137-149.

Suppiah Nachiappan, Rachel Mildred Edward Munovah, Norazilawati Abdullah & Sandra Suffian. 2017. Perkembangan Kognisi dalam Kanak-kanak Prasekolah Melalui Teknik Bermain. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-kanak 6: 34-44.

Tri Na’imah. 2012. Pendidikan Karakter (Kajian dari Teori Ekologi Perkembangan). Prosiding Seminar Nasional Psikologi Islami. Universitas Muhammadiyah Purwokerto, 159-166.

Zainun Mustapha. 2014. Rahsia Dhia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zakaria Stapa, Ahmad Munawar Ismail & Noranizah Yusuf. 2012. Faktor Persekitaran Sosial dan Hubungannya dengan Pembentukan Jati Diri. Jurnal Hadhari Special Edition, 155-172.

Zuhayati Yazid. 2012. Ibu Bapa Bekerja Kurang Masa untuk Anak. Utusan, 8 Mac. http://ww1.utusan.com.my/utusan/info. Retrieved on: 20 Februari 2018.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


ISSN: 0126-5008

eISSN: 0126-8694