Pemerkasaan Mahkamah Syariah dalam Pentadbiran Harta Pusaka Masyarakat Islam menurut Kerangka Federalisme di Malaysia (Empowering Syariah Court in the Administration of Islamic Inheritance According to the Malaysian Federalism Framework)

Suhaimi Ab Rahman, Rasyikah Md Khalid, Adilah Abd Razak, Abu Bakar Jaafar

Abstract


Pengurusan dan pentadbiran harta pusaka orang Islam di Malaysia diagihkan kepada tiga agensi utama iaitu Mahkamah Tinggi, Seksyen Pembahagian Pusaka Kecil di bawah Pejabat Ketua Pengarah Tanah dan Galian dan Amanah Raya Berhad. Manakala Mahkamah Syariah hanya berperanan untuk mengeluarkan sijil faraid dan dirujuk apabila timbul isu-isu koleteral dalam pengurusan dan pentadbiran harta seperti isu keesahan perkahwinan, pengesahan ahli waris dan hak ahli waris. Oleh itu, Mahkamah Syariah bukan tempat rujukan wajib tetapi dianggap sebagai pelengkap dalam sistem sedia ada. Keadaan ini adalah janggal kerana pengurusan dan pentadbiran harta pusaka orang Islam adalah berkaitan syarak maka insitutsi selayaknya untuk menyelesaikan isu ini adalah Mahkamah Syariah. Kajian ini dijalankan untuk menilai kedudukan Mahkamah Syariah dalam pengurusan dan pentadbiran harta pusaka orang Islam di Malaysia. Beberapa dokumen perundangan telah diteliti bagi memahami kedudukan dan bidangkuasa Mahkamah Syariah berkaitan pengurusan dan pentadbiran harta pusaka orang Islam menurut kerangka federalisme di Malaysia. Selain daripada itu, survei ke atas beberapa orang responden turut diadakan bagi mengetahui keberkesanan Mahkamah Syariah berkenaan dengan isu di atas. Kajian ini mendapati bahawa Mahkamah Syariah perlu diperkasa agar prinsip pembahagian harta pusaka yang telah diatur dalam Islam dilaksanakan dengan sepenuhnya dan memberi keadilan kepada semua ahli waris dan menjamin kesejahteraan dalam masyarakat.


Kata Kunci: Federalisme; harta pusaka; Islam, Mahkamah Syariah; Pentadbiran Malaysia


Abstract


The management and administration of Muslim inheritance in Malaysia is distributed to three major agencies, namely the High Court, Small Estate Distribution Section under the Department of Land and Mines and the Amanah Raya Berhad. The Syariah Court however is only responsible for issuing faraid certificates and is referred to when coletal issues arise in the management and administration of inheritance such as issues of marriage validity and confirmation of heirs. Thus, the Syariah Court is not a compulsory reference point but is considered as complementary to the existing system. This situation is awkward because the management and administration of the Islamic estate is related to Syarak and the proper insitution to resolve the issue is the Syari’a Court. This study was conducted to evaluate the position of Syariah Court in the management and administration of Islamic inheritance in Malaysia. Some legislative documents have been reviewed to understand the position and jurisdiction of the Syariah Court on the management and administration of Islamic inheritance within the Malaysian federalism framework. In addition, a survey on several respondents was also conducted to determine the effectiveness of the Syariah Court in relation to the above issues. This study found that the Syariah Court should be strengthened so that the principle of division of inheritance that has been regulated in Islam is fully implemented and gives justice to all heirs and ensure peaceful society.


Keywords: Federalism; Inheritance; Islam; Syariah Court; Administration Malaysia


Full Text:

PDF

References


Al-Amidi, Ali ibn Muhammad (2003). al-Ihkam fi Usul al-Ahkam. jil. 4, hlm. 195. Riyadh: Dar al-Shamie.

Al-Mashni, Manal Mahmud. (1432H/2011). al-Sharh al-Wafi Li Ahkam al-Tirkat wa al-Mawarith. Oman: Dar al-Thaqafah.

Al-Shatibi, Abu Ishaq ibn Muhammad al-Lakhmi al-Gharnati (t.th). al-Muwafaqat fi Usul al-Shariah. Kairo: Mustafa Muhammad.

Bakhit, Mahmud Abd. Allah & al-Ula, Muhammad ‘Aqluh. (1431H/2010). al-Wasit fi Fiqh al-Mawarith. Oman: Dar al-Thaqafah.

Hamzah Hj. Ghazalli (2004). Penggunaan IT dalam Pengurusan Pembahagian Pusaka – Pengalaman Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan. Dlm. ABD. Rahni MT. Piah & AHMAD Ab. Majid (pnyt.). Pentadbiran dan Pengurusan Harta Pusaka dalam Era Teknologi Maklumat dan Kamunikasi, hlm. 24-37. Pulau Pinang: Penerbit USM.

Jasni Sulong (2011). Pembaharuan Undang-Undang Pentadbiran Pusaka Islam. Pulau Pinang: Penerbit USM

Mahmood Zuhdi b. Abdul Majid (2004). Sejarah Pembinaan Huklum Islam. Cet. ke-6. Kaula Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Md Yazid Ahmad & Ibnor Azli Ibrahim (2006). Kekangan Statut Ke Atas Bidang Kuasa Mahkamah Syariah Dalam Pentadbiran Harta Orang-Orang Islam Di Malaysia. Prosiding Seminar Kebangsaan Pengurusan Harta Dalam Islam, hlm. 151-166.

Md Yazid Ahmad & Ibnor AZLI Ibrahim (2006). Kekangan Statut Ke Atas Bidang Kuasa Mahkamah Syariah Dalam Pentadbiran Harta Orang-Orang Islam Di Malaysia. Prosiding Seminar Kebangsaan Pengurusan Harta Dalam Islam, hlm. 151-166.

Mohd Borhanuddin bin Zakaria & Juairiah binti Hasan (2012). Keadilan Dalam Undang-Undang Pusaka Islam. Jurnal Pengurusan JAWHAR, Putrajaya: Jabatan Wakaf, Zakat & Haji, Jabatan Perdana Menteri. Vol.6, No. 2.

Mohd Ridzuan Awang (2008). Wasiat Kepada AHLI Waris Menurut Pandangan Fuqaha Dan Kedudukannya Di Negara Islam. Jurnal Pengurusan JAWHAR, Putrajaya: Jabatan Wakaf, Zakat & Haji, Jabatan Perdana Menteri. Vol.2, No. 1.

Mohd Zamro Muda, Wafaa’ Yusof & Zamhuri Zakaria (2006). Konsep Harta Dan Kepentingan Pengurusannya Menurut Perspektif Islam. Prosiding Seminar Kebangsaan Pengurusan Harta Dalam Islam, hlm. 1-14.

Mohd Zamro Muda & Sureizai Arshad (2006) Pengurusan dan Tuntutan Harta Pusaka Besar (Biasa) Orang Islam di Malaysia, Prosiding Seminar Kebangsaan Pengurusan Harta Dalam Islam, hlm 359-374.

Siti Mashitoh Mahamood (2006). Bidang Kuasa Pentadbiran Harta Pusaka Di Malaysia: Perspektif Perundangan Syariah Dan Sivil. Prosiding Seminar Kebangsaan Pengurusan Harta Dalam Islam, hlm. 113-130.

Sultan, Salah (1427H/2006). al- Mirath wa al-Wasiah, bayn al-Shariah wa al-Qanun. USA: Sultan Publishing.

Wan Abdul Halim Wan Harun (2006). Pengurusan dan Pembahagian Harta Pusaka. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Yahaya, Mohammad Zaini & Samsudin, Muhammad Adib (2006). al-Ahliyyah (Kelayakan) Dalam Pengurusan Harta. Prosiding Seminar Kebangsaan Pengurusan Harta Dalam Islam, hlm. 15-26.

Wan Ahmad Fauzi Wan Husain, Anisah Che Ngah & Mohamed Anwar Omar Din (2017). Islam Agama bagi Persekutuan: Satu Kajian Sejarah Perundangan. Akademika 87(3), Oktober 2017:177-193.

Zahari Mahad Musa & Jasni Sulong (2013). Kes-Kes Faraid Khas: Huraian dan Penyelesaiannya. Negeri Sembilan: Penerbit USIM.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


ISSN: 0126-5008

eISSN: 0126-8694