Tingkah Laku Pengundi Felda dalam PRU-14: Identifikasi Parti, Sosiologikal atau Pilihan Rasional? (Felda’s Voter Behaviour in GE-14: Party Identification,Sociological or Rational Choice?)

Mohammad Agus Yusoff, Shah Mohd Akmal Abdul Halim

Abstract


Sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), Felda adalah kawasan deposit tetap parti pemerintah Barisan Nasional (BN). Ini kerana dalam pilihan raya sebelum ini pengundi Felda telah memberikan kesetiaan kepada BN yang telah banyak berjasa kepada mereka. Selain itu, Felda juga merupakan kawasan pengundi Melayu yang cenderung mengundi berdasarkan pendekatan sosiologikal, iaitu mengundi mengikut kelompok sosial mereka. Namun dalam PRU-14, BN telah gagal mengekalkan deposit tetap ini setelah beberapa kawasan Felda tumbang kepada parti oposisi Pakatan Harapan (PH). Perubahan ini adalah disebabkan oleh banyaknya isu Felda yang berbangkit sehingga pengundi tidak lagi mengundi berdasarkan kesetiaan kepada parti atau kelompok etnik tetapi berdasarkan pilihan rasional.Kajian ini dilakukan menerusi pendekatan kualitatif dengan menggunakan sumber sekunder daripada laporan SPR, buku, jurnal, makalah, laman sesawang, akhbar atas talian dan beberapa bahan lain sebagai data kajian. Data-data ini kemudiannya dianalisis secara kualitatif. Artikel ini membincangkan hal ini dengan memberi fokus kepada tiga perkara berikut. Pertama, menelusuri tingkah laku pengundi Felda sebelum PRU-14. Kedua, mengenal pasti pencapaian parti yang bertanding di kawasan Felda dalam PRU-14. Ketiga, menilai faktor berlakunya perubahan tingkah laku pengundi Felda daripada menjadi deposit tetap BN kepada mengundi oposisi PH. Dapatan kajian mendapati pengundi Felda tidak lagi mengundi mengikut kesetiaan kepada parti atau kelompok etnik, tetapi berdasarkan kepada pilihan rasional, iaitu isu-isu seperti 1MDB, FGV, dan skandal-skandal Felda. Isu-isu ini dengan cepat mempengaruhi tingkah laku pengundi Felda apabila media baharu memainkan peranan dalam menyampaikan maklumat ini kepada mereka. Di akhir analisisnya, artikel ini berhujah peralihan tingkah laku ini telah menyumbang kepada kegagalan BN mempertahankan kuasanya dalam PRU-14.

Kata kunci: PRU-14; pengundi Felda; prestasi parti; tingkah laku pengundi; pilihan rasional


Abstract


Felda settlements have always been Barisan Nasional’s (BN) fixed deposits, but that was prior to the 14th General Election (GE-14). It was mainly due to the settlers’ undivided loyalty to the ruling party in view of its massive contributions in the development of the settlements. In addition, the Malays, a majority ethnic of Felda settlements casted their votes based on sociological approach, ie. votedaccording to social or ethnic group. Unexpectedly, in the GE-14, BN failed to retain its strongholds as numerous Felda constituencies fell to the opposition Pakatan Harapan (PH).The latest Malaysian political tsunamy occurred due to numerous unresolved Felda-related issues. It showcased a major shift in the electorates’ voting behaviour from ethnic-based to rational choice. This study was conducted through a qualitative approach using secondary sources from SPR reports, books, journals, articles, websites, online newspapers and other materials as research data. These data are then analyzed qualitatively. This article discusses the change in regards of three matters. First, identifying the settlers’ voting behaviour prior to the election. Secondly, analyzing contested parties’ electoral performance in the Felda settlements. Thirdly, assessing change factors, or causes of BN’s loss of its fixed deposits to the oppositions. The findings reveal thatvoters in Felda settlements were no longer voting based on loyalty to a party orany ethnic group, but based on rational choice. The electoral decision was based on an array of issues like 1MDB, FGV, and Felda scandals. Theissues plusa role of new media in spreading information and sentiment aggravated the desire to change amongst Felda settlers. In the final analysis, this paper argues the voters in Felda settlements voted on rational choice basis, and the altered voting behaviour contributed to the BN’s failure in retainingits powerin the GE-14.

Keywords: 14th GE; Felda voters; party performance; voting behaviour; rational choice


Full Text:

PDF

References


Abdul Rashid Moten. 2009. 2008 general election in Malaysia: Democracy at work: Japanese Journal of Political Science 10(1): 21-42.

Abramson, P.R. 1979. Developing party identification: A further examination of life-cycle, generational, and period effects. American Journal of Political Science 17(2): 173-194.

Akmal Haziq. 2018. PH punya potensi besar di parlimen Tampin. Malaysia Dateline, 3 Mac. https://malaysiadateline.com/ph-punya-potensi-besar-di-parlimen-tampin/.Dicapai pada: 13 September 2019.

Azman Mahadi, Mohd Fuad Mat Jali & Junaidi Awang Besar. 2016. Tingkah laku pengundi dan faktor kejayaan Barisan Nasional: Kajian kes FELDA Kuala Krau. Geografia Malaysian Journal of Society and Space 12(9): 126-137.

Berglund, F., Holmberg, S., Schmitt, H., & Thomassen, J. 2005. Party identification and party choice. In J. Thomassen (pnyt.). The European voter, hal. 105-123. Oxford: Oxford University Press.

Butler, D. & Stokes, D. 1969. Political change in Britain: Forces shaping electoral choice. London: Macmillan.

Campbell, A., Converse, P.E., Miller,W.E.&Stokes, D.E. 1960. The American voter. New York: John Wiley Sons.

Coleman, J. 1990. Foundations of social theory. Cambridge: Belknap Press of Harvard University Press.

Downs, A. 1957. An economic theory of democracy. New York: Harper &Row.

Felda.net. 2014. Senarai Alamat Rancangan Felda. www.felda.net.my. Dicapai pada: 4 Januari 2019.

Gomez, J. 2014. Social media impact on Malaysia 13th general election. Asia Pacific Media Educator 24(1): 95-105.

Junaidi Awang Besar, Rosmadi Fauzi, Amer Saifude Ghazali, Mohd Azlan Abdullah, Mazlan Ali, Ahmad Rizal Mohd Yusof. 2014. Pilihan Raya Umum (PRU) 2013 di Malaysia: Suatu analisis ‘tsunami politik bandar’. Geografia: Malaysian Journal of Society and Space 10: 28-38.

Kahneman, D. & Tversky, A. 1979. Prospect theory: An analysis of decision under risk. Econometrica 47(2): 263-291.

Khor, Yu Leng. 2014. The political tussle over Felda land schemes: UMNO strengthens its Malay rural fortress in 13th General Election. Kajian Malaysia 32(2): 89-121.

Lazarsfeld, P.F., Barelson, B.R. & Goudet, H. 1968. The people’schoice: How the voter makes up his mind in a Presidential campaign.Edisi Kedua. New York: Columbia University Press.

Lim, Huey Ting. 2017. Skandal tanah FELDA 'puaka untuk semua'. Malaysiakini, 27 Disember. https://www.malaysiakini.com/news/406729. Dicapai pada: 6Januari 2019.

Moniruzzaman, M. & Farzana, K.F. 2018. Malaysia 14th General Election: End of epoch, and beginning of a new? Intellectual Discourse 26(1): 207-228.

Naraza Muda. 2017. Isu Felda bukan 'mi celup'. Harakahdaily, 2 Julai. http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/15-tanah-air/1988-isu-felda-bukan-mi-celup. Dicapai pada: 7 Januari 2019.

Norhaspida Yatim. 2016. Generasi baharu Felda: Mana rumah kami? Sinar Harian Online, 30 Ogos. http://www.sinarharian.com.my/nasional/generasi-baharu-felda-mana-rumah-kami-1.557933. Dicapai pada: 6 Januari 2019.

Nuradilla Noorazam. 2018. Rumah dan pekerjaan, itu yang kami mahu—generasi kedua Felda. Astro Awani, 4 Mei. http://www.astroawani.com/berita-politik/rumah-dan-pekerjaan-itu-yang-kami-mahu-generasi-kedua-felda-174437. Dicapai pada: 5 Januari 2019.

Pakiam, G. K. 2018. Voting behaviour in FELDA parliamentary constituencies since 2004.ISEAS Perspective 26: 1-15.

Pepinsky, T.B. 2013. The new media and Malaysia politics in historical perspective. Contemporary Southeast Asia 35(1): 83-103.

Rafizi Ramli. 2017. Hakmilik pelaburan terbesar FELDA di London didaftarkan kepada syarikat “offshore” bvi, bukan anak syarikat Felda. Rafizi Ramli.com, 16 Oktober. https://rafiziramli.com/2017/10/hakmilik-pelaburan-terbesar-felda-di-london-didaftarkan-kepada-syarikat-offshore-bvi-bukan-anak-syarikat-felda/. Dicapai pada: 5 Januari 2019.

Razak Ahmad, Mazwin Nik Anis, Sarban Singh, Ivan Loh, Ong Han Sean & Mohd Farhaan Shah. 2018. Felda voters could be kingmakers. The Star, 12 April. https://www.thestar.com.my/news/nation/2018/04/12/felda-voters-could-be-kingmakers-highstakes-battle-set-for-malay-heartland/#k35uL030D1G0JFhT.99. Dicapai pada: 10 Januari 2019.

Serina Rahman. 2018. Malaysia’s general elections 2018: Understanding the Rural Vote. Singapore: ISEAS Publishing.

Sinar Harian Online. 2016. Generasi kedua Felda perlu serah bukti. 30 November, https://www.sinarharian.com.my/mobile/video/generasi-kedua-peneroka-perlu-serah-bukti-1.592673. Dicapai pada: 7 Januari 2019.

Sivamurugan, Pandian. 2010. Malaysia’s 12th general election: An analysis. European Journal of Social Sciences 14 (4): 508-523.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. 2017. Internet Users Survey 2017: Statistical Brief Number Twenty-One. Cyberjaya: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Suruhanjaya Pilihanraya. 2008. Keputusan Pilihan Raya Umum 2008.http://www.spr.gov.my. Dicapai pada: 6 Januari 2019.

Suruhanjaya Pilihanraya. 2013. Keputusan Pilihan Raya Umum 2013. http://www.spr.gov.my. Dicapai pada: 6 Januari 2019.

Suruhanjaya Pilihanraya. 2018. Keputusan Pilihan Raya Umum 2018.http://www.spr.gov.my. Dicapai pada: 6 Januari 2019.

Tong, G. 2017. Skandal FGV lebih besar dari 1MDB, kata pakar ekonomi. Malaysiakini, 4 November. https://www.malaysiakini.com/news/400772. Dicapai pada: 10 Januari 2019.

Weisberg, H. 1980. A multidimensional conceptualization of party identification.Political Behavior 2: 33-60.

Welsh, B. 2013. Malaysia’s elections: A step backward. Journal of Democracy24(4):136-150.

Wong, Chin-Huat. 2018. The rise, resilience and demise of Malaysia’s dominant coalition. The Round Table 107(6): 755-769.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


ISSN: 0126-5008

eISSN: 0126-8694