Kerukunan Hidup Melalui Dialog Kehidupan: Kajian Kes di Taman Perumahan di Kuala Terengganu (Harmonious Relationship through Dialogue of Life: A Case Study at Residential Area in Kuala Terengganu)

Azarudin Awang, Azman Che Mat, Mohammad Kamari Taib, Noor Hasyimah Sulaiman, Wahairi Mahmud

Abstract


Hubungan interaksi antara agama sering kali dibayangi dengan kecenderungan terhadap persepsi yang negatif dalam kalangan masyarakat multi-etnik dan agama. Justeru, kajian ini dilakukan bertujuan untuk melihat persepsi amalan kerukunan agama dalam kalangan masyarakat Cina di negeri Terengganu yang tinggal di kawasan perumahan. Data yang diperolehi adalah melalui kaedah kualitatif iaitu temu bual ke atas lima belas orang komuniti yang tinggal di taman perumahan Padang Midin, Kuala Terengganu. Hasil kajian menunjukkan bahawa maklumat awal tentang agama Islam komuniti Cina Terengganu banyak diperolehi melalui dialog kehidupan yang berlaku antara komuniti Cina bukan Muslim dengan masyarakat Melayu Muslim. Hasil kajian mendapati persepsi kerukunan hidup di taman perumahan merangkumi persepsi positif dan negatif. Persepsi komuniti Cina dari aspek positif terhadap amalan kerukunan agama masyarakat Muslim di kawasan taman ialah seperti jujur, suka membantu dan memberi buah tangan. Manakala dari aspek negatif, antara amalan yang membantut proses kerukunan hidup beragama ialah gangguan dan cacian khususnya dalam kalangan remaja Melayu Muslim yang tinggal di kawasan perumahan. Melalui kerukunan hidup beragama melalui dialog kehidupan, komuniti Cina banyak mengetahui sesuatu yang baru dalam agama Islam sekaligus sedikit sebanyak membetulkan semula streotaip negatif mereka terhadap agama itu. Hasil kajian ini penting kerana dapat mendedahkan tentang cabaran sebenar yang dihadapi dalam memastikan kelestarian kehidupan yang aman dan rukun di taman-taman yang didiami oleh pelbagai etnik.

Kata kunci: Kerukunan; dialog kehidupan; taman perumahan; komuniti Cina; hubungan


Abstract


Inter-religious interactions are often overshadowed by a tendency to negative perceptions among multi-ethnic and religious communities. Therefore, this study aims to analyse the perception of religious practice among the Chinese in a residential area at Terengganu. The data obtained through the qualitative method of interviews over the fifteen community members residing in the Padang Midin, Kuala Terengganu. The result showed that information that related to Islamic teaching was found to be obtained through a life dialogue that occurred among non-Muslim Chinese communities with the Malay Muslim community. The results of the study found that the perception for the practice of religious harmony consist of positive and negative perception. The Chinese community gives a positive perception towards the religious practices of the Muslim community, such as Muslim people are honest, helpful, and like to give souvenirs. While, in a negative aspect there a few practices that interrupt the process of religious harmony such as nuisance and the emphasis was done by Malay Muslim teenagers that live in a residential area. Religious harmony can be achieved through dialogue of life because the Chinese community gets a lot of knowledge regarding to Islamic religion at a certain extent of correcting their negative perceptions towards Islam. The results of this study are important to expose the actual challenges faced in ensuring the sustainability of a peaceful life and pillars in the residential area that have various ethnic groups.

Keywords: Religious harmony; dialogue of life; residential; Chinese community; relationship


Full Text:

PDF

References


Afriva Khaidir. 2006. Peace by neighborhood: Rukun tetangga sebagai asosiasi persatuan kejiranan dan potensi praktikalnya terhadap hubungan antar etnik di Malaysia dan Indonesia. Jurnal Demokrasi 5 (2): 103-126.

Ahmad Faizuddin Ramli & Jaffary Awang. 2016. Dialog antara agama menurut perspektif Islam. International Journal of Islamic and Civilizational Studies 2: 22-34.

Ahmad Faqih Ibrahim, Ummi Nuwairah Norismail, Mustafa Kamal Amat Misra & Muhammad Hilmi Mat Johar. 2019. Tahap kasih sayang ibu bapa terhadap remaja yang terlibat dengan keruntuhan akhlak. Jurnal Maw’izah 2: 71-78.

Ahmad Sunawari Long. 2009. Pengenalan Penyelidikan Pengajian Islam. Bangi: UKM.

Al-Bukhari, Muhammad Ismail Abu ‘Abd Allah. 1972. Jamic Al-Sahih. Qaherah: Al-Matba ‘ah al Salfiyah Wa Maktabah.

Al-Jauziyah, Ibn Qayyim, Muhammad Abi Bakr. t.t. At Tafsiru Al-Qayyimu. Beyrouth: Darul Al-Fikr.

Azarudin Awang, Azman Che Mat & Wahairi Mahmud. 2018. Medium komunikasi intrapersonal dalam dialog antara agama komuniti saudara baru. Jurnal Akademika 88(3): 43-54.

Hamdan Daulay. 2018. Studi kasus peran wanita dalam membina budaya kerukunan umat beragama di Kabupaten Sleman. HIKMAH 12(2): 254-272.

Hasmah Isa, Maisarah Sharul, Balqis Sharul & Asri Harun, ed. 2014. Mutiara Ihya Ulumuddin. Ipoh: Penerbit Bukubuku Sdn. Bhd.

Hensman, J. M. 1999. The Dialogue of Life as the Locus of Non-verbal Interreligious Dialogue. East Asian Pastoral Review. http://eapi.admu.edu.ph/content/dialogue-life-locus-non-verbal-interreligious dialogue. Retrieved on: 23 January 2020.

Kampung Padang Midin, Kuala Terengganu. https://ms.wikipedia.org/wiki/Kampung_Padang_Midin,

_Kuala_Terengganu. Retrieved on: 10 December 2019.

Ibnu Rusydi & Siti Solehah. 2018. Makna kerukunan antara umat beragama dalam konteks keislaman dan keindonesian. Al-Afkar, Journal for Islamic Studies 1(1): 170-181.

Jazimin Zakaria & Sity Daud. 2018. Menelusuri pendemokrasian di Malaysia: Impak terhadap pencapaian integrasi nasional. e-Academia Journal 7(1): 1-14.

Khadijah Muda, Khairul Anwar Mastor, Fazilah Idris & Siti Azhani Tohar. 2019. Faktor demografi dalam toleransi beragama dalam kalangan belia di Malaysia. Jurnal Sains Insani 4(2): 76-81.

Khairulnizam Mat Karim, Suzy Aziziyana Saili & Khadijah Mohd Khambali@Hambali. 2016. Pemimpin agama: Model ejen pelaksana dialog antara agama di Malaysia. Global Journal Al-Thaqafah (GJAT) 6(1): 87-100.

Martinez, P. A. 2008. Case Study of Malaysia: Muslim Christian Dialogue and Partnership Possibilities and Problems with Suggestions for the Future. Dlm. Dialogue of Civilizations and Construction of Peace,

disunting oleh Thomas W. S. & Azizan Baharuddin, 111-141. Kuala Lumpur: Pusat Dialog Peradaban, Universiti Malaya.

Marzudi Md Yunus, Zamree Abu Hassan & Mohammad Nazzri Ahmad. 2019. Tahap kepercayaan etnik Melayu terhadap etnik lain dan pengaruhnya kepada interaksi sosial penghuni rumah jenis pangsapuri.

Jurnal Melayu 18 (2): 302-314.

Melor Fauzita Md. Yusoff, Nor Hafidah Ibrahim & Rohaya Md Ali, Nor Hasimah Ismail. 2017. Empati dan Penulisan Dokumen: Suatu Analisis Kesantunan Berbahasa. Dalam Proceedings of the International Consortium of Education and Culture Research Studies (ICECRS) 1(2): 74-77.

Mohd Hatib Ismail, Ahmad Sunawari Long & Zul’azmi Yaakob. 2018. Dialog antara agama menurut perspektif Fethullah Gulen. Jurnal of Fatwa Management and Research (Special Edition): 301-321.

Mohd Nazmi Abd Halim & Jaffary Awang. 2016. Tahap Persepsi Muslim dan non-Muslim mengenai hubungan interaksi antara agama: Kajian tinjauan di negeri Kedah dan Selangor. e-Bangi. Journal of Sciences Social & Humanities 11(2): 104-124.

Mohd Syariefudin Abdullah, Mohd Mahadee Ismail & Mansor Mohd Noor. 2013. Kesepaduan sosial dan kejiranan di kawasan rukun tetangga. Jurnal Kinabalu 19: 53-75.

Mohd Yusof Hussain, Mohamad Shaharudin Samsurijan, Suraiya Ishak & Abd. Hair Awang. 2011. Hubungan kejiranan dalam membentuk kesejahteraan hidup masyarakat ‘kampung bandar’: Kes Kampung Berjaya dan Kampung Mempelam, Alor Setar, Malaysia. GEOGRAFIA Online. Malaysian Journal of Society and Space 7(3): 36-44.

Muhammad Arif Yahya & Muhammad Haikal Mohd Hedzir. 2020. Pendekatan terhadap bukan muslim dalam gerakan dakwah di Malaysia: Perbincangan hadith-hadith berkaitan. Jurnal Akademika 90(3): 163-171.

Muhammad Yusuf. 2018. Implikasi konflik historis islam-kristen barat terhadap munculnya stigmatisasi permusuhan. ULUL ALBAB Jurnal Studi Islam 9(2): 157-173.

Nazneen Ismail, Aemy Elyani Mat Zain Norsaadah Din@Mohamad Nasirudin & Maryam Habibah Kamis. 2018. Pendekatan fiqh ta’ayusy dalam menangani konflik antara agama. ISLAMIYYAT 40(2): 151-160.

Nurulhuda Che Abdullah, & Ramlee Mustapha. 2009. Kajian kes usahawan tani industri kecil sederhana (IKS) bumiputera di Negeri Terengganu). Jurnal Pendidikan Malaysia 34(2): 143-165.

Nur Farhana Abdul Rahman, Khadijah Mohd Khambali@Hambali, Jaffary Awang, Zul’Azmi Yaakob, Nur Solehah Shapiee. 2020. Memahami agama lain asas toleransi beragama: Tujuan dan syarat dari perspektif pemimpin agama di Malaysia. Jurnal Akademika 90(2): 165-179.

Osman Bakar. 2011. The evolving face of religiosu tolerance in post-colonial Malaysia: Understanding its shaping factors. Islam and Civilisational Renewal 2(4): 621-638.

Purcell, V. 1965. The Chinese in Southeast Asia. London: Oxford University Press.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


ISSN: 0126-5008

eISSN: 0126-8694