Solidariti Agama dalam Hubungan Inter-Komuniti di Sabah (Religious Solidarity in Inter-Community Relations in Sabah)

Suraya Sintang, Khadijah Mohd Khambali @ Hambali, Nazmi Mohd Khalli, Mohd Nur Hidayat Hasbollah Hajimin

Abstract


Agama penting bagi membangun ikatan sosial dan mempunyai fungsi integratif bagi memperkukuh integrasi sosial dan membangkitkan semangat solidariti. Solidariti yang dipamerkan melalui kesungguhan sikap menolak kebencian dan menyuburkan kedamaian mampu menjamin kelangsungan hidup bersama antara pihak berbeza agama. Namun dalam usaha membina solidariti agama, ia kadangkala mencetuskan polemik apabila wujud tanggapan bahawa usaha ini cuba menyamaratakan agama atau mencampuradukkan ajaran agama. Solidariti agama bukan satu inisiatif untuk menyamaratakan atau mencairkan agama dengan mewujudkan ikatan akrab dengan pihak berbeza agama. Sebaliknya, solidariti agama menggambarkan kecenderungan untuk memilih perdamaian dan mengelakkan permusuhan kerana masyarakat saling bergantungan untuk mencapai kesepaduan sosial. Fenomena sosial ini dapat dilihat melalui cara hidup masyarakat Sabah yang tinggal di bandar mahupun di kawasan pedalaman. Kajian ini bertujuan memerihalkan solidariti agama dalam hubungan inter-komuniti di Sabah dengan mengetengahkan amalan dan contoh teladan (sharing good practices) yang dipamerkan melalui program libat sama masyarakat, keluarga campur yang berbeza agama dan hubungan sosial antara agama di pedalaman Sabah. Metode kualitatif diaplikasikan berdasarkan pengumpulan data daripada beberapa siri kajian lapangan di daerah Kota Kinabalu, Keningau, Kota Marudu, Tambunan dan Tenom. Kaedah temu bual secara bersemuka bersama informan utama daripada kalangan pemimpin agama Islam dan bukan Islam serta temu bual secara rawak bersama penduduk setempat di daerah terpilih bagi menjelaskan hubungan interkomuniti antara pihak berbeza agama di Sabah. Kaedah pemerhatian ikut-serta di lapangan turut digunakan bagi menjelaskan aktiviti libat sama masyarakat dalam program forum, dialog dan lawatan ke rumah-rumah ibadah. Kesemua data yang diperoleh diolah dalam bentuk analisis tematik bagi menghuraikan fungsi agama sebagai pengukuh integrasi sosial dan pencetus semangat solidariti yang diperlihatkan melalui sikap kebersamaan antara pihak berbeza agama. Melalui sikap sebeginilah, masyarakat Sabah sering dilabel sebagai toleran dan mempunyai ketahanan diri yang tinggi dalam menghadapi cabaran hubungan antara agama. Kajian ini merumuskan solidariti agama perlu disuburkan bagi menjamin kelangsungan keharmonian hidup bersama masyarakat Malaysia.

Kata kunci: Solidariti agama;kesepaduan sosial; hubungan inter-komuniti; Sabah; libat sama masyarakat

 

Abstract

 

Religion plays an essential role in forming social relationships and serves as an integrative function in strengthening social integration and the evocation of solidarity. Solidarity displayed through the determination of rejecting hatred and fostering peace can ensure coexistence between parties of different religions. Yet, building religious solidarity sometimes triggers polemics when there is a perception that this effort is trying to promote religious syncretism and dilute the spiritual teaching. Religious solidarity is not an initiative to equalize or weaken religion by creating close bonds with different religious parties. On the other hand, religious solidarity reflects the tendency to choose peace and avoid enmity because societies are interdependent to achieve social cohesion. This social phenomenon visualized the lifestyles of the people in Sabah who live in urban or rural areas. This study aims to describe religious solidarity in inter-community relations in Sabah by highlighting the practices and examples (sharing good practices) exhibited through community engagement programs, mixed families of different religions, and social ties between religions in the interior of Sabah. Qualitative methods are applied based on data collection from a series of fieldwork in the districts of Kota Kinabalu, Keningau, Kota Marudu, Tambunan, and Tenom. Face-to-face interviews with key informants from Muslim and non-Muslim religious leaders and random interviews with residents in selected districts to explain the inter-community relationship between different religions in Sabah. The participatory field observation explained the community engagement activities in forums, dialogue, and visit houses of worship. All data obtained were analyzed in the form of thematic analysis to describe the function of religion as a reinforcer of social integration and a trigger for the spirit of solidarity shown through the attitude of togetherness between different religions adherents. With the said attitude, Sabahans are often labeled as tolerant and resilient in the face of inter-religious issues due to their mindset. This study concludes that religious solidarity nurtured harmony in Malaysian society.

Keywords: Religious solidarity; social cohesion; inter-community relation; Sabah; community engagement


Full Text:

PDF

References


Al-Qaradawi, Yusuf. 2010. Al-Watan wa al-Muwatanah. Kaherah: Dar al Shuruq.

Azizah Kassim. 2004. Inter-ethnic Marriage and their Implications on their Ethnic Integration in Sabah. Laporan Penyelidikan Fundamental (tidak diterbitkan).

Azizan Baharuddin dan Zaid Ahmad. 2004. Laporan Penyelidikan Kajian Isu dan Cabaran Hubungan antara Penganut Agama di Malaysia. Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dan Universiti

Putra Malaysia (UPM).

Barkin, D., & Lemus, B. 2014. Rethinking the social and solidarity society in light of community practice. Sustainability 6(9): 6432-6445.

Bernama. 2019. Himpunan Solidariti: Wakil agama sampai mesej senada, tolak kebencian, semai kedamaian, 23 Mac. https://www.astroawani.com/beritamalaysia/himpunan-solidariti-wakil-agama-sampaimesej-senada-tolak-kebencian-semai-kedamaian-201939. Akses pada 15 September 2020.

Birtwistle, R. 2006. Daylight and darkness: Images of Christians in mixed marriages. Islam and Christian-Muslim Relations 17(3): 331–342. https://doi.org/10.1080/09596410600795001

Brunkhorst, H. 2005. Solidarity: From Civic Friendship to a Global Legal Community. Cambridge, Mass., MIT press.

Budi Anto Mohd. Tamring dan Saidatul Nornis Hj. Mahali. 2020. “Hubungan Kaum di Sabah: Suatu Pemerhatian Awal. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH) 5(10): 95-104.

Budi Anto Mohd. Tamring. 2008. Pengaruh Agama dalam Interaksi danToleransi Etnik: Kajian Kes ke atas Pelajar Bumiputera Sabah di Universiti Malaysia Sabah. Tesis Sarjana (tidak diterbitkan).

C. Mishra & N. Rath. 2020. “Social solidarity during a pandemic: Through and beyond Durkheimian Lens.” Social Sciences & Humanities Open 2, 100079: 1-7.

Chua Bee Siok, Jasmine Adela Mutang & Lailawati Madlan. 2016. “Persepsi Kumpulan Multietnik di Sabah terhadap Etnik diri dan Etnik Lain.” Jurnal MANU, 24: 111-145.

Cladis, M. S. 2017. “Solidarity, religion, and the environment: challenges and promises in the 21st Century”. Changing Societies & Personalities 1(4): 353-372.

Dictionary, M. W. 1841. Merriam-webster. Dipetik http://www.mw.com/home.htm. Akses pada 3 Julai 2020.

Draper, S. 2014. “Effervescence and solidarity in religious organizations.” Journal for the Scientific Study of Religion 53(2): 229-248.

Durkheim, E. 1933. The Division of Labor in Society.Translated by George Simpson. New York: The Free Press

Gordon, S. C., & Arenstein, B. 2017. Interfaith education: A new model for today’s interfaith families. International Review of Education. https://doi.org/10.1007/s11159-017-9629-2

Hasan Mat Nor. 2007. Agama dan Hubungkaitnya dengan Toleransi Etnik di Sabah d dalam Sabihah Osman.

Toleransi Etnik dan Perpaduan Sosial di Negeri Sabah. Laporan Penyeldikan IRPA (tidak diterbitkan).

Huwaidiy, Fahmi. 1999. Muwatinun La Dhimmiyyun. Kaherah: Dar al Shuruq.

Hechter, M. 2015. Solidarity, Sociology of. In International Encyclopedia of the Social & Behavioral Sciences: Second Edition (pp. 6–9).

Ibnu Khaldun. 2009. Mukaddimah. Terjemahan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ilham, M. 2016. Konsep ‘Ashabiyah dalam pemikiran politik Ibnu Khaldun. Jurnal Politik Profetik. 4(1).

Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional. 2018. Program keharmonian antara agama 2018, anjuran Perpaduan Negeri Sabah. Dipetik daripada laman sesawang https://www.jpnin.gov.my pada 21

September 2020.

Johnson, D. P. (2008). Contemporary sociological theory: An integrated multi-level approach. In Contemporary Sociological Theory: An Integrated Multi-Level Approach. https://doi.org/10.1007/978-0-387-76522-8

Joseph, C. L. 2016. Redefining cultural, national, and religious identity: The Christian vodouist dialogue? Theology Today 73(3): 241-262.

Khadijah Mohd. Khambali@Hambali. 2020. “Kepelbagaian dan kesatuan dalam konteks Fiqh al-Ta’ayush di Malaysia menurut perspektif Pemikiran Islam”. Jurnal Afkar, 22 (1): 73-102.

Kntayya Mariappan. 2007. Tahap Toleransi Etnik di Sabah: Analisis Awal dalam Sabihah Osman. Toleransi Etnik dan Perpaduan Sosial di Negeri Sabah. Laporan Penyeldikan IRPA (tidak diterbitkan).

Laporan Tahunan Hidayah Centre Foundation (HCF) Cawangan Sabah, 2016.

Ma’arif, Ahmad Syafi’i. 1996. Ibnu Khaldun dalam pandangan penulis Barat dan Timur. Jakarta: Gema Insani Press.

Mahadevan, K. 2020. Social solidarity or individual perfection. Classical Buddhism, Neo-Buddhism and the Question of Caste.

Mahdavi, M. R., & Entezari, A. 2020. Social religiosity and national solidarity: A comparison between Iranian and Indian Youths. Journal of Critical Reviews 7(2): 204-213.

Mohd. Syariefudin A., Mohd Mahadee I. & Mansor M. N. 2013. Kesepaduan Sosial dan Kejiranan di kawasan Rukun Tetangga. Jurnal Kinabalu, 19: 53-75.

Muhammad Mahmud Rabie’. 1967. The political theory of Ibnu Khaldun. Leiden: E. J. Brill.

Nesbitt, E., 2004, Intercultural Education: Ethnographic and Religious Approaches. Sussex Academic Press, Brighton.

Polat, R. K. 2018. Religious solidarity, historical mission and moral superiority: construction of external and internal ‘others’ in AKP’s discourses on Syrian Refugees in Turkey. Critical Discourse Studies 15(5): 500-516.

Pugh-Kitingan, J. 2015. Cultural and Relgious Diversity in Sabah and Relationships with Surrounding Areas. In Islam and Cultural Diversity in Southeast Asia. ILCAA: Tokyo University of Foreign Studies.

Redekop, C. 1967. Toward an understanding of religion and social solidarity. Sociological Analysis 28(3): 149-161.

Sabihah Osman. Toleransi Etnik dan Perpaduan Sosial di Negeri Sabah. Laporan Penyeldikan IRPA (tidak diterbitkan).

Siddiq Fadhil.‘Demokrasi, Pluraliti dan PRU13’. Konvensyen Percerdasan Umat. (Shah Alam, 9 Mac 2013).

Siti Aliyuna P., Hidayat, T., & Sari, D. S. 2019. When solidarity is trampled by religious sentiment: outlining Indonesian Muslim solidarity toward Rohingya Refugees. Jurnal Ilmu Sosial dan Ilmu Politik 23(1): 1-13.

Siti Nor Azhani Mohd Tohar & Latifah Abdul Latiff. 2017. Semangat Kekitaan Melalui Teori ‘Asabiyah Ibnu Khaldun: Aplikasi dalam Masyarakat Multi Etnik Malaysia. Proceeding of International Conference of Empowering Islamic Civilization Research Institute

for Islamic Product and Malay Civilization (INSPIRE)

Universiti Sultan Zainal Abidin. 7-8 Oktober.

Siti Nor Azhani Mohd Tohar, Siti Nor Baya Mat Yacob, Latifah Abdul Latiff, & Wan Mohd Fazrul Azdi Wan Razali. 2020. Analisis Pandangan Pakar Mengenai Karakteristik ‘Asabiyyah Ibnu Khaldun- Satu Kajian

Awal. Proceedings of the 7th International Prophetic Conference (SWAN) 2020: 213–222.

Steinbach, A. & Silverstein, M. 2020. The relationship between religion and intergenerational solidarity in Eastern and Western Germany. Journal of Family Issues 41(1): 109-130.

Stjernø, S. 2004. Solidarity in Europe: The History of an Idea. Cambridge: Cambridge University Press.

Suraya Sintang, Budi Anto Mohd. Tamring, Nur Farhana Abdul Rahman, Siti Aidah Hj. Lukin, Halina Sendera Mohd. Yakin. 2019. Kesepaduan Sosial dalam Hubungan antara Agama di Pedalaman Sabah. Borneo International Journal 2 (1): 5-15.

Suraya Sintang dan Budi Anto Mohd. Tamring. 2014. “Fenomena Kahwin Campur dalam Masyarakat Keningau di Sabah: Satu Penelitian Awal.” Kertas kerjaThe International Social Development Conference

(ISDC), Langkawi 12 Ogos.

Suraya Sintang, Khadijah Moohd. Khambali@Hambali, Nurhanisah Senin, Nur Farhana Abdul Rahman. 2013. The Culture of Tolerance in Families of New Muslims Convert. Middle East Journal of Scientific Research:669-678.

Suraya Sintang. 2003. Penganutan Agama Islam dan Kristian di Kalangan Masyarakat Kadazandusun di Sabah. Jurnal Usuluddin 18: 59-80.

Suraya Sintang. 2012. Dialog Kehidupan dalam Pengalaman Saudara baru di Sabah. Tesis PhD. Universiti Malaya (tidak diterbitkan).

Uthman, Muhammad Fathi. 2010. Huquq al-Insan Bayn al-Shari’ah al-Islamiya wa al-Fikru al-Qanuni alGharbi. Kaherah: Dar al-Jamiah al-Jadidah.

Weller, P. 2001. Religions in the UK: A Directory, 2001-3, University of Derby in association with the Multi-Faith Centre, Derby.

Wilde, L. 2007. The concept of solidarity: emerging from the theoretical shadows? The British Journal of Politics and International Relations 9(1): 171-181.

Zulkifli Hasan. 2016. Keselarian antara Demokrasi dan Islam. Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari 13: 77-78.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


ISSN: 0126-5008

eISSN: 0126-8694