Penglibatan wanita Melayu dalam memperkasa sosioekonomi dan kesejahteraan hidup menerusi penanaman padi di Terengganu pada awal abad 20 (The involvement of Malay women in empowering socio-economics and well-being through paddy cultivation in Terengganu in the early 20th century)

Norazilawati Abd Wahab, Ruzaini Sulaiman, Arba'iyah Mohd Noor, Mohd Firdaus Abdullah

Abstract


Dasawarsa ini, banyak kajian berkaitan green imperialisme masih lagi terikat dengan kepentingan terhadap sektor ekonomi di Tanah Melayu.  Malah stereotaip ini telah membuatkan penyelidikan sejarah berkaitan tema yang dinyatakan tidak dinamik dan masih terikat dengan naratif lapuk yang ketinggalan zaman. Malah penyelidikan berkaitan penglibatan wanita dalam aktiviti penanaman padi yang boleh dianalisis melalui kesan sosioekonomi yang merujuk kepada aspek kesejahteraan hidup masih kurang mendapat perhatian oleh para pengkaji. Sebelum ini, banyak kajian memfokuskan tentang isu kekeluargaan, domestik, pengaruh, adat dan agama atau lebih jelas sebagai female-friendly sahaja.  Jarang sekali dikaji bentuk perubahan sosioekonomi dan faktor pendorong yang dialami oleh wanita Melayu walaupun mereka hanya memfokuskan kegiatan penanaman padi sebagai sumber ekonomi utama.  Maka dengan itu, penyelidikan ini bertujuan untuk melihat sejauh mana kegiatan penanaman padi memberi perubahan terhadap sosioekonomi dalam kalangan wanita Melayu di Terengganu pada awal abad ke-20. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif yang melibatkan pengumpulan dan analisis data daripada sumber-sumber primer yang diperoleh daripada Arkib Negara Malaysia seperti CO 840/1 (Terengganu Administration Report, 1910-1930), CO 840/2 (Terengganu Administration Report 1931-1940), Fail Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu dan Fail British Adviser Terengganu. Selain itu, sumber sekunder turut digunakan seperti jurnal, buku, bab buku dan majalah bagi mengukuhkan lagi kajian yang dijalankan. Hasil kajian membuktikan bahawa, melalui kegiatan penanaman padi yang dijalankan oleh wanita Melayu di Terengganu pada awal abad ke-20, ia memberi perubahan sosioekonomi terhadap golongan wanita di Terengganu. Hal ini dapat dilihat melalui aspek kesejahteraan hidup yang diperoleh oleh mereka melalui perolehan pendapatan, pemilikan tanah, peningkatan taraf kesihatan dan lain-lain lagi.

Kata kunci: Padi;Kesejahteraan Hidup;Terengganu; Wanita Melayu; Tanah Melayu

Abstract

Nowadays, many studies about green imperialism were still limited to the importance of the economic sector in Malaya. Due to this stereotype, most of the historical research related to the theme was not dynamic and still tied to outdated narratives. It was discovered that research regarding women's involvement in paddy cultivation activities that can be analyzed through socio-economic effects which refer to aspects of well-being still had not been paid attention to by researchers. Most of the previous studies focused on family issues, domesticity, influence, customs and religion, which could be categorized as female-friendly themes only. Studies that had focused on paddy cultivation activities as the main economic source rarely discussed the form of socio-economic changes and the driving factors experienced by Malay women in this industry. Therefore, this research aimed to see the extent to which paddy cultivation activities impact the socio-economy of Malay women in Terengganu in the early 20th century. This study used a qualitative method that involved the collection and analysis of data from primary sources obtained from the National Archives of Malaysia such as CO 840/1 (Terengganu Administration Report, 1910-1930), CO 840/2 (Terengganu Administration Report 1931-1940), Terengganu State Secretary File and Terengganu British Adviser File. In addition, secondary sources were also used such as journals, books, book chapters and magazines to further strengthen the study conducted. The results of the study proved that paddy cultivation activities carried out by Malay women in Terengganu in the early 20th century had made socio-economic changes among women in Terengganu. This can be seen in terms of better well-being through income generation, land ownership, improvement of health standards and many more.

Keywords: Paddy; Well-Being; Terengganu; Malay Women; Malaya


Full Text:

PDF

References


Agricultural Subordinat Ulu Trengganu, A.S.S.T 2/1949.

The Annual Report of The British Adikaviser Trengganu For The Year 1925 (Appendix).

Annual Report for The Year 1920.

The Annual Report of the British Adviser, Trengganu For The Year 1926.

Annual Report On The Social and Economic Progress of The People of Trengganu For 1936.

Annual Report On The Social and Economic Progress Of The People of Trengganu For The Year, 1937.

Annual Report On The Social and Economic Progress of The People of Trengganu For 1938.

Amarjit Kaur (ed.). 1994. Reading on Women and Development in Malaysia. MPH Distributors Sdn Bhd.

Andy Omara. 2004. Perempuan, Budaya Patriarki dan Representasi. Jurnal Mimbar Hukum, 11 (46): 148-165.

Arba'iyah Mohd Noor. 2020. The Transition Of Malay Women's Role And Contribution In The Early 20th Century. Journal of Al-Tamaddun 15 (1): 67-84.

Azizah Md Yusof, Jamal Ali & Roslina Kamarudin. 2014. Kesejahteraan Hidup Subjektif: Pengaruh Elemen Ekonomi dan Bukan Ekonomi. Prosiding PERKEM Ke-9: 719-727.

Azlizan Mat Enh & Suraini Rosli. 2018. Institusi Perbidanan di Selangor, 1900-1955. Akademika: Journal of Southeast Asia Social Sciences and Humanities 88(1): 17-34.

Badriyah Salleh. 1994. Sejarah Ekonomi Pertanian, Konvensyen Kebangsaan Sejarah Malaysia. Universiti Malaya.

Berita Harian, 21 April 2021.

Barbara Watson Andaya. 2000. Other Pasts: Woman, Gender and History in Early Southeast Asia. JMBRAS 51 (1): 113-136.

C.L.M. 295/1353 Estimate Bagi Penanam-penanam Padi Bagi Tahun 1935.

CO 840/1 Annual Report on the State of Trengganu for the Year 1910-1930.

C.O 840/2 Annual Report on the Social and Economic Progress of the People of Trengganu 1931-1940.

Fatimah Abdullah. 1985. Wanita Dan Pekerjaan: Satu Analisis Konflik Peranan. Akademika 27: 77-93.

Firdaus, R. R., Ibrahim, A. Z., Siwar, C., & Jaafar, A. H. 2014. Penghidupan Petani Padi Dalam Mendepani Cabaran Perubahan Iklim: Peranan Intervensi Kerajaan Menerusi Skim Subsidi Harga Padi (Sshp). Kajian Malaysia 32(2): 75-92.

Jamilah Ariffin. 2000. Sejarah Pembangunan Malaysia dan Perubahan Peranan Wanita Dari Sudut Ekonomi dan Pendidikan dalam Siti Fatimah Abdul Rahman. Pemartabatan Wanita di Malaysia. Institut Kefahaman Islam Malaysia.

J.E. Nathan. 1921. The Census of British Malaya (The Straits Settelments, Federated Malay States and Protected States of Johore, Kedah, Perlis, Kelantan, Trengganu and Brunei. Waterlow & Watford.

Raphael Israeli & Anthony H. Johns (ed.). 1984. Islam In Asia. The Magnes Press.

Ketetapan Tarikh Bertanam Padi Bagi Tahun 1941, L.O.T 43/1941

Malayan Agri-Horticultural Association (M.A.H.A), L.O.T 41/1350.

Mahani Musa. 2003. Sosio-Ekonomi Wanita Melayu Kedah 1881-1940. Universiti Malaya.

Mahani Musa. 2018. Reconstructing the Past Through Oral History: A Malaysian Experience. Kemanusiaan 25(1): 58-77.

Mardiana Nordin. 2015. Penyelidikan Sejarah, Sumber-sumber Sejarah dan Bidang-bidang Di dalam Kajian Sejarah. Seminar Kaedah dan Penulisan Sejarah. Jabatan Sejarah Universiti Malaya.

Mohd Azlan Abdullah, Rosmiza Mohd Zainol, Rosniza Aznie Che Rose & Amriah Buang. 2017. Mengungkap kelestarian Pertanian Kecil Melayu Pada Zaman Penjajahan British. Geografia-Malaysian Journal of Society and Space 5(3): 76-87.

Mohd Firdaus Abdullah & Arba’iyah Mohd Noor. 2018. Kerjasama Kedah dan Perlis Dalam Pembangunan Sistem Bekalan Air Domestik di Negeri Perlis, 1969-1978. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics & Strategic Studies 45(1): 56-78.

Mohd Firdaus Abdullah & Arba’iyah Mohd Noor. 2019. The 20th Century Domestic Water Supply In Alor Setar, Kedah. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics & Strategic Studies 46(2): 240-271.

Mohd Firdaus Abdullah & Arba’iyah Mohd Noor. 2020. Pembangunan Bekalan Air Domestik di Negeri Kedah, 1957–1992. Kajian Malaysia 38(1): 89-113.

Mohd Shazwan Mokhtar, Muhamamd Aslah Akmal Azmi & Mohd Samsudin. 2017. Perkembangan Sistem Perdagangan Merkantilisme Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (1909-1913) (The Development of Mercantilism Trade System In Federated Malay States (1909-1913). Jebat: Malaysian Journal of History, Politics & Strategic Studies 44 (2): 1-26.

Mohd Shaladdin Muda Wan Abdul Aziz Wan Mohd Amin. 2006. Analisis Kesejahteraan Hidup Nelayan Pesisir. Jurnal Kemanusiaan, 4(2): 1-20.

Muda, M. S., Amin, W. A. A. W. M., & Omar, N. W. 2006. Analisis Kesejahteraan Hidup Nelayan Pesisir. Jurnal Kemanusiaan 4(2): 58-77

.

Muhammad Saleh Awang. 1992. Sejarah Darul Iman Hingga 1361H=1942 M. Percetakan Yayasan Islam Terengganu Sdn. Bhd.

Muhammad Ridzuan Idris. 2016. Perkembangan Pendidikan Wanita Melayu di Negeri-negeri Melayu Bersekutu, 1896-1941. Tesis Ph.D. Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Nor Aini Idris. 2008. Wanita dan Pembangunan Ekonomi. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nor Hayati Sa'at, Ibrahim Mamat & Wan Mohd Zaifurin Wan Nawang. 2017. Pola Perubahan Sosiobudaya dan Mobiliti Sosial dalam Kalangan Komuniti Muara di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Akademika: Journal of Southeast Asia Social Sciences and Humanities 87(3) (Oktober): 163-176.

Nordin Hussin, Rahilah Omar & Siti Fathihah Abd Latif. 2012. Penyertaan Ekonomi Wanita Melayu dalam Zaman Kesultanan Melayu: Permulaan bagi Sebuah Perjuangan dalam Ekonomi. Akademika: Journal of Southeast Asia Social Sciences and Humanities 82(2): 55-68.

Nur Najwa Yusof, Ahmad Kamal Ariffin Mohd Rus & Noor Ain Mat Noor. 2021. Alor Setar Sebagai Pusat Komersial Sebelum Kemasukan British, 1735-1909 (Alor Setar As A Commercial Centre Before The British Intervention, 1735-1909). Jebat: Malaysian Journal of History, Politics & Strategic Studies 48(2): 164-189.

Rahimah A. Hamid. 2010. Piama dan Petua Tradisi: Ilmu Menanam Padi Masyarakat Melayu di Utara Semenanjung Malaysia. International Journal of the Malay World and Civilisation 28(2): 211-233.

Raja Rohana Raja Mamat. 1991. Peranan dan Status Wanita Melayu di Malaysia daripada Perspektif Sosial dan Undang-undang. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

R. Suntharalingam. 1985. Pengenalan Kepada Sejarah. Marican & Sons (M) Bhd.

R.D. Hill. 1977. Rice In Malaya: A Study in Historical Geography. Oxford University Press.

R.G Collingwod. 1967. The Idea of History. Oxford University Press.

Sulong Mohamad. 2012. ‘Masyarakat dan Perubahan Alam Bina di Terengganu’, dalam Abdul Rahman Embong (Ed.), Terengganu Merentasi Tiga Abad: Kesultanan, Politik, Ekonomi, Agama dan Budaya. Yayasan Diraja Sultan Mizan.

Sharifah Hayaati Syed Ismail. 2017. Mengurus Antara Keluarga dan Kerjaya Organisasi: Analisis Melalui Pendekatan al-Tadayyun, al-Maqasid dan al-Wasatiyyah. Akademika 87(3): 195-206.

Siti Fairuz Mohd Yusof & Nor Hayati Sa’at. 2019. Antara Tradisi dan Pembangunan dalam Konteks Perubahan Sosiobudaya Komuniti Muara. Akademika 89(3) : 27-39

Siti Noor Hafizah Mohamed Sharif. 2021. Pengenalan Rancangan Pengairan Kerian dan Kesannya Terhadap Aspek Ekonomi Petani Padi di Kerian, Perak (1906-1941) (The Introduction of Kerian Irrigation Scheme and Its Effects On The Economy of Paddy Farmers In Kerian, Perak (1906-1941)). Jebat: Malaysian Journal of History, Politics & Strategic Studies 48(2): 54-81.

Yusof, A. M., Ali, J., & Kamarudin, R. 2013. Kesejahteraan Hidup: Kajian Petani di kawasan Penanaman Padi di Negeri Perlis. Pros Perkem Viii. 3: 1177-1187.

Zarina Md Nor & Zuraida Ramli. 2016. Satu Tinjauan kepada Usahawan Wanita di Pulau Pinang. Akademika 86(2): 79-86.

Temubual dengan Puan Ramlah Latif, Pembantu Muzium Kanan Bahagian Pendidikan, Kuala Terengganu, 13 Januari 2020.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


ISSN: 0126-5008

eISSN: 0126-8694