Perkembangan Politik Malaysia Pasca PRU-12: Satu Tinjauan Menerusi Perspektif Etnosentrisme (Malaysia’s Political Development in the Post GE-12: A Review from Ethnocentrism Perspectives)

Mohd Irwan Syazli Saidin, Balqis Bazilah Othman

Abstract


Kedinamikan politik Malaysia terserlah setiap kali menjelang musim pilihan raya. Kerencaman latar belakang masyarakat Malaysia menjadikan persaingan politik yang berasaskan garis perkauman, identiti, kelompok etnisiti dan agama yang bersifat ekstrem semakin popular dalam kalangan elit dan pendokong parti politik. Hal ini berlarutan ketika PRU-12 sehingga ke PRU-14, di mana perspektif etnosentrisme telah meningkat secara dramatik dengan setiap isu dan perkara yang berlaku di peringkat setempat mahupun nasional dijadikan hujah politik berlandaskan justifikasi perkauman dan agama. Perkembangan media sosial secara tidak langsung turut memainkan peranan signifikan dalam menyebar luas elemen entnosentrisme di Malaysia. Kajian ini menganalisis perkembangan politik etnosentrisme di Malaysia secara kualitatif menerusi analisis dokumen dan pemerhatian tidak langsung dengan mengambil contoh isu dan peristiwa dominan yang berlaku diantara tahun 2008-2018, dan bagaimana ianya mempengaruhi pola pengundian pilihan raya dalam tempoh tersebut. Manipulasi isu penggunaan kalimah Allah, polemik pengiktirafan UEC, tuntutan HINDRAF dan IFC oleh elit politik dilihat telah mempengaruhi sentimen pengundi bukan Melayu, khususnya dari segi pengurangan sokongan terhadap Barisan Nasional yang memiliki parti-parti komponen berasaskan kaum. Politik etnosentrisme turut mempengaruhi sentimen pengundi Melayu di mana sokongan terhadap UMNO dan PAS selaku parti politik berasaskan ekslusiviti kelompok Melayu Islam dilihat tidak mengalami perubahan ketara malah semakin kukuh bagi ketiga-tiga siri PRU-12, 13 dan 14 sekaligus mengekalkan status quo parti-parti tersebut sebagai parti teras Melayu-Islam di Malaysia. Kajian ini menyimpulkan bahawa politik etnosentrisme sukar digugat di Malaysia, selagi mana isu-isu berasaskan kaum dan agama menjadi ‘propaganda’ kempen politik dan ianya memberi kesan terhadap kesepaduan antara kaum untuk jangka masa panjang.  

Kata kunci: Etnosentrisme, politik Malaysia, sentimen, pengaruh, pasca PRU-12,

 

Abstract

 

The dynamics of Malaysian politics was evident prior to every election seasons. The complexity of Malaysians’ background has created extreme political competition that is centered around racial lines, identity, ethnicity and religious groups. During GE-12 to GE-14, ethnocentrism perspectives dramatically increased with every local and national isues were politically argued based on racial and religious justification. The development of social media also indirectly played a significant role in disseminating the perspectives of ethnocentrism. This study qualitatively examines the development of ethnocentrism politics in Malaysia through document analysis and indirect observations, based on the examples of selected dominant issues and events that occurred between 2008-2018, and how they affected voting pattern in each elections during that period. Among the issues, the manipulation involved the use of Allah (word), the polemics of UEC recognition, the HINDRAF and IFC demands seem to influenced the sentiment of non-Malay voters, specifically in terms of declining support for Barisan Nasional and its race-based component parties. Political ethnocentrism also influenced the Malay voters in which support for UMNO and PAS did not change significantly, and even firmed for the past GE-12, 13 and 14, as well as maintained these parties’ status quo as the core parties for the Malays and Muslims in Malaysia. This study concludes that as long as racial and religion based issues serve the ‘propaganda’ for party campaigns, the politics of ethnocentrism will remain unbreakable and impact the long term prospect for inter-racial unity in Malaysia.

Keywords: Ethnocentrism, Malaysian politics, sentiment, influence, post GE-12


Full Text:

PDF

References


Abd Aziz A’zmin, Farrah Wahida Mustafar, Aimi Khairunnisa Abdul Karim & Nurliana Suhaimi. 2017. Realiti Kepelbagaian Kaum Ke Arah Perpaduan Nasional Pasca Merdeka. Jurnal Sains Sosial 2(1): 1-24.

Amer Saifude Ghazali, Mohammad Redzuan Othman, Zulkarnain Abdul Rahman & Rosmadi Fauzi. 2011. Politik Etnik Malaysia: Analisis Pasca Pilihan Raya Umum Ke-12 Mengenai Sokongan Bukan Melayu kepada UMNO dan PAS. Malaysia Journal of Society And Space 7(2): 18-27.

Ali Salman, Mohammad Agus Yusoff, Mohd Azul Mohamad Salleh & Mohd Yusuf Hj Abdullah. 2018. Penggunaan Media Sosial Untuk Sokongan Politik Di Malaysia. Journal of Nusantara Studies 3(1): 51-63.

Case, W. 2017. Stress Testing Leadership in Malaysia: The 1MDB Scandal and Najib Tun Razak. The Pacific Review 30(5): 633-654.

Chang, Yu-Hern & Cheng, Chien-Hang. 2011. Exploring The Effects of Consumer Ethnocentrism on Preference of Choosing Foreign Airlines: A Perspective of Chinese Tourists. African Journal of Business Management 5(34): 12966-12971.

Che Hamdan Che Mohd Razali & Ahmad Fauzi Abdul Hamid. 2016. Gerakan Islam dalam Pilihan Raya Umum Ke-13. Dlm. Muhamad Takiyuddin Ismail & Sity Daud (pnyt.). 2016. Pilihan Raya Umum Ke-13: Refleksi Politik Perubahan, hlm 125-144. Bangi: Penerbit UKM.

Chin, James. 2020. Malaysia: the 2020 putsch for Malay Islam supremacy. The Round Table: The Commonwealth Journal of International Affairs 109(3), 288-297.

Dettman, Sebastian. 2020. Authoritarian innovations and democratic reform in the “New Malaysia”. Democratization 27(6): 1037-1052.

Dettman, Sebastian & Weiss, Meredith. 2018. Has patronage lost its punch in Malaysia?. Round Table 107(6): 739-754

Funston, John. 2018. Malaysia’s 14th General Election (GE14) – The Contest for the Malay Electorate. Journal of Current Southeast Asian Affairs 37(3): 57–83.

Furnivall, J. S. 1994. Educational Progress in Southeast Asia; With a Supplement on Training For Native Self-Rule By Bruno Lasker. New York: International Secretariat Institute of Pacific Relations.

Gullick, John & Gale, Bruce. 1986. Malaysia, Its Political and Economic Development. Petaling Jaya: Pelanduk Publications.

Ishak Saat. 2010. Caturan Politik Pelbagai Kaum Di Tanah Melayu 1946-1957. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics & Strategic Studies (37): 68-85.

Jamaie Haji Hamil, Faris Afiq, Muhammad Suhaimi. 2014. Ikhtisar Analisis Pilihan Raya Umum 1978 Hingga 2013 di Malaysia. Geografia: Malaysian Journal of Society And Space 10: 39-53.

Junaidi Awang Besar, Muhammad Hazim Abdul Ghani, Mohd Fuad Mat Jali & Novel Lyndon. 2015. Pola Politik Kaum Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia Ke-13: Kajian Kes Negeri Selangor. Malaysian Journal of Society and Space 11(9): 99-111.

Lee Kuok Tiung, Rizal Zamani Idris & Rafiq Idris. 2018. Propaganda dan Disinformasi: Politik Persepsi dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) Malaysia. Jurnal Kinabalu (1): 1-21.

Mansor Mohd. Noor. 2010. Hubungan Melayu dan Cina di Malaysia Masa Kini: Buta dengan Perubahan Realiti Sosial Negara. DEMOKRASI 9(2): 185-207.

Mohammad Agus Yusoff & Shah Mohd Akmal Abdul Halim. 2019. Tingkah Laku Pengundi Felda dalam PRU-14: Identifikasi Parti, Sosiologikal atau Pilihan Rasional. Akademika 89 (3): 167-182.

Mohd Mahadee Ismail, Azlina Abdullah, Nor Azlili Hassan & Mohd Sabri Md Nor. 2020. Perkembangan Politik Era Malaysia Baharu: Pandangan Eksklusif Belia Terpelajar. Akademika 90 (Isu Khas 1/Special Issue): 161- 174.

Mohd Ridhuan Tee Abdullah. 2015. Cabaran Intergarasi Antara Kaum di Malaysia: Perspektif Media, Pertubuhan Bukan Kerajaan dan Parti Politik. Jurnal Hadhari 7(1): 33-60.

Muhammad Nadzri Mohamed Nor. 2018. The 14th General Election, the Fall of Barisan Nasional, and Political Development in Malaysia, 1957–2018. Journal of Current Southeast Asian Affairs 37(3): 139–171.

Muhamad Takiyuddin Ismail & Sity Daud (pnyt.). 2016. Pilihan Raya Umum Ke-13: Refleksi Politik Perubahan. Bangi: Penerbit UKM.

Nazri Muslim, Nik Yusri Musa & Ahmad Hidayat Buang. 2011. Hubungan Etnik Di Malaysia Dari Perspektif Islam. Kajian Malaysia 29(1): 1-28.

Mohd Irwan Syazli Saidin. 2020. The Arab Uprisings and Malaysia’s Islamist Movements: Influence, Impact and Lessons. London & New York: Routledge.

Saravanumutu, Johan. 2016. Power Sharing in a Divided Nation: Mediated Communalism and New Politics in Six Decades of Malaysia’s Elections. Petaling Jaya: SIRD.

Shankar Durairaja, Geshina Ayu Mat Saat & Mohammad Rahim Kamaluddin. 2019. Exploring Demography and Sociological Factors Underlying Decisions to Join Gangs among Indians. Akademika 89 (1): 33-43.

Shamsul Amri Baharuddin. 1996. Debating about Identity in Malaysia: A Discourse Analysis. Southeast Asian Studies 34 (3) December: 8-31.

Sumner, W.G. 1960. Folkways: The Sociological Importance of Usages, Manners, Customs, Mores and Morals. New York: Ginn and Co.

Suresh Kumar N. Vellymalay & Sivarajan Ponniah. 2018. Tsunami dalam Pilihan Raya Umum Ke-14: Peralihan Sokongan Daripada Politik Etnik Kepada Multietnik. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics & Strategic Studies 45(2): 206-231.

Syed Husin Ali. 2015. A Critical Review of Syed Husin Ali’s Memoirs of A Political Struggle. Kajian Malaysia 33(1): 123-145.

Tapsell, Ross. 2018. The Smartphone as the “Weapon of the Weak”: Assessing the Role of Communication Technologies in Malaysia’s Regime Change. Journal of Current Southeast Asian Affairs 37(3): 9–29.

Weiss, M.L. 2020. The Limits of “Populism”: How Malaysia Misses the Mark and Why That Matters. Journal of Current Southeast Asian Affairs 39(2): 207-226.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


ISSN: 0126-5008

eISSN: 0126-8694