Poligami dan Gender dalam Tok Guru karya Shahnon Ahmad dan Pujangga Melayu karya Mohd. Affandi Hassan (Polygamy and Gender in Shahnon Ahmad’s Tok Guru and Mohd. Affandi Hassan’s Pujangga Melayu)

Mohd Zariat Abdul Rani (Universiti Putra Malaysia, zariat@fbmk.upm.edu.my)

Abstract


In Islam, justice is the ultimate value in the understanding of ethics and morality. This valuation is evident in polygamy, as justice is the most important prerequisite in the understanding and application of the practice. The onset of modernity, however, has seen polygamy engender various forms of disputation, especially among modern feminists who by and large assume the practice to be one that perpetuates gender inequality and injustice. This in turn give rise to paradoxical perceptions, because on the one hand, Islam is said to be a religion that patently espouses justice; but on the other, Islam is seen as perpetuating a marriage practise (polygamy) that seemingly benefits one gender at the expense of the other. It is in this context that this article explores the above paradox with reference to Malay novels. This article aims to detail perceptions on polygamy of Malay novelists, as well as to explore how gender issues in the context of polygamy are presented within their works. Two novels will be analysed: Tok Guru (1988) by Shahnon Ahmad and Pujangga Melayu (1998) by Mohd. Affandi Hassan. Beside the fact that these novels have attained privileged status within the Malay literary world, they are pertinent to this study more because of their respective treatments of polygamy and gender issues. Analysis indicates that each novel proposes a different outlook and approach to deal with the issue of polygamy and gender. It is interesting to note that these differences will help to extend the debate on the issues of polygamy and gender.

Keywords: Islam, gender, polygamy, justice

ABSTRAK

Keadilan merupakan nilai tertinggi yang menunjangi pemahaman tentang etika dan moraliti Islam. Hal ini jelas, umpamanya dalam poligami yang menjadikan soal keadilan sebagai prasyarat yang paling utama dalam pemahaman dan pelaksanaannya. Walau bagaimanapun, dalam dunia moden hari ini, poligami menjadi topik perdebatan yang sering menimbulkan pertikaian, terutamanya dalam kalangan golongan feminis yang menganggapnya sebagai satu praktik perkahwinan yang korup. Tanggapan yang seumpama ini dengan sendirinya menimbulkan persepsi yang bersifat paradoksikal, kerana Islam di satu pihak dikatakan begitu mempertahankan soal keadilan; tetapi pada masa yang sama menghalalkan satu amalan perkahwinan yang dianggap hanya menguntungkan satu gender dan merugikan satu gender yang lain. Dalam konteks ini, makalah ini berusaha untuk meneroka persoalan di atas secara lebih lanjut dengan menjadikan novel-novel Melayu sebagai bahan kajian. Makalah ini bertujuan meneliti persepsi novelis Melayu tentang poligami, serta meninjau bagaimana pertikaian tentang soal keadilan dalam poligami ditangani melalui karya- karya mereka. Untuk tujuan itu, makalah ini meneliti dua buah novel iaitu Tok Guru (1988) karya Shahnon Ahmad dan Pujangga Melayu (1998) karya Mohd. Affandi Hassan. Selain reputasi kedua-dua novelis yang sedia mencipta nama dan berpengaruh dalam dunia kesusasteraan Melayu masa kini, novel- novel tersebut dipilih berasaskan ceritanya yang berlegar tentang poligami, serta isu-isu gender yang dibangkitkan. Analisis mendapati bahawa kedua- dua novel yang dikaji mengutarakan persepsi-persepsi yang tersendiri tentang poligami. Analisis juga mendapati bahawa setiap novel yang dikaji mengemukakan pendekatan yang saling berbeza dalam menangani soal keadilan dalam poligami. Perbezaan persepsi dan pendekatan yang dikemukakan dalam novel-novel ini dianggap menarik untuk dibincangkan lebih lanjut, dalam usaha mendalamkan perbahasan tentang poligami dan gender.

Kata kunci: Islam, gender, poligami, keadilan


Full Text:

PDF

References


Al-Attas, S.M.N. 1972. Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Al-Attas, S.M.N. 1993. Islam and Secularism. Kuala Lumpur: International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC).

Ann Wan Seng. 2005. Al-Arqam di Sebalik Tabir. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Aveling, H. 2000. Shahnon Ahmad: Islam, Power and Gender. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Hussain, A.W. 1999. Qur’an and Woman: Rereading the Sacred Text from a Woman’s Perspective. Oxford: Oxford University Press.

Khadijah Aam. 1990. Manisnya Madu (Siri Minda Abuya Imam Ashaari Muhammad At-Tamimi). Kuala Lumpur: Giliran Timur.

Maskiah Masrom. 1989. Falsafah Perjuangan Jemaah Darul Arqam Sebagaimana Terserlah di dalam Cerpen Al-Munir dan Al-Mukminah. Latihan Ilmiah, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Mohd. Affandi Hassan. 1993. Pujangga Melayu. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti.

Mohd. Affandi Hassan. 2002. Pujangga Melayu dan Persuratan Baru menjadi duri dalam Daging Sastera Melayu Moden?. Dewan Sastera, Ogos: 6-11.

Mohd. Affandi Hassan. 2004. Kesusasteraan Melayu di Persimpangan Jalan: Anti-Intelektualisisme, Hasad, Pandirisme. Kertas kerja Wacana Ilmiah Dunia Melayu dan Islam (DAMAI), Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. 21 Disember.

Mohd. Affandi Hassan. 2004. Seksualiti dalam Novel-novel Melayu: Satu Analisis Teks Berdasarkan Persuratan Baru. Tesis Kedoktoran, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Mohd. Affandi Hassan. 2005. Sastera Berpaksikan Tauhid: Satu Penerokaan Terhadap Gagasan Persuratan Baru oleh Mohd. Affandi Hassan - Bahagian I. Jurnal YADIM 7, (Oktober): 1-16.

Mohd. Affandi Hassan. 2006. Wacana Seksualiti Insan. Dlm. Novel Pujangga Melayu, Mohd. Affandi Hassan. SARI 24 (Julai): 121-159.

Mohd. Affandi Hassan. 2006. Sastera Berpaksikan Tauhid: Satu Penerokaan Terhadap Gagasan Persuratan Baru, Bahagian II. Jurnal YADIM 8 (Jun): 73-88.

Mohd. Affandi Hassan. 2007. Sastera Berpaksikan Tauhid: Satu Penerokaan Terhadap Gagasan Persuratan Baru, Bahagian III. Jurnal YADIM 9 (Januari): 66-89.

Mohd. Zariat Abdul Rani. 2006. Wacana Seksualiti Insan. Dlm. Novel Pujangga Melayu, Mohd. Affandi Hassan. SARI. Jld. 24 (Julai): 121-159.

Mohd. Zariat Abdul Rani. 2004. Seksualiti dalam Novel-novel Melayu: Satu Analisis Teks Berdasarkan Persuratan Baru. Tesis Kedoktoran, Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia. Tidak diterbitkan.

Mohd. Zariat Abdul Rani & Ungku Maimunah Mohd. Tahir. 2004. Persuratan Baru dan Penggemblengan Ruang Naratif: Satu Kajian Perbandingan Antara Hikayat Faridah Hanom oleh Syed Syeikh Al-Hadi dengan Pujangga Melayu. Prosiding Seminar Teori dan Kritikan Sastera Melayu Serantau. Hlm. 374-422. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Mohd. Zariat Abdul Rani. 2004. The Employment of Narrative Space in Hikayat Faridah Hanom and Pujangga Melayu: A Comparative Analysis. Kertas kerja 13th Colloquium of the Malaysia Society of Australia, Faculty of Asian Studies, Australian National University (ANU), Canberra. 26-27 November.

Ooi Eng Lye. 2005. Novel Terpilih Shahnon Ahmad: Satu Kajian Pendekatan Gender. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Rakaman pertemuan peribadi antara Sasterawan Negara Datuk Profesor Emeritus Shahnon Ahmad dengan bekas pengasas Darul Arqam, Asyhaari Muhammad, Bahan Tidak Terbit (VCD), Perpustakaan Sultan Abdul Samad, Universiti Putra Malaysia, Serdang. BL65 P7P468.

Shahnon Ahmad. 2006. Perjalananku Sejauh Ini: Sebuah Autobiografi. Pulau Pinang: Pustaka Shahnonahmad.

Shahnon Ahmad. 1988. Tok Guru. Petaling Jaya: Fajar Bakti.

Ungku Maimunah Mohd. Tahir. 2002. Bagaimanakah Pujangga Melayu Harus Ditafsirkan?. Dewan Sastera, Ogos: 36-43.

Ungku Maimunah Mohd. Tahir. 2006. Salam Maria daripada Perspektif Persuratan Baru. Kertas kerja Persidangan Antarabangsa Pengajian Melayu 2006, anjuran Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya & Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia (KEKKWA), Hotel Armada, Petaling Jaya. 8-9 November.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


ISSN: 0126-5008

eISSN: 0126-8694