Pola Pemikiran Masyarakat Kepulauan Malaysia Berkaitan Kebudayaan Kebangsaan (Mindset Patterns of the Malaysian Archipelago Community in relation to the National Culture)

Shahidi A.H., Rahim Aman, Rozmi Ismail, Muhamad Syahmi Shabri

Abstract


Kepulauan adalah wilayah asas ketamadunan budaya tempatan. Pola pemikiran masyarakat kepulauan di Malaysia dalam mendepani dasar negara berkaitan kebudayaan kebangsaan tidak begitu terserlah dalam kajian-kajian lepas. Makalah ini, justeru, cuba menyerlahkan aspek ini dengan meneliti data kuantitatif via kaedah survei. Borang survei dimanfaatkan bagi mendapatkan refleksi sebenar orang awam berkaitan kefahaman, persepsi, dan keberkesanan dasar kebudayaan kebangsaan. Seramai 450 orang responden berlainan etnik, agama, umur serta latar sosial telah dipilih bagi mewakili populasi penduduk pulau di seluruh Malaysia. Responden berumur 20 hingga 49 tahun adalah 90% daripada jumlah keseluruhan sampel. Premis pemilihan kumpulan ini tinggi disebabkan mereka adalah kategori peserta aktif dalam pembangunan negara. Kelompok peserta berumur 50 hingga 69 tahun pula merupakan 10% daripada jumlah keseluruhan sampel. Kumpulan ini adalah golongan yang dianggap berpengalaman tinggi dalam kehidupan kerana terlibat dalam pembangunan negara secara langsung dan tidak langsung. Kaedah Strutural Equation Model dan perisian Smart Partial Least Square 3.0 dimanfaatkan sepenuhnya dalam kajian ini. Hasil dapatan kajian ini menyerlahkan hakikat bahawa masyarakat kepulauan memahami dan menerima dengan baik dasar di Malaysia yang berkaitan kebudayaan kebangsaan yang telah diperkenalkan sejak 1971 (Dasar Kebudayaan Kebangsaan). Kajian ini turut menyerlahkan sebuah model pola pemikiran masyarakat kepulauan Malaysia berkaitan kebudayaan kebangsaan. Model Pola Pemikiran Budaya Masyarakat Kepulauan Malaysia memerihalkan impak sosial masyarakat Malaysia berkaitan aspek perpaduan dan jati diri. Kajian ini memberi implikasi penting terhadap kerangka teori kebudayaan kebangsaan yang pragmatik di Malaysia, khususnya melalui Dasar Kebudayaan Negara 2021 (DAKEN2021) serta penerapan agenda nasional berkaitan pemodenan, pendidikan, perpaduan dan kebudayaan.

Kata kunci: budaya; DAKEN2021; kebudayaan kebangsaan; masyarakat kepulauan; model pola pemikiran.

Abstract 

The archipelago is the basic civilization territory of the local culture. The mindset of the archipelago community in Malaysia in facing the national policies related to national culture is not clearly stated in previous studies. This paper, therefore, attempts to highlight this aspect by examining quantitative data via survey methods. Survey forms are utilized to obtain real public reflections on the understanding, perception, and effectiveness of national cultural policies. A total of 450 respondents of different ethnicities, religions, ages and social backgrounds were selected to represent the island population throughout Malaysia. Respondents aged 20 to 49 years constituted almost 90% of the total sample. The selection of this group is high because they an active crowd in the development of the country. The group of participants aged 50 to 69 years is 10% of the total sample. This group of people are considered highly experienced in life because they being involved in national development directly and indirectly. The method of Structural Equation Modelling and Smart Partial Least Square 3.0 software were fully utilized in this study. This study indicates that the archipelago community is very understands and fully accepts the policies in Malaysia related to national culture that have been introduced since 1971 (Dasar Kebudayaan Kebangsaan). This study also highlights a model of Malaysian archipelago community mindset pattern in relation to the national culture. The Malaysian Archipelago Community Cultural Mindset Model describes the social impact of Malaysia's community in relation to aspects of unity and identity. This study has important implications for a pragmatic national cultural theory framework in Malaysia, especially through the Nation Cultural Policy 2021 (DAKEN2021) as well as the application of national agendas related to modernization, education, unity and culture.

Keywords: culture; DAKEN2021; national culture; archipelago society; mindset pattern model.


Full Text:

PDF

References


Abd Aziz A’zmi, Farrah Wahida Mustafar, Aimi Khairunnisa Abdul Karim, & Nurliana Suhaini. (2017). Realiti kepelbagaian kaum ke arah perpaduan nasional pasca merdeka. Malaysian Journal of Social Science, 2, 1-24

Ahmad Jelani Halimi. 2008. Sejarah Dan Tamadun Bangsa Melayu. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors.

Aziz Deraman. 1975. Masyarakat dun Kebudayaan Malaysia: Suatu Pengenalan Lnfarbelakang dun Sejarah Ringkas. Kuala Lumpur: Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan Malaysia.

Bagozzi, R.P., Yi, Y., & Nassen, K.D. 1998. Representation of measurement error in marketing variables: Review of approaches and extension to three-facet designs. Journal of Econometrics, 89 (1-2), 393-421.

Buckingham, D. 2003. Media education: literacy, learning and contemporary culture. Cambridge: Polity Press.

Cohen, J. (2013). Statistical power analysis for the behavioral sciences. New York: Routledge.

DiGi. 2012. Malaysia’s amazing heritage: a journey of discovery. Kuala Lumpur: DiGi Telecommunications Sdn Bhd.

Fornell, C., & Larcker, D.F. 1981. Structural equation models with unobservable variables and measurement error: Algebra and statistics. Journal of Marketing Research, 18, 382-388.

Hair Jr, J.F., Sarstedt, M., Hopkins, L., & Kuppelwieser, V. G. 2014. Partial least squares structural equation modeling (PLS-SEM): An emerging tool in business research. European business review.

Hair, J.F., Anderson, R.E., Babin, B.J., & Black, W.C. 2010. Multivariate data analysis: A global perspective. 7th Edition, Pearson Education: Upper Saddle River.

Hair, J. F., Money, A.H., Samouel, P., & Page, M. 2007. Research methods for business. Education+ Training.

Hair, J. F., Ringle, C. M., & Sarstedt, M. 2011. PLS-SEM: Indeed a silver bullet. Journal of Marketing theory and Practice, 19(2), 139-152.

Halina Sendera Mohd. Yakin. 2017. Pengaruh budaya tradisi dan Islam dalam evolusi adat dan ritual kematian komuniti Bajau. Akademika 87(3):31-46.

Haviland, William A. (1990). Culture anthropology (6th edition). Florida, Harcourt Brace Jovanovich Publisher.

Malhotra, N.K., & Dash, S. 2011. Marketing research an applied orientation. London: Pearson Publishing.

Maruwiah Ahmat. 2012. Siri budaya warisan Malaysia. Shah Alam: Get Smart Publication Sdn. Bhd.Mohd Arof, 2009

Mohd. Fauzi Yaacob. 2009. Malaysia: transformasi & perubahan sosial. Shah Alam: Arah Publications.

Mohd. Arof Ishak. 2009. Tamadun Alam Melayu. Kuala Lumpur: Persatuan Sejarah Malaysia.

Mustaffa Omar & Ishak Yussof. 2006. Transisi demografi dan cabaran pembangunan lestari di Pulau Tuba, Langkawi. Jurnal e-Bangi. Vol. 1(1): 1 - 22.

Nitzl, C. 2010. Eine anwenderorientierte Einführung in die partial Least Square (PLS)-Methode (a user-oriented introduction to partial least squares (PLS) method). Available at SSRN 2097324.

Norlida Hanim Mohd Salleh, Md Shafiin Shukor & Siti Hajar Mohd Idris. 2017. Impak Pembangunan Pelancongan ke atas Persekitaran Manusia dan Fizikal Komuniti Pulau Tioman. Akademika 87(3), Oktober 2017:47-60.

Pue, Giok Hun & Kaur, Charanjit. 2014. Identiti etnik minoriti di Malaysia: antara realiti sosial tafsiran autoriti dan tafsiran harian. Akademika 84 (1&2): 57-70.

Rohana Yusof. 2010. Asas Sains Sosial: Dari Perspektif Sosiologi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Shaffer, L.N. 1995. Maritime southeast asia to 1500. New York: M.E Sharpe.

Shahidi A.H., Muhammad Syahmi Shabri, Rahim Aman, Rozmi Ismail & Ab. Samad Kechot. 2021. Kefahaman masyarakat kepulauan terhadap Dasar Kebudayaan Kebangsaan GEOGRAFIA: Malaysian Journal of Society and Space. 17 (2): 313-326.

Siti Hajar Abu Bakar. 2002. Pengantar dasar sosial Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Smith, L. & Akagawa, N. 2009. Intangible Heritage. New York: Routledge

Watloly, A. 2012. Konsep Diri Masyarakat Kepulauan. Jurnal Filsafat 22(2). Yogyakarta: Fakultas Filsafat Univ. Gadjah Mada.

Yahaya Ibrahim. 2007. Komuniti Pulau dalam Era Pembangunan: Terpinggir atau Meminggir?. Akademika. Vol. 70 (Januari): 57-76.

Yahya Ibrahim. 2001. Pembangunan Pelancongan dan Perubahan Komuniti Nelayan di Pulau Redang. Akademika 59 (Julai): 95-116.

Yasmin Ahmad & Najeemah Mohd Yusof. 2016. Sensitiviti kepelbagaian budaya dalam kalangan guru pelbagai etnik di sekolah menengah kebangsaan di Malaysia. Jurnal Pendidikan Malaysia. Vol. 41(1): 71-78.

Yusof Ismail. 2008. Dasar-dasar Utama Kerajaan Malaysia. Kuala Lumpur:A.S Noordeen.

Institut Wasatiyyah Malaysia. 2012.

http://iwm.jpm.gov.my/iwm/content/dasar-wasatiyyah-negara

Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia. 2017. http://www.kkmm.gov.my/index.php?

UNESCO. 2003. https://ich.unesco.org/en/1com


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


ISSN: 0126-5008

eISSN: 0126-8694