Qalbu (jantung): satu perbincangan epistemologi Islam

Siti Aisyah Jeinie, Azmi Aziz, Azima Abdul Manaf

Abstract


Bahasa Malaysia menterjemahkan perkataan qalbu kepada hati meskipun bahasa-bahasa lain menterjemahkan perkataan qalbu sebagai ‘jantung’. Penulisan ini memilih untuk menggunakan jantung bukan hati untuk penterjemahan qalbu dalam perbincangan ilmu epistemologi Islam. Hal ini disebabkan elemen fizikal dan batin jantung lebih tepat untuk membincangkan ilmu berbanding hati. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan menggunakan metode analisis tematik. Al-Quran menjadi sumber primer di mana perkataan qalbu yang membawa maksud jantung telah disebut sebanyak 132 kali melalui proses deduktif untuk mengenal pasti tema-tema signifikan dalam skop perbincangan epistemologi ilmu. Empat tema telah dibincangkan meliputi elemen epistemologi, aksiologi, ontologi dan logik. Tema pertama mendapati bahawa jantung berfikir di samping mempunyai deria penglihatan dan pendengaran. Tema kedua meletakkan sistem penilaian aksiologi kepada jantung serta halal, haram dan syubhah. Tema ketiga menggambarkan bahawa jantung mempunyai sifat-sifat yang memberi perbezaan kepada pemprosesan ilmu. Tema keempat, logik memerlukan kaedah ilmu jantung itu bermula dan berakhir dengan Allah SWT. Daripada kajian ini, jantung memainkan peranan penting dalam ilmu. Dapatan ini selari dengan hasil kajian yang menemui bahawa terdapat hubungan dua hala antara jantung dan otak dalam mengawal tubuh badan manusia. Kajian ini harap dapat menambah kefahaman yang lebih luas terhadap peranan jantung dalam kehidupan seharian. Sehubungan dengan itu, kajian ini juga berharap agar penggunaan qalbu sebagai jantung dapat dinormalisasikan dalam khalayak ramai.

 


Full Text:

PDF

References


Al-Quran

Ahmad Zain, S. 2012. Belajar dalam Perspektif Psikologi dan Islam. Jurnal Politik Hukum Ekonomi Pendidikan sosial dan Budaya. 1(2): 41-50.

Ali Talib, H., Ahmed Sattar, A., & Ethar, N. 2022. Heart Memory and Feelings. In: Hashim, H.T., Ahmed, N., Faggian, G., Manyalich, M., Onorati, F. (eds) Heart Transplantation. Springer, Cham. https://doi.org/10.1007/978-3-031-17311-0_17

Amir Mohd Nason, Muhd Imran Abd Razak, Mohd Farhan Abd Rahman. 2021. Aplikasi Nilai-Nilai Berasaskan Qalbu dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran (Pdp). Jurnal ‘Ulwa. 6(2):326-339.

Booth, A.R. 2008. Deontology In Ethics And Epistemology. Metaphilosophy, 39(4-5), 530–545. doi:10.1111/j.1467-9973.2008.00559.x

Candia-Rivera, D. 2022. Brain-Heart Interactions in the Neurobiology of Consciousness. Current Research in Neurobiology. 3(100050). Doi: 10.1016/j.crneur.2022.100050.

Firdaus, & Mahyuddin Barni. 2023. Hati dalam Perspektif Al-Qur`an & Hadits. Mushaf Journal : Jurnal Ilmu Al Quran Dan Hadis. 3(1): 93-109.

Hamka. 2017. Tafsir al-Azhar. Malaysia: PTS Publishing House.

Ibnu Kathir. 2013. Tafseer Ibnu Kathir. https://archive.org/details/TafseerIbnKathirenglish114SurahsComplete/

Kamus Bahasa Melayu. T.th. Pusat Rujukan Persuratan Melayu. https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=qalbu

Lakota, J., Jagla, F., & Pecháňová, O. 2021. Heart memory or can transplanted heart manipulate recipient´s brain control over mind body interactions?. Activitas Nervosa Superior Rediviva. 63(1): 49-51.

Liester, M.B. 2020. Personality changes following heart transplantation: The role of cellular memory. Medical Hypotheses, 135, 109468. https://doi.org/10.1016/j.mehy.2019.109468

Liu, W., Zhang, X., Wu, Z., Huang, K., Yang, C., & Yang, L. 2022. Brain–Heart Communication in Health and Diseases. Brain Research Bulletin. 183: 27-37. Doi: 10.1016/j.brainresbull.2022.02.012.

Mat Rofa, I. 2015. Mantik dan Etnomantik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

McCraty R. 2015. Heart Brain Neurodynamics: The Making of Emotions. Dlm: Dahlitz, M. & Hall, G. (peny.). Issues of the Heart: The Neuropsychotherapist special issue. Dahlitz Media: Brisbane. 76–110

Mohanta, S.K., Yin, C., Weber, C., Godinho-Silva, C., Veiga-Fernandes, H., Xu, Q.J., Chang, R.B., & Habenicht, A.J.R. 2023 Cardiovascular Brain Circuits. Circulation Research. 32(11):1546-1565. Doi: 10.1161/CIRCRESAHA.123.322791.

Mutiara Hadis. 2019. Koleksi Hadis. https://sigir.uitm.edu.my/webhadis/

Quran.com. t.th. Translation of Al-Quran.

Rahimin Affandi, A. R. 2008. Penguasaan Ilmu Pengetahuan. Dlm. Islam Hadhari: Pendekatan Pembangunan Peradaban. Kuala Lumpur: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia.

Sawaluddin, S. 2020. Hubungan Potensi Indra, Akal, dan Qalbudalam Al-Qur’an Menurut Para Mufassir. Al-Banjari, 19(1): 134-158.

Scheitz, J.F., Sposato, L.A., Schulz-Menger, J., Nolte, C.H., Backs, J., & Endres, M. 2022. Stroke–Heart Syndrome: Recent Advances and Challenges. Journal of American Heart Association. 11(17):1-17. Doi: 10.1161/JAHA.122.026528.

Shah, S.U., White, A., White, S., & Littler, W.A., 2004. Heart And Mind: (1) Relationship Between Cardiovascular and Psychiatric Conditions. Postgraduate Medical Journal. 80(950): 683–689. Doi:10.1136/pgmj.2003.014662.

Traub, J., Frey, A., & Störk, S. 2023. Chronic Neuroinflammation and Cognitive Decline in Patients with Cardiac Disease: Evidence, Relevance, and Therapeutic Implications. Life. 13(2). 329. Doi: 10.3390/life13020329.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


ISSN: 0126-5008

eISSN: 0126-8694