Penggubalan Undang-undang Jenayah Syariah di Malaysia: Analisis ke atas Kekaburan Bidang kuasa Parlimen dan Dewan Undangan Negeri

Nur Ain Mohd Sabirin, Ahmad Azam Mohd Shariff, Mohamad Azhan Yahya

Abstract


ABSTRAK

Keperluan mendesak untuk membendung aktiviti jenayah syariah yang berlaku dalam masyarakat tidak dapat dinafikan. Untuk tujuan tersebut, perundangan jenayah syariah Malaysia digubal oleh Dewan Undangan Negeri. Proses penguatkuasaannya haruslah menuruti prinsip keadilan yang telah ditetapkan. Namun, autoriti penggubalan yang diberikan masih tertakluk kepada doktrin pengasingan kuasa antara kerajaan persekutuan dan negeri melalui Perkara 74, Jadual Kesembilan di bawah Senarai Negeri dan Persekutuan. Walaupun pembahagian kuasa telah dinyatakan, parameter bidang kuasa badan perundangan negeri untuk menggubal perundangan berkaitan kesalahan jenayah syariah dilihat masih kabur. Justeru, penulisan ini menganalisis beberapa perundangan di Malaysia berkait dengan bidang kuasa penggubalan kesalahan jenayah syariah oleh Dewan Undangan Negeri. Penekanan turut diberikan terhadap prinsip syariah yang relevan dalam konteks penulisan ini. Penulisan ini juga mengenalpasti implikasi yang timbul daripada kekaburan had bidang kuasa badan legislatif negeri dalam menggubal peruntukan kesalahan jenayah syariah. Cadangan penambahbaikan perundangan turut disertakan dalam usaha memperjelaskan had bidang kuasa badan legislatif negeri. Dengan menggunakan kaedah penyelidikan secara doktrinal, kesemua data berkaitan had bidang kuasa badan legislatif negeri dalam penggubalan kesalahan jenayah syariah adalah dianalisis secara kualitatif dan kritis. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat keperluan untuk membuat pindaan dan penyelarasan terhadap beberapa peruntukan perundangan yang memberi kuasa kepada badan legislatif negeri untuk menggubal peruntukan berkaitan kesalahan jenayah syariah. Intihanya, kekaburan had bidang kuasa Dewan Undangan Negeri perlu diperjelaskan agar kesahan peruntukan jenayah syariah dapat terus dipertahankan serta dilindungi daripada terus dicabar di masa akan datang.

Kata kunci: kekaburan kuasa, Perlembagaan Persekutuan, Dewan Undangan Negeri, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah, Prinsip Syariah


Full Text:

PDF

References


Azlina Abdul Aziz, & Hamidah Yamat. 2020. Qualitative Research Design: The Researcher’s Choice & Consideration. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Dato’ Haji Zainul Rijal Abu Bakar. 2024. Perundangan Islam dari Sorotan Sejarah. CLJ, 1: 1–14.

Izawati Wook, Intan Nadia Ghulam Khan, & Arif Fahmi Md Yusof. 2023. Ulasan Kes: Iki Putra bin Mubarrak lwn. Kerajaan Negeri Selangor [2021 2 MLJ 323 (Bidang kuasa Badan Perundangan Negeri dan Undangundang Berkaitan dengan Kesalahan terhadap Perintah Agama Islam). Kanun: Jurnal Undang-Undang Malaysia, 35(2), 379–388.

Jabatan Mufti Negeri Perlis. 2022. Islam Melarang Berburuk Sangka. In Tazkirah Direnjis Menghiasi Majlis, pp. 51–54. Perlis: Majlis Agama Islam Perlis.

Mat Saad Abd. Rahman. 1942. Undang-Undang Jenayah Islam: Jenayah Hudud. Shah Alam: Hizbi Sdn.Bhd.

Muhammad Fathi Yusof, & Ahmad Nazri Mansur. 2014. Perlaksanaan Undang-Undang Jenayah Islam di Kelantan dan Brunei. 133–150.

Muhammad Hafiz bin Mansor, & Dr Muhammad Fathi bin Yusof. 2021. Ulasan Kes Iki Putra Dalam Kes Liwat dan Harmonisasi Bidang Kuasa Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah. In Terengganu Stratergic & Integrity Institute (TSIS).

Noranizan Mohd Sufian, Narizan Abdul Rahman, & Mazni Abdul Wahab. 2017. Semakan Kehakiman Kesalahan Jenayah Syariah di Malaysia: Ulasan Literatur. Journal of Shariah Law Research, 2(2): 171-188.

Perlembagaan Persekutuan, International Law Book Services. 1996.

Prof. Dr. Anwarullah. 2021. The Criminal Law of Islam. Kuala Lumpur: A.S. Noordeen.

Ramizah Wan Muhammad. 2024. Ulasan Perundangan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) (Negeri Kelantan) 2019 Pandangan Sepintas Lalu. Kanun: Jurnal Undang-Undang Malaysia, 36(1): 145-152.

Ranjit Kumar. 2019. Research Methodology: A Step-by-Step Guide for Beginners (Fifth Edition). California: SAGE Publications.

Sayidah Asma Basir, Muhammad Remy Othman, & Zulzaidi Mahmod. 2022. Penulisan Alasan Penghakiman dan Prosedur di Mahkamah Syariah Berpandukan Hadis: Analisis Pemakaian dan Pengecualian. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, 7(11): 1–12.

Shad Salem Faruqi. 2019. Our Constitution. Subang Jaya: Thomson Reuters Asia Sdn Bhd.

Shad Salem Faruqi. 2020. Between Two Shores: Courts, the Constitution and Shariah. Singapore Academic of Law Journal (Special Issue), 32: 415-457.

Shamrahayu A. Aziz. 2007. Islamic Criminal Law in The Malaysian Federal Structure: A Constitutional Perspective. IIUMLJ, 15(101): 101-120.

Shamrahayu A. Aziz. 2016. Bidang Kuasa Mahkamah Syariah Berkaitan Hukuman. In Isu Penguatkuasaan Undang-Undang Jenayah Syariah di Malaysia (Cetakan Pertama, p. 27). Kuala Lumpur: Legasi Press Sdn. Bhd.

Shamrahayu A. Aziz. 2016. Falsafah Undang-Undang Jenayah Islam dan Penguatkuasaannya. In Isu Penguatkuasaan Undang-Undang jenayah Syariah di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Wafaa’ binti Yusof, & Anita Abdul Rahim. 2016. Tatacara Penahanan Pra Perbicaraan Jenayah Syariah di Malaysia: Analisis Menurut Pandangan Fuqaha. Journal of Contemporary Islamic Law, 1(1): 39-54.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


ISSN: 0126-5008

eISSN: 0126-8694