Profil Pengalaman Keusahawanan dan Faktor Mempengaruhi Kemahiran Keusahawanan Dalam Kalangan Mahasiswa Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
Abstract
Ketiadaan maklumat berkaitan dengan profil, pengalaman dan kemahiran keusahawanan yang komprehensif dalam kalangan mahasiswa telah menyukarkan pihak pengurusan fakulti untuk menyediakan hala tuju yang strategik selari dengan Pelan Tindakan Keusahawanan Institut Pengajian Tinggi (PTK IPT) 2021-2025. Oleh itu, kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengenalpasti profil, pengalaman keusahawanan dan faktor yang mempengaruhi kemahiran keusahawanan dalam kalangan mahasiswa. Kajian dilaksanakan menggunakan rekabentuk tinjauan keratan lintang secara kuantitatif. Seramai 418 orang mahasiswa yang sedang melanjutkan pengajian di FSSK dipilih sebagai responden kajian. Data kajian dianalisis secara deskriptif dan inferensi menggunakan IBM SPSS statistik versi 25. Hasil kajian deskriptif mendapati i) majoriti mahasiswa FSSK belum pernah mempunyai pengalaman menjalankan perniagaan, ii) jenis perniagaan makanan dan fesyen merupakan pilihan utama mahasiswa sekiranya diberikan peluang memulakan perniagaan, iii) majoriti tidak mempunyai latar belakang ahli keluarga terlibat dengan perniagaan dan iv) kurang berpeluang mengikuti kursus berkaitan keusahawanan secara profesional. Kajian juga mendapati majoriti mahasiswa mengakui kursus asas keusahawanan yang ditawarkan oleh fakulti membantu mencetuskan minat untuk memulakan perniagaan. Analisis regresi berganda dengan menggunakan pendekatan stepwise mendapati faktor kreativiti dan inovasi merupakan faktor peramal utama yang mempengaruhi kemahiran keusahawanan dalam kalangan mahasiswa dengan menyumbang sebanyak 51 peratus varians (R2=.518) terhadap kemahiran keusahawanan. Selain itu, faktor literasi keusahawanan dan kesanggupan mengambil risiko juga turut mempengaruhi kemahiran keusahawanan dalam kalangan mahasiswa. Hasil kajian memberi sumbangan signifikan kepada pihak pengurusan fakulti dan UKM ke arah keperluan penyediaan pelan strategik bagi menjayakan agenda pembudayaan keusahawanan melalui penyediaan program latihan kemahiran dan pementoran keusahawanan bagi memperkaya pengalaman mahasiswa dan melonjakkan kebolehpasaran graduan.
Full Text:
PDFReferences
Abadli, R., Kooli, C. & Otmani, A. 2020. Entrepreneurial culture and promotion of exporting in Algerian SMEs: Perception, reality and challenges. J. Small Bus. Entrep. 41, 227–240
Abdul Aziz, Y. 2010. Pengenalan kepada Usahawan dan Keusahawanan. Scholarmind Publishing Kuala Lumpur.
Allah, M.A. & Nakhaie, H. 2011. Entrepreneurship and Risk-Taking. International Conference on E-Business, Management and Economics. Vol. 25: 77-79.
Akmal Sabarudin, Nur Hannan Lokman, Nahzatush Simaa Jantan, Nurul Ashikin Zainrudin, Alis Syazmim Abdul Halim & Muhamad Azry Khoiry. 2022. Tinjauan Keberkesanan Program Keusahawanan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) terhadap Kebolehpasaran Graduan Menurut Perspektif Alumni UKM. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, 7(2), 1-14.
Antoncic, J. A., Antoncic, B., Gantar, M., Hisrich, R. D., Marks, L. J., Bachkirov, A. A., & Kakkonen, M. L. 2018. Risk-taking propensity and entrepreneurship: The role of power distance. Journal of Enterprising Culture, 26(01), 1-26.
Bledow, R., Frese, M., Anderson, N., Erez, M. & Farr, J. 2009. A dialectic perspective on innovation: conflicting demands, multiple pathways, and ambidexterity. Industrial and Organizational Psychology, 2(3), 305-337
Bodolica, V. & Spraggon, M. 2021. Incubating innovation in university settings: Building entrepreneurial mindsets in the future generation of innovative emerging market leaders. Educ. Train, 63, 613–631
Buil, M., Aznar, J. & Galiana, J. 2016. Rocafort-Marco, A. An explanatory study of MBA students with regards to sustainability and ethics commitment. Sustainability, 8, 280
Bustamante-Perez, G. 2014. Developing Entrepreneurial Literacy at University: A Hands-On Approach. International Journal of Multidisciplinary Comparative Studies. 1(2). 57-75.
Cohen, L., Manion, L. & Morrison, K. 2001. Research Methods in Education. Edisi ke 5. London: Routledge/Falm.
Dutta, D.K., Li, J., & Merenda, M. 2011. Fostering Entrepreneurship: Impact of Specialization and Diversity in Education. International Entrepreneurship Management Journal, 7(2011), 163-179.
Deveci, I. & Seikkula-Leino, J. 2018. A review of entrepreneurship education in teacher education. Malaysian Journal of Learning and Instruction. 15(1), 105-148
Fauziah Ibrahim, Ezarina Zakaria, Wan Shahrazad Wan Sulaiman, Mohammad Rahim Kamaluddin & Sheerd Sahid. 2023. Laporan Akhir FRGS. Putrajaya: Kementerian Pengajian Tinggi.
Faradillah Iqmar Omar, Ummi Munirah Syuhada Mohamad Zan, Nor Azlili Hassan, Izzurazlia Ibrahim. 2020. Pengaruh pemasaran digital terhadap prestasi usahawan perusahaan lecil dan sederhana. e-Jurnal Penyelidikan Inovasi, 7(2), 138-155.
García-González, A. & Ramírez-Montoya, M.S. 2021. Social Entrepreneurship Education: Changemaker Training at the University. High. Ed. Skills and Work Based Learn. 1–26
Hendro, I. 2011. Dasar-Dasar Kewirausahaan. Jakarta: Penerbit Erlangga
Kozinets, R. 2002. The field behind the screen: Using netnography for marketing research in online communities. Journal of Marketing Research, 39(1), 67-72
Lam Siok Ling, Sheerad Sahid & Norasmah Othman. 2022. Hubungan Sikap dan Tingkah Laku Keusahawanan Terhadap Pemilihan Kerjaya Keusahawanan Dalam Kalangan Mahasiswa. Malaysia Journal of Social Sciences and Humanities, 7(3), 1-15.
Lilanka De Silva, & Ravindra Koggalage. 2021. Current trends in entrepreneurship and technology education considering Sri Lankan and global perspectives. International Research Journal of Modernization in Engineering Technology and Sciences, 3(2), 401- 410.
Mohamad Ayub Ariffin & Radin Siti Aishah Radin A. Rahman. 2019. Hubungan Antara Ciri-Ciri Keusahawanan Dengan Aspirasi Keusahawanan Pelajar Diploma Vokasional Malaysia di Kolej Vokasional Ranaco Marin. Journal of Global Business and Social Entrepreneurship, 5(15)46-60.
Nadirah Umar & Sheerad Sahid. 2021. Kerangka Konseptual Faktor Kesediaan Menceburi Bidang Keusahawanan Serta Hubungannya dengan Penggunaan Media Sosial Terhadap Tingkah Laku Keusahawanan dalam Kalangan Graduan di Lembah Klang. Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam. 36-49.
Nurul Jasmin Ramli & Noor Aslinda Abu Seman. 2020. Kajian Mengenai Niat Keusahawanan Mengikut Teori Tingkah Laku Terancang. Research in Management of Technology and Business, 1(1), 984–998.
Nor Azira Ayob, Mohd Amar Aziz, Noor Hadzlida Ayob, Siti Nur Fathanah Abd Hamid & Yarina Ahmad. 2023. Peranan Institusi dalam pembangunan keusahawanan wanita: kajian Iiteratur modal insan, daya saing dan keusahwanan digital. Journal of Administrative Science, 20(1), 191-212.
Nor Shafira Norhisham & Sheerad Sahid. 2022. Efikasi Keusahawanan dan Impaknya terhadap penciptaan perniagaan dalam pendidikan keusahawanan di Universiti Awam. Akademika, 92(3), 81-90.
Nurul Hidayah Omar & Norasmah Othman. 2023. Korelasi Niat Keusahawanan dan Pencapaian Prestasi Mata Pelajaran Elektif Ikhtisas Perniagaan Murid di Sekolah Menengah. Akademika, 93(1), 137-151.
Obschonka, M., & Stuetzer, M. 2017. Integrating psuchology approaches to entrepreneurship: The entrepreneurial personality system (EPS). Small Business Economics, 49(1), 203-231.
Omolara, E.A. 2018. Entrepreneurial skills and growth of small and medium enterprise (SMES): A comparative analysis of Nigeria entrepreneurs and minority entrepreneurs in the UK. University of Wales Trinity Saint David. Online at https://mpra.ub.unimuenchen.de/86751 .1
Pengajian Tinggi 2020. Pelan Tindakan Keusahawanan Institusi Pengajian Tinggi 2021-2025. Putrajaya: Malaysia.
Portuguez Castro, M. & Gómez Zermeño, M. G. 2021. Identifying Entrepreneurial Interest and Skills among University Students. Sustainability, 13(13):6995
Rohaila Yusof, Norasmah Othman & Faridah Karim. 2005. Strategi pembelajaran pengalaman berasaskan model Kolb dalam Pendidikan perakauan. Jurnal Pendidikan, 30, 113-128.
Sternberg, R.J. 2010. The Nature of Creativity. Creativity Research Journal, 18(1), 87-98.
Toresingam, T. T. 2019. Pengetahuan dan Kemahiran Guru Terhadap Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran Ilmu Asas Perniagaan. International Journal of Education, Psychology and Counseling, 4(26), 46-56
Refbacks
- There are currently no refbacks.
ISSN: 0126-5008
eISSN: 0126-8694