Vitaliti Dialek Kelantan Di Jajahan Tumpat Dalam Domain Terpilih
Abstract
Kajian ini menilai penggunaan dan vitaliti dialek Kelantan di Tumpat, Kelantan, dalam tiga domain utama: jual beli, pekerjaan, dan agama. Kajian ini menggunakan teknik Rakaman Tidak Sedar untuk memperoleh data yang autentik dan mengelakkan bias yang mungkin timbul apabila peserta sedar mereka sedang diperhatikan. Dalam domain jual beli, data dikumpul di Floating Market, Pulau Sri Tanjung, melibatkan interaksi antara penjual dan pembeli. Dalam domain pekerjaan, kajian dilakukan di Pasar Sumayyah, melibatkan pekerja yang menjual barang di pasar. Dalam domain agama, data diperoleh di Masjid Kampung Laut semasa ceramah agama, dengan penceramah sebagai peserta utama. Kerangka teori kajian merangkumi model domain Fishman & Greenfield (1970) yang menilai penggunaan bahasa dalam pelbagai konteks sosial dan Teori Vitaliti Bahasa UNESCO (2011) yang menilai ancaman terhadap bahasa minoriti dalam konteks globalisasi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa dialek Kelantan tetap kukuh dalam ketiga-tiga domain ini, dengan peniaga, pekerja, dan penceramah terus menggunakan dialek ini dalam interaksi harian mereka. Ini menandakan vitaliti yang stabil dan pentingnya dialek Kelantan dalam mengekalkan identiti budaya tempatan tanpa ancaman signifikan terhadap kesinambungannya antara generasi.
Full Text:
PDFReferences
Abu Bakar, A., & Harun, K. (2015). Penggunaan kata ganti nama dialek Kelantan dalam aplikasi WhatsApp. Jurnal Melayu, 14(2), 291-310.
Adi Yasran Abdul Aziz. 2011. Suku kata dasar dialek Kelantan berdasarkan Teori Optimaliti. GEMA Online® Journal of Language Studies 11(2): 121-135.
Adi Yasran Abdul Aziz. 2012. Analisis koda berdasarkan kekangan dalam dialek Kelantan. GEMA Online® Journal of Language Studies 12(4): 1127-1145.
Asmah Haji Omar. 1985. Susur Galur Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Asmah Haji Omar. 2015b. Susur Galur Bahasa Melayu. Edisi Kedua, Cetakan Kedua. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Clark, H. H., & Clark, E. V. (1997). Psychology and language: An introduction to psycholinguistics. Harcourt Brace College Publishers.
Creswell, J. W. (2014). Research Design: Qualitative, Quantitative, and Mixed Methods Approaches. SAGE Publications.
Goffman, E. (1959). The presentation of self in everyday life. Anchor Books.
Fishman, J. A., & Greenfield, L. (Eds.). (1970). Readings in the sociology of language. Mouton.
Fishman, J. A. 1971. The Sociology of Language: An Interdisciplinary Social Science Approach to Language in Society. Dlm. Fishman, J.A. (pnyt). Advances in Sociology of Language, hlm. 217-405. The Hague: Mouton.
Fishman, J. A. 1991. Reversing language shift: Theoretical and empirical foundations of assistance to threatened languages. Multilingual Matters.
Labov, W. 1972. Sociolinguistic Patterns. Philadelphia: University of Pennsylvania Press.
Mustaffa, S. R., Raja Ariffin, R. M., Abdul Aziz, A. Y., & Yusop, M. S. (2017). Pelestarian dialek Kelantan di Besut dan kaitannya dengan pembentukan jati diri. Jurnal Bahasa, 17(1), 123-140.
Portal Majlis Daerah Tumpat. 2020. Info Tumpat. https://mdtumpat.kelantan.gov.my/index.php/mpelawat/info-tumpat/111-info-tumpat. Pada: 30 Ogos 2024.
Siti Noraini Hamzah & Nor Hashimah Jalaluddin. 2018. Kepelbagaian varian leksikal dialek di Perak: pendekatan Geographical Information System. Akademika 88(1):137- 152.
Supian, N. S., Radzi, H., Kasdan, J., & Hamzah, S. N. (2023). Pendokumentasian dan Pemaparan Awal: Analisis Kajian Lapangan di Kelantan Utara. International Journal of the Malay World and Civilisation, 11(3), 13–29. https://doi.org/10.17576/jatma-2023-1103-02
UNESCO. (2011). Language vitality and endangerment. UNESCO Ad Hoc Expert Group on Endangered Languages. https://unesdoc.unesco.org/ark:/48223/pf0000183699
Winford, D. 2003. An Introduction to Contact Linguistics. Oxford: Blackwell Publishing Ltd.
Zurina binti Abdulah & Ajid bin Che Kob. 2019. Kekangan bunyi urutan vokal konsonan dalam dialek Kelantan: Analisis Teori Optimaliti. Journal of Social Sciences and Humanities 16(2): 1-11.
Refbacks
- There are currently no refbacks.
ISSN: 0126-5008
eISSN: 0126-8694