Penasihat Untuk Mahkamah Bagi Kanak-Kanak: Perkembangan Terkini dalam Sistem Keadilan Kanak-Kanak di Malaysia
Abstract
ABSTRAK
Kanak-kanak adalah kumpulan penting yang memerlukan perhatian dan perlindungan. Walau bagaimanapun, tidak semua kanak-kanak melalui proses tumbesaran yang sama, dan mereka mungkin membuat kesilapan. Menghukum bukanlah pendekatan terbaik, kerana undang-undang mengakui ketidakmatangan mereka disebabkan usia yang masih muda.. Dalam menentukan perintah yang dibuat bersesuaian dengan prinsip kepentingan terbaik bagi kanak-kanak, maka satu sistem yang berasingan telah diwujudkan bagi mengendalikan kes yang melibatkan kanak-kanak. Akta Kanak-Kanak 2001 telah memperuntukkan berkenaan peranan penasihat mahkamah untuk kes-kes yang dikendalikan mengikut Akta ini. Walau bagaimanapun, terdapat perbezaan dalam keputusan-keputusan kes berkaitan sama ada kehadiran penasihat mahkamah dalam perbicaraan adalah mandatori atau pun sebaliknya. Oleh itu tujuan artikel ini adalah untuk mengkaji sama ada keputusan kes-kes ini menepati ‘roh’ Akta Kanak-Kanak 2001 berdasarkan kepada objektif yang ingin dicapai melalui Akta tersebut berkenaan penasihat mahkamah. Artikel ini menggunakan pendekatan penyelidikan kualitatif berbentuk doktrin dengan mengkaji akta-akta yang relevan, keputusan-keputusan kes, prinsip-prinsip perundangan berkaitan tasiran, hukuman, kanak-kanak dan sumber kedua undang-undang. Hasil kajian mendapati bahawa untuk membolehkan penasihat mahkamah menjalankan peranan yang berkesan seperti yang dikehendaki oleh Akta Kanak-kanak 2001 ini, kehadiran mereka semasa perbicaraan adalah wajib. Hanya dengan mengikuti proses perbicaraan berkaitan dengan pesalah kanak-kanak itu penasihat mahkamah dapat memberikan nasihat termaklum kepada magistret, selaras dengan prinsip kepentingan terbaik kanak-kanak.
Kata kunci: Mahkamah Bagi Kanak-Kanak, penasihat mahkamah, kepentingan terbaik kanak-kanak, ketidakmatangan dan pemulihan.
Full Text:
PDFReferences
RUJUKAN
Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611)
Akta Mahkamah Juvana 1947 (Akta 90) – Telah dimansuhkan
Akta Perlindungan Kanak-Kanak 1991 (Akta 468) – Telah dimansuhkan
Akta Perlindungan Wanita dan Gadis 1973 (Akta 106) – Telah dimansuhkan
Bernama. (2023). 27.4 peratus penduduk Malaysia kanak-kanak, remaja bawah 18 tahun. Astro Awani. https://www.astroawani.com/berita-malaysia/274-peratus-penduduk-malaysia-kanakkanak-remaja-bawah-18-tahun-444233 (Akses pada 23 Mei 2024)
Chong, P. K. 2003. Reform of juvenile criminal justice: A special focus on the effectiveness of correctional treatment in approved schools. Masters diss., Universiti Malaya.
Chong Tien Lek v Public Prosecutor [2018] MLJU 88.
Farah Nini Dusuki (2007). Perkembangan Mahkamah bagi Kanak-Kanak di Malaysia. In F. S. Shuaib et al. (Eds.), Siri perkembangan undang-undang di Malaysia: Pentadbiran keadilan artikel terpilih (Vol. 3, p. 128). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
https://doi.org/10.21315/km2024.42.1.10
https://intranet.kehakiman.gov.my/EAA/arahanamalan/Registrar%27s%20Circular%20No%2012_1949_Juvenile%20Court%20Ordinance%201947.pdf
https://www.unicef.org/child-rights-convention/history-child-rights
Intan Noraini Haji Zainol et.al. (2024). Sistem keadilan juvana di Malaysia: Empat prospek penambahbaikan. Kajian Malaysia, 42(1), 209‒239.
Konvensyen Hak Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
KN (a child) & Anor v Public Prosecutor [2021] MLJU 2145
Lee, B. P., & Rasiah, R. (2014). Juvenile and youth crime in Malaysia. Journal of Public Security and Safety, 2(2), 31–48.
Mohd Al Adib Samuri, et.al. (2013). The rehabilitation theory in adjudicating child offenders and its application in Malaysia. Asian Social Science, 9(15), 156–165. https://doi.org/10.5539/ass.v9n15p156
Noor ‘Ashikin binti Hamid dan Rusniah Ahmad (2012). Judicial interpretation: A conceptual analysis. Proceedings of the International Conference on Public Policy and Social Science, UiTM Melaka, Malaysia, November 2012. ISBN 978-967-11354-5-7.
Nor Afizal bin Azizan v Public Prosecutor [2012] 6 MLJ 171.
Norazla Abdul Wahab, et al. (2020). Perlindungan terhadap kanak-kanak yang berkonflik dengan undang-undang: Kajian terhadap peranan penasihat mahkamah bagi kanak-kanak. Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan ke-5 (PASAK5 2020), dalam talian, 24 & 25 November 2020. e-ISBN: 978-967-2122-90-6.
Norazla Abdul Wahab, F., Abdul Ghadas, Z., & Ismail, R. (2021). Kedudukan dan peranan penasihat mahkamah bagi kanak-kanak dalam sistem keadilan jenayah kanak-kanak di Malaysia: Isu dan cabaran. International Journal of Law, Government and Communication, 6(24), 84–103.
Norbani Mohamed Nazeri. (2007, May 24–25). Welfare: The key to juvenile justice in Malaysia? The 4th Asian Law Institute Conference, Depok, Indonesia.
Nur Ezaitie Nabihah Md Eusofe, et. al. (2023). Role and functions of the court advisers of the Court for Children in Malaysia: Lessons learnt from selected jurisdictions. The Malaysian Journal of Social Administration, 17, 96–118.
Pendakwa Raya v MAHR dan satu lagi [2023] MLJU 3019.
Pendakwa Raya v MFM dan lain-lain [2023] MLJU 1661.
Pendakwa Raya v Muhamad Fikri bin Mahmood [2018] MLJU 578.
Pendakwa Raya v Mohd Zairul Iman Zainon [2014] 1 LNS 610.
Public Prosecutor v Ayasamy [1955] 1 MLJ 64.
Public Prosecutor v Loo Choon Fatt [1976] 2 MLJ 256
Public Prosecutor v SAK (the child) [2021] MLJU 1707
R v James Henry Sargeant [1974] 60 Cr. App. R. 74.
Re A Juvenile [1990] 3 MLJ 117.
Registrar of the Court. (1949). Registrar's Circular No. 12/1949: Juvenile Court Ordinance 1947. Kehakiman Malaysia.
UNICEF. (n.d.). History of child rights. UNICEF.
Refbacks
- There are currently no refbacks.
ISSN: 0126-5008
eISSN: 0126-8694