Pertukaran Kod Guru Bahasa Melayu dalam Pengajaran dan Pembelajaran di sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) di Puchong
Abstract
Kajian ini dilaksanakan untuk meneroka jenis pertukaran kod, fungsi pertukaran kod dan kesan pertukaran kod dalam pengajaran dan pembelajaran guru Bahasa Melayu di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina). Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan reka bentuk kajian kes. Seramai empat orang guru Bahasa Melayu di sebuah SJKC di Puchong telah dipilih untuk menjadi peserta kajian menggunakan kaedah pensampelan bertujuan. Instrumen kajian yang digunakan ialah senarai semak dan protokol temu bual. Data kajian dianalisis dengan menggunakan kaedah tematik. Dapatan kajian telah mengenal pasti ketiga-tiga jenis pertukaran kod dalam pengajaran dan pembelajaran guru Bahasa Melayu. Jenis pertukaran kod yang paling kerap digunakan ialah pertukaran kod intersentensial manakala jenis pertukaran kod yang paling kurang digunakan ialah pertukaran kod tag. Manakala, dapatan kajian telah mengenal pasti keempat-empat fungsi utama pertukaran kod yang digunakan, iaitu fungsi asertif, fungsi direktif, fungsi ekspresif dan fungsi komisif. Manakala,14 sub fungsi telah dikenal pasti dan tiga sub fungsi baharu juga berjaya dikenal pasti. Enam kesan pertukaran kod dalam pengajaran dan pembelajaran guru Bahasa Melayu telah dikenal pasti dalam kajian ini, iaitu meningkatkan kefahaman murid, meningkatkan minat murid untuk belajar, meningkatkan penguasaan bahasa Melayu murid, meningkatkan respons murid, merapatkan hubungan dengan murid dan meningkatkan tahap kebergantungan murid. Oleh hal yang demikian, kajian ini diharapkan dapat memberikan maklumat kepada pihak-pihak yang terlibat terutamanya Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk mengetengahkan pertukaran kod sebagai satu strategi dalam mengajar Bahasa Melayu di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC).
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.
ISSN: 0126-5008
eISSN: 0126-8694