Cabaran dan Strategi Pembangunan Tanaman Padi di Melaka, 1971-1995

Arba'iyah Mohd Noor, Muhammad Hafizi Rahmat

Abstract


Secara retrospektif, tanaman padi begitu sinonim dengan kegiatan ekonomi penduduk di negeri Melaka. Sebagai sektor tanaman kedua terpenting dalam kegiatan pertanian negeri, kerajaan bersungguh-sungguh memastikan sektor padi terus dipertingkatkan sebagai jaminan kelangsungan bekalan makanan dalam negara. Dasar Pertanian Negara (DPN) yang diperkenalkan pada tahun 1984 telah mengorientasikan sektor tanaman makanan dalam perhatian kerajaan bagi meningkatkan keluaran makanan dalam negara pada kadar 85% untuk mengurangkan bekalan import beras. Menyahut gagasan tersebut, Kerajaan Negeri Melaka mengorak langkah dengan mengenal pasti isu-isu dalam sektor penanaman padi  di negeri ini walaupun pada dasarnya perusahaan padi di Melaka bukan diwartakan sebagai zon pengeluaran utama beras negara kerana keluasan kawasan yang terhad. Namun, disebabkan kelompok penduduk miskin di Melaka masih tinggi dalam kalangan penanam padi, kerajaan Melaka meneruskan rancangan-rancangan pembangunan khusus bagi sektor padi dalam memperbaiki taraf hidup mereka. Justeru, penulisan artikel ini adalah untuk merungkaikan isu-isu dihadapi kelompok pesawah padi dan melihat bagaimana tindakan-tindakan yang diambil oleh kerajaan negeri dapat mengubah nasib kedudukan ekonomi penanam padi di Melaka. Penyelidikan secara kualitatif ini menjalankan kajian kepustakaan dan arkib dengan merujuk sumber-sumber berwibawa yang diperoleh seperti Laporan Tahunan agensi-agensi berkaitan dan dokumen dasar pembangunan negeri. Hasil penyelidikan mendapati isu kewujudan tanah sawah terbiar dan perubahan ekologi di luar jangkaan menjadi antara faktor yang membantutkan perkembangan tanaman ini sekali gus menyebabkan jurang perolehan pendapatan masih rendah berbanding sektor pekerjaan lain. Kajian ke atas pesawah padi ini di Melaka membuktikan penekanan dasar kerajaan ke arah pemodenan sektor pertanian padi memberi implikasi perubahan yang positif untuk menurunkan kemiskinan. 


Full Text:

PDF

References


Ahmad Mahdzan Ayob. 1994. Pembangunan Pertanian Ekonomi, Dasar dan Bukti Empirik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia.

Alwi Jantan. 1985. Ringkasan Strategi Dan Program Pembangunan Pertanian di Bawah Dasar Pertanian Negara. Melaka. Pejabat Perikanan Negeri Melaka/Negeri Sembilan

Anesh Ganason, 2022. Akta Penanam Padi (Mengawal Sewa dan Menjamin Pemegangan) (Akta 793), Masih Diperlukan?. Journal LAND 5(10): 155.

Bakri Mat, Zarina Othman & Rashila Ramli, 2013. Isu dan Cabaran Pelaksanaan Dasar Sekuriti Makanan di Malaysia, 1981-2012. Jurnal Kinabalu 19(1): 32.

International Monetary Fund. 1983. The World Bank and The Training and Visit System.Washington D.C: International Monetary Fund. External Relation Dept.

Jaiya Abu dan Amirah Mohsin, 2022. Tanah Pusaka Terbiar di Malaysia: Faktor dan Cadangan Penyelesaiannya. Journal LAND 10(1): 29.

JKMM. 261/3/36. 1984. Draf Dasar Pertanian Negeri Melaka 1984. Melaka. Jabatan Ketua Menteri.

Junita Jamil. 2015. Langkah Afirmatif dalam Sektor Pertanian Pada Era Tun Abdul Razak,1970-1976. Ahmad Kamal Ariffin Mohd Rus dan Noor Ain Mat Noor eds., Dasar dan Tadbir Dalam Sejarah. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

KPM Khidmat Sdn. Bhd Management Consultants. 1981. Malacca Integrated Agricultural Development Project Socio-Economic Report. Melaka: Ministry of Agriculture.

Laporan Tahunan Jabatan Pertanian Negeri Melaka 1986. Melaka.

Laporan Tahunan Jabatan Pertanian Negeri Melaka 1987. Melaka.

Minconsult Sdn. Bhd. 1984. Melaka Masterplan Study Final Report Vol.2, Part 3. Kuala Lumpur: Prime Minister’s Department Economic Planning Unit and Melaka State Economic Planning Unit.

Mohamed Halib, 2004. Peranan Tanaman Padi Dalam Pembangunan Pertanian di Malaysia:Analisis Sejarah dan Kontemporari. Journal of Southeast Asian Studies 9(1): 189.

Mohamed Khairi Termizi dan Mazlan Ismail, 2018. Isu Pembangunan Tanah Rizab Melayu Berpemilikan Bertindih. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities 3(1): 92.

Mohd Hasrol Haffiz Aliasak, 2015. Sejarah Pentadbiran dan Perundangan Terawal Tanah Milikan Adat Melayu di Semenanjung Malaysia: Satu Tinjauan. Jurnal Akademika. 2(1):36.

Mohd Khairy Kamarudin dan Azwan Abdullah, 2016. Amalan Pembahagian Faraid di Malaysia. Journal of Global Business and Social Entrepreneurship 2(3): 11.

Mohd Sabree Nasri, 2018. Pengurusan dan Pembangunan Tanah Terbiar: Tinjauan Khusus Pada Awal Pemerintahan Islam dan Undang-undang di Malaysia. Journal of Law & Governance 1(1): 122.

Mohd Shazwan Mokhtar, 2020. Strategi Pembangunan Pertanian dan Perindustrian di Negeri Melaka 1981-1994. Sejarah: Journal of the Department of History. 29(2): 195.

Muhammad Yasar, Chamhuri Siwar and Raspidah Ghazali, 2016. Analisis Kemudahterancaman Pesawah Padi di Kawasan Pembangunan Bersepadu Terengganu Utara. Malaysia. Jurnal Ekonomi Malaysia 50(2): 40.

Nor Asmat Ismail dan Zulkifli Abdul Rahim, 2019. Analisis Subsidi Sektor Padi dan Kesannya kepada Pendapatan Petani Padi di Kawasan Pengairan Muda. Jurnal Dunia Pengurusan 1(1): 2.

Norhidayah Md Yunos, Nur Berahim, Muhamad Norfiqiri Abd Hamid, Hishamuddin Mohd Ali, Ainur Zaireen Zainudin, Muhammad Najib Mohamed Razali, Nurul Syakima Mohd Yusuff, Fatin Afiqah Md Azmi, 2022. Kaedah Pelaksanaan Cukai Tanah Terbiar Bagi Merancakkan Pembangunan Tanah Terbiar. Jurnal Dunia Pengurusan 4(1): 73.

Noorfazren Mohd Aris & Asmak Ab Rahman, 2011. Pelaksanaan Dasar Sekuriti Makanan di Malaysia: Kajian Daripada Perspektif Ekonomi Islam. Jurnal Syariah 19(1): 52.

Nor Malina Malek & Mohd Zulkifli Ani, 2024. Faktor Penyebab Peningkatan Tanah Pertanian Terbiar di Negeri Kedah Darul Aman. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities 9(1): 2.

Penyata Rasmi (Hansard) Dewan Rakyat. 1979. Akta Reformasi Tanah 1979. Kuala Lumpur: Parlimen Malaysia.

Penyata Rasmi (Hansard) Dewan Rakyat. 1988. Sistem Latihan dan Lawatan Kepada Petani. Kuala Lumpur: Parlimen Malaysia.

Suara Melaka. Januari 1983.

Suara Melaka. Disember 1985.

Suara Melaka. Februari 1986.

Unit Perancang Ekonomi Melaka. 1980. Rancangan Malaysia Keempat Negeri Melaka 1981-1985.Melaka: Unit Perancang Ekonomi Melaka.

Unit Perancang dan Penyelarasan. 1984. Surat oleh Aziz Mohd Akil, b/p Setiausaha Kerajaan Melaka kepada Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Melaka. Melaka: Jabatan Ketua Menteri Melaka.

Zahrul Akmal Damin & Ahmad Martadha Mohamed, 2015. Kemampanan Sekuriti Makanan Dalam Era Perindustrian: Pengajaran Daripada Malaysia. Journal of Techno-Social 7(1):33.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


ISSN: 0126-5008

eISSN: 0126-8694