Dinamika Kecenderungan Pengundi Perlis Pasca Pilihan Raya Umum Malaysia ke-15
Abstract
Dalam konteks negara demokrasi, memahami kecenderungan pengundi adalah elemen penting bagi mana-mana parti atau pemimpin politik dalam merangka strategi pilihan raya serta merencanakan pelan pembangunan yang selari dengan kehendak masyarakat. Keperluan ini menjadi lebih signifikan apabila berlaku peralihan kuasa, seperti yang berlaku di Perlis pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), di mana tampuk pemerintahan beralih daripada Barisan Nasional (BN) kepada Perikatan Nasional (PN). Oleh itu, kajian ini menyelidiki kecenderungan pengundi di Perlis, terutamanya di Parlimen Kangar. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif menerusi kajian tinjauan, dengan soal selidik diedarkan kepada 1,901 responden sebagai instrumen utama pengumpulan data. Data yang diperoleh dianalisis secara deskriptif menggunakan peratusan dan analisis min menerusi perisian SPSS 27.0. Dapatan kajian menunjukkan tiga penemuan utama. Pertama, ekspektasi pengundi di Perlis terhadap kerajaan lebih cenderung kepada aspek ekonomi. Majoriti masyarakat, tanpa mengira latar belakang usia, mengharapkan lebih banyak bantuan kewangan, peluang pekerjaan, peningkatan infrastruktur serta kemudahan awam di kawasan ini. Kedua, antara isu utama yang dihadapi oleh penduduk Perlis termasuk kenaikan kos pertanian, pembangunan yang terhad, serta sistem pengangkutan yang tidak efektif. Ketiga, kecenderungan politik pengundi di Perlis menunjukkan sebahagian besar adalah pengundi atas pagar. Namun, mereka cenderung memilih calon atau parti yang dilihat berupaya membangunkan ekonomi dan mengutamakan kebajikan rakyat. Kajian ini memberikan implikasi penting kepada parti-parti politik yang bakal bertanding di Perlis pada PRU16, khususnya dalam memahami keutamaan dan aspirasi pengundi bagi merangka dasar dan strategi yang lebih berkesan.
Full Text:
PDFReferences
Affendi, R. K. (2023). Kecenderungan pengundi muda: Kajian kes negeri Perlis. Tesis Sarjana, Universiti Utara Malaysia.
Azman, M., Mohd Fuad, M. J., & Junaidi, A. B. (2016). Tingkah laku pengundi dan faktor kejayaan Barisan Nasional: Kajian kes FELDA Kuala Krau. GEOGRAFIA: Malaysian Journal of Society and Space, 12 (9), 126-137.
Bahagian Perancang Ekonomi Perlis. (2022). General figure. https://www.perlis.gov.my/investment/index.php/about-perlis-menu/general-figure
Berita Harian. (2022, 13 Ogos). 7.8 juta pengundi baharu pada PRU-15. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/08/988119/78-juta-pengundi-baharu-pada-pru-15
Berita Harian. (2022, 20 November). PRU15: Shahidan pencetus gelombang kemenangan PN di Perlis. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/11/1028889/pru15-shahidan-pencetus-gelombang-kemenangan-pn-di-perlis.
Fairuz, R., Nurmunirah, A., & Ruqaiyah, A. R. (2023). Pengaruh TikTok terhadap mahasiswa Malaysia dalam Pilihan Raya Umum-15 (PRU 15). Borneo Akademika, 7 (2), 59-69.
Farthing R (2010) The politics of youthful antipolitics: Representing the ‘issue’ of youth participation. Journal of Youth Studies, 13(2), 181–195.
Ilyas, A. (2022). Politik pembangunan di Terengganu (1999-2013). Journal of Administrative Science, 19(1), 340-352.
Jabatan Perangkaan Malaysia. (2020). Poket Stats Negeri Perlis. Putrajaya: DOSM.
Jamaie, H., Faris Afiq Ikhwan, S., Muhammad Suhaimi, Abdul Rahman, Mahfudzah, M., Russli, K., Muhammad Nadzri, M. N. (2014). Ikhtisar analisis Pilihan Raya Umum 1978 hingga 2013 di Malaysia. GEOGRAFIA: Malaysian Journal of Society and Space, 10 (4), 39-53.
Junaidi, A. B. (2018). Analisis geografi pilihan raya negeri Perlis Indera Kayangan, Malaysia. GEOGRAFI, 6(1), 71-80.
Junaidi, A. B. (2022). INTERACTIVE: In GE15s battle for rural seats, here is what you need to know. The Star Online. https://www.thestar.com.my/news/nation/2022/11/16/interactive-in-ge15s-battle-for-rural-seats-here-is-what-y ou-need-to-know. 16 November.
Junaidi, A. B., Mohd Fuad, M. J., Yahaya, I., Novel, L., Khaidzir, H. I., Noor Aziah, M. A., Jeniri, A., Ahi, S., Rosmadi, F., & Amer Saifude, G. (2012). Kriteria pemilihan calon dan parti dalam Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri Sarawak. Malaysia Journal of Society and Space, 8(4), 44-55.
Junaidi, A.B. (2020). Analisis geografi politik dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjong Piai, Johor. International Journal of Law, Government and Communication, 5(20), 14-56.
Kessler, C. S. (2000). UMNO’s Malays dilemma. Canberra: Australian National University.
Krejcie, R. V., & Morgan, D. W. (1970). Determining sample size for research activities. Educational and Psychological Measurement, 30(3), 607–610.
Landell, K. (1977). Management by menu. London: Wiley and Sons.
Mohammad Tawfik, Y. (2019). Isu-isu dominan dalam kalangan pengundi Melayu dalam kempen PRK DUN Semenyih. Dlm. Forum Pasca PRK DUN Semenyih: Biduk Lalu, Kiambang Bertaut. Dewan Semarak, Akedemi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Mohd Amirul Ariff, L. A. (2002). Pilihan Raya Kecil DUN Indera Kayangan 2002: Analisis isu, kempen dan pola pengundian. Latihan Ilmiah. Program Geografi, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Mohd Azmir, M. N., & Afi Roshezry, A.B. (2022). Undi 18, dinamika Politik dan keselamatan negara: Analisis daripada Pilihan Raya Negeri Johor 2022. Journal of Public Security and Safety, 14(2), 1-14.
Mohd Faizal, K (2024). Social media as an online public sphere: A study among the first-time Malay voters. Kajian Malaysia: Journal of Malaysian Studies, 42 (2), 29–50. DOI 10.21315/km2024.42.2.2.
Mohd Fuad, M.J., Junaidi, A.B., Abdul Halim, S., Yahaya, I., Noor Aziah, M. A., & Khaidzir, l. (2012). Politik pembangunan dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Air, Sarawak. GEOGRAFIA: Malaysian Journal of Society and Space, 8 (2), 88-97.
Nazni, N., Mohd Zool, H., Zaherawati., Zaliha., Mohd Rizaimy., Hadzli, I., Jennifah, N., & Syazliyati, I. (2010) Malaysian young voters’ voices in the new political landscape. Canadian Social Science, 6(4), 184-193.
Noriza, N., & Normah, M. (2023). Pengaruh literasi media dalam meningkatkan penyertaan politik pengundi muda semasa PRU 15. Jurnal Pengajian Media Malaysia, 26 (1), 35-58. DOI: 10.22452/jpmm.vol26no1.3.
Norris, P., & Inglehart, R. (2019). Cultural backlash: Trump, Brexit and authoritarian populism. New York: Cambridge University Press.
Pandian, S. (2014). University students and voting behavior in general elections: Perceptions on Malaysian political parties’ leadership. Asian Social Science,10 (18), 225-231.
Rashila, R. (2002). Perkembangan teoritis hubungan antarabangsa dalam era global. Dalam Ghazali Mayudin (pnyt.). Politik Malaysia perspektif teori dan praktik. Kuala Lumpur: Percetakan Watan Sdn Bhd.
Siti Nurshahidah, S. A., Normah, M., & Mohd Nor Shahizan, A. (2024). Peranan media dalam membentuk struktur pengetahuan politik: Pengundi muda baharu di Malaysia. e-Bangi Journal of Social Sciences and Humanities, 21 (2), 139-152. https://doi.org/10.17576/ebangi.2024.2102.13.
Suffian, M., Rosmadi, F., Mohammad Redzuan, O., Amer Saifude, G. & Zulkanain, A.R. (2013). Pilihan raya kecil Parlimen Sibu, Sarawak 2010. Kuala Lumpur: Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL).
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (2022). Semakan keputusan PRU ke 15. https://mysprsemak.spr.gov.my/semakan/keputusan/pru.
Utit, C. (2024). 2024 tempoh mencabar ekonomi negara dan rakyat. https://www.upm.edu.my/artikel
Yazid, S., Siti Noranizahhafizah, B., Hanifah, M., Mohmadisa, H., Nasir, N., Saiyidatina Balkhis, N., & Samsudin, S. (2020). Pola sokongan pengundi muda sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 di Malaysia. GEOGRAFIA: Malaysian Journal of Society and Space, 16(1), 80-94.
Zubaidah, A. B. (2009, 23 Januari). Power to Rule in the Hands of Young Voters. New Straits Times, 16.
Refbacks
- There are currently no refbacks.
ISSN: 0126-5008
eISSN: 0126-8694