Representasi Ekonomi Masyarakat Melayu melalui Karya Terpilih Keris Mas Berdasarkan Model SMCR Berlo
Abstract
Karya sastera berperanan sebagai medium penting bagi pengarang untuk menyampaikan kritikan serta idea berkaitan ekonomi masyarakat Melayu. Melalui karya sastera, kritikan dan idea yang dikemukakan membantu masyarakat meneliti punca keadaan ekonomi serta mengenal pasti penyelesaian yang relevan. Kajian ini menganalisis komunikasi bertulis yang digunakan oleh Keris Mas dalam menegur kepincangan ekonomi yang membelenggu masyarakat Melayu. Tiga karya utama yang dianalisis ialah Anak Titiwangsa (1967), Saudagar Besar dari Kuala Lumpur (1982), dan Rimba Harapan (1986). Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif yang melibatkan kaedah kepustakaan dan analisis teks secara tematik. Analisis dijalankan dengan meneliti unsur komunikasi dalam teks berdasarkan empat komponen utama Model SMCR iaitu pengirim (source), mesej (message), saluran (channel), dan penerima (receiver). Karya-karya ini dipilih secara bertujuan berdasarkan kandungan yang menonjolkan isu-isu ekonomi masyarakat Melayu serta gaya penyampaian kritikan oleh pengarang. Kajian mendapati bahawa ketiga-tiga karya memberi fokus terhadap isu kemunduran ekonomi masyarakat Melayu dengan menampilkan faktor-faktor utama seperti sikap jumud, kecetekan ilmu pengetahuan serta sifat mementingkan diri sendiri. Dapatan turut memperlihatkan peranan karya sastera sebagai saluran kritikan sosial yang menyampaikan mesej penting secara halus dan tersirat. Pengarang juga memberikan cadangan penyelesaian kepada masalah yang diketengahkan, antaranya melalui penerapan nilai usaha gigih, penguasaan ilmu dan kesedaran terhadap pentingnya perubahan sikap dalam memajukan ekonomi. Kesimpulannya, analisis terhadap karya sastera menggunakan Model Komunikasi SMCR Berlo (1960) membuktikan peranan penting sastera sebagai wahana penyampaian maklumat kepada masyarakat, khususnya dalam aspek ekonomi. Implikasi kajian ini dapat dimanfaatkan oleh pengkaji sastera, pendidik dan pembuat dasar sebagai rujukan dalam memahami peranan sastera sebagai wahana pendidikan masyarakat serta pemangkin kesedaran terhadap isu ekonomi Masyarakat Melayu.
Full Text:
PDFReferences
Abdul Halim Ali & Ida Roziana Abdullah. (2018). Perwatakan wanita melayu Muslim dalam novel ‘Diari Seorang Jururawat’ karya Aminah Mokhtar. Journal of Nusantara Studies 3(2), 147-161.
Abu Bakar, N. F. F. (2024). Keris Mas and the establishment of the ASAS 50’s in modern Malay literature. International Journal of Academic Research in Business and Social Sciences, 14(8), 1–13. https://doi.org/10.6007/IJARBSS/v14-i8/22401.
Ahmad, R. (2018). Ekonomi dan sastera: Kajian terhadap karya Keris Mas dalam menganalisis kemunduran ekonomi masyarakat Melayu. Universiti Malaya Press.
Ahmed, A. (2017). Literature and its influence on human life. Paper presented at the National Conference Cum Workshop on Recent Trends Technical Language and Communication: Emerging Requirement, 21-22 April, Rajkiya Engineering College, Chadpur, Bijnor.
Ani Omar. (2012). Kesusasteraan dan peranan puisi dalam kehidupan kanak-kanak. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan, 1, 87-121.
Berlo, D.K. (1960). The process of communication: An introduction of theory and practice. United States: Holt, Rinehart and Winston.
Burgoon, M. & Ruffner, M. (1978). Human communication: A revision of approaching speech/communication. New York: Holt, Rinehart and Winston.
Che Abdullah Che Ya. (2015). Bayangan wacana politik dalam karya sastera: Analisis novel kawin-kawin. Jurnal Komunikasi Malaysian Journal of Communication, 31(2), 461-476.
Chew, F. P. (2008). Persepsi khalayak terhadap isu-isu pendidikan sastera perpaduan. Sari, 28, 3-25.
Darwance. (2024). Sastra, kreativitas intelektual, dan manfaatnya secara ekonomi. Jurnal Sastra Indonesia, 13(1), 45–56. https://doi.org/10.15294/jsi.v13i1.43912.
Farra Humairah Mohd & Nik Rafidah Nik Muhamad Affendi. (2016). Pemikiran kerohanian dalam cerpen kanak-kanak pilihan mutakhir dan kesan positif kepada kanak-kanak. PENDETA Journal of Malay Language, Education and Literature, 7, 35-51.
Ghazali Din, Abdul Halim Ali & Mohd Azam Sulong. (2015). Konsep komunikasi dan kepengarangan Muhammad Haji Salleh berdasarkan Model Teksnaluri. Jurnal Antarabangsa Persuratan Melayu (RUMPUN), 3, 166-186.
Kamaluddin Muhamad. (1986). Rimba Harapan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kamaluddin Muhamad. (1982). Saudagar Besar dari Kuala Lumpur. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kamaluddin Muhamad. (1967). Anak Titiwangsa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Karim, N., & Abdullah, S. (2015). Pengarang pascakolonial dan kritikan terhadap dasar ekonomi: Satu analisis karya sastera Melayu. Jurnal Kajian Sastera Melayu, 12(1), 45-60.
Lim, W. M. (2025). Systematic literature reviews: Reflections on conducting, reviewing and publishing. International Journal of Consumer Studies, 49(2), 1–10. https://doi.org/10.1111/ijcs.13062.
Misran Rokimin. (2006). Isu pendidikan dan pembangunan insan menerusi novel. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Mohammed Azlan Mis. (2012). Medium perantara pelbagai suku kaum di Sarawak: Kajian lingua franca. GEMA Online™ Journal of Language Studies, 12 (3), 903-922.
Mohamad Md. Yusof. (1985). Komunikasi tanpa lisan-satu tinjauan ringkas. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 1, 64-72.
Mohd Amir Mohd Zahari, Rohizani Yaakub, Azrul Azizi Amirul, Norazimah Zakaria, & Anida Sarudin. (2021). Pendekatan “imaginasi” dalam the system stanislavski membina daya kreativiti murid: Kes kalangan murid sekolah menengah di Kedah. Jurnal Gendang Alam (GA), 11 (1), 233-243.
Mohd Daud Ibrahim & Rohaidah Kamaruddin. (2015). Mesej pengarang: Satu penelitian terhadap novel Anak Titiwangsa karya Sasterawan Negara Keris Mas. International Journal of the Malay World and Civilisation (Iman), 3 (2), 17-25.
Mohd Firdaus Che Yaacob & Nasirin Abdillah. (2018). Fenomena sosial dalam novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur. International Journal of Creative Futures and Heritage, 6 (1), 95-116.
Muhd Norizam Jamian & Shaiful Bahri Md Radzi. (2015). Kesusasteraan Melayu tradisional sebagai wadah komunikasi massa: Suatu analisis. Jurnal Komunikasi, 31 (2), 183-194.
Nurhamizah Hashim, Eizah Mat Hussain, Asbah Razali & dan Natasah Mat Madmin. (2020). Pemikiran dalam novel Semanis Kyuho karya Ghazali Lateh. Jurnal Pengajian Melayu – JOMAS 31, 151-168.
Rahman, A. (2010). Sastera sebagai wahana kritikan sosial dalam masyarakat Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Rohayati Junaidi, Madiawati Mamat @ Mustaffa, Tengku Intan Marlina Tengku Mohd Ali, Nur Faaizah Md Adam & Siti Nur Anis Muhammad Apandi. (2023). Engkaulah Adiwiraku sebagai Saluran Informasi COVID-19 Berdasarkan Model Komunikasi SCMR Berlo. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 39 (1), 441-458.
Syofiah Ulfah, Zamri Mahamod & Jamaludin Badusah. (2013). Kemahiran komunikasi interpersonal ekspresif: Mencipta guru bahasa Indonesia yang penyayang. GEMA Online® Journal of Language Studies, 13 (1), 139-154.
Turow, J. (2010). Media today: An introduction to mass communication. New York: Routledge.
Universiti Sains Malaysia. (2025, Jun 25). Syarahan Keris Mas kali ke-4 jelajah Malaysia: Keutuhan Malaysia Madani melalui terjemahan pemikiran Melayu dalam Saudagar Besar dari Kuala Lumpur. USM News Portal. https://news.usm.my.
Wenzel, M. (2005). The crucial role of literature in the generation of knowledge and critical thinking. Literator, 26 (1), 69-82.
Zahir Ahmad. (2005). Peranan sastera Islam dalam pembentukan akhlak penduduk Alam Melayu. Jurnal Pengajian Melayu, 15, 254-265.
Refbacks
- There are currently no refbacks.
ISSN: 0126-5008
eISSN: 0126-8694