Interaksi Watak dalam Andai Itu Takdirnya: Analisis Prinsip Kerjasama Grice

Nurul Atiqah Nor Azman, Mohammad Fadzeli Jaafar, Sharifah Raihan Syed Jaafar

Abstract


 

Komunikasi yang berkesan terhasil daripada kerjasama interaksi dua individu semasa berbual. Setiap penutur mengandaikan lawan tutur mereka akan menghasilkan ujaran yang bermakna untuk mencapai tujuan komunikasi. Dalam novel, pengarang memanfaatkan watak untuk berkomunikasi supaya menyerupai perbualan sebenar dan difahami dengan baik oleh pembaca. Kajian prinsip kerjasama terdahulu menumpukan kepada jenis pelanggaran dan tujuan pelanggaran maksim sahaja. Oleh itu, kajian ini dijalankan bermatlamat bukan sahaja untuk mengenal pasti jenis-jenis pelanggaran maksim tetapi turut membincangkan fungsi dan kesan pelanggaran maksim dalam teks kesusasteraan Melayu. Kajian ini menggunakan kaedah persampelan bertujuan dengan menumpukan pada satu bab sahaja dalam novel Andai Itu Takdirnya oleh Siti Rosmizah Ismail sebagai data kajian. Terdapat 44 ujaran daripada 7 watak akan dianalisis berdasarkan Prinsip Kerjasama Grice (1975). Hasil kajian ini mendapati bahawa wujudnya pelanggaran maksim antara watak dan dominan berlaku dalam lakuan bahasa pertanyaan. Maksim kualiti dan maksim perkaitan ialah dua maksim yang banyak dikesan berlaku dalam interaksi watak terutama melibatkan watak utama dalam bab tersebut. Kajian ini juga mendapati bahawa pelanggaran maksim boleh dikesan melalui klausa pelapor yang digunakan oleh pengarang untuk menyampaikan maklumat pemilik ujaran dan cara ujaran disampaikan. Kajian ini telah menyumbang kepada kajian gaya pengarang dalam membina interaksi watak dalam teks sastera dari sudut stilistik.


Full Text:

PDF

References


A.Samad Said.. 1987. Salina. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Alsalloom, F.A. 2022. The effectiveness of consciousness-raising approach in interpreting conversational implicature using audiovisual input. Journal of Second Language Acquisition and Teaching. 28, 55-95.

Asmah Haji Omar. 2015. Ensiklopedia bahasa melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Canli, M. 2021. Violation of grice’s maxims and its effect on the conversational structure and plot development of Ishiguro’s Never Let Me Go. Eurasian Journal of English Language and Literature, 3(2), 386-394

Carter, R., Goddard, A., Reah, D., Sanger, K., Bowring, M., 1997. Working with texts: A core book for language analysis. London: Routledge

Chen Z., Tian X. 2021. Analysis of stylistic feature under the violation of cooperative principles in the novel The Reference. Journal of Advance in Vocational and Technical Education, 3(2), 167-172. (https://dx.doi.org/10.23977/avte.2021.030233).

Ciftlikli, S. & Demirel, O. 2022. The relationship between student’s comprehension of conversational implicatures and their achievement in reading comprehension. Frontiers in Psychology, 13, 1-18

Fransiska B., Ariyani F. Mustofa A. Agustina Sofia E. 2023. The conversational implicatures: A case study of the violations of cooperative principles in a novel “Negeri 5 Menara” by Ahmad Fuadi. ASKARA: Jurnal Bahasa dan Sastra, 24 (1), 210-219.

Grice, P., 1975. Logic and Conversation. Dlm. Cole,P. & Morgan, J.L,. (eds). Syntax and Semantics III.: Speech Acts. New York. Academic Press.

Grice, P., 1991. Studies in the Way of Words. London: Camridge University Press

Haugh. M., 2002. The intuitive basis of implicature: relevance theoretic implicitness versus Gricean implying. Pragmatics, 12(2), 117-134.

Herman, T. 2002. Ethos and pragmatics. Languages, 7(3), 165.

Jeffries L. & McIntyre D. 2010. Stylistics. New York: Cambridge University Press

Kanasya, A.V. & Bram, B. 2022. Maxim violation in “Dilbert” comic strips. ELS Journal on Interdisciplinary Studies in Humanities, 5(3), 387-392.

Leech, G.N & Short, M. 1981. Style in Fiction. London: Longman.

Li, Y. 2017. An analysis of the conversational implicatures in Bishop’s Poetry. International Journal of Languages, Literature and Linguistics, 3(1).

Megah, I.S., & Wahyuni, D.K. 2018. An analysis of the cooperative maxims in the “Omar” movie. Cahaya Pendidikan, 4(1), 70-78.

Mohammad Fadzeli Jaafar. 2015. Teori sistemik fungsional dalam Stilistik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohammad Fadzeli Jaafar. 2016. Gaya ujaran dalam teks kesusteraan melayu. Jurnal Komunikasi, 32(2), 341-361.

Mohammad Fadzeli Jaafar. 2022. Gaya perbualan dalam teks kreatif bahasa melayu. Jurnal Bahasa, 7(2), 92-110

Nojoomizandeh, N., 2022. Analysis of conversation in an iranian high school textbook: Grecian maxims in focus. International Journal of Language and Translation Research,2(2), 21-42

NorHidayu Hassan, Zaitul Azma Zainon Amzah, Nor Azuwan Yaakob & Fazilah Husin. 2020. Eksploitasi maksim grice lambang kehalusan berbahasa masyarakat melayu: analisis dalam filem dayang senandong. International Journal of the Malay World and Civilisation, 8 (2), 25-39. (https://doi.org/10.17576- 2020-0802-04).

Nur Fatihah Mohd Yunan & Nurul Jamilah Rosly. 2021. Pelanggaran maksim kerjasama dalam filem madu tiga: satu kajian pragmatik. International Young Scholars Journal of Languages, 4(1), 91-104.

Putri, S.M.J & Simatupang, E.C.M. 2022. Conversational implicature on voice character dialogue in geshin impact, Budapest International Research and Critics Institute Journal, 5(3), 18852-18860.

Qordawi, M. 2022. A study of conversational implicature in The Old Man and The Sea novel written by Ernest Hemingway. Discovery Journal, 1(1), 11-22.

Rahayu Dwi N.K. 2022. Stylistic Features: Conversational Implicature of the poem Jabberwocky by Lewis Carroll. Journal of Indonesian Language and Literature, 1(2), 140-149. (https://doi.org/10.25077/majis.2022.v4i1.79).

Safian Hussain, Mohd Thani Ahmad, Zakaria Ariffin, Ahmad Kamal Abdullah & Suhaimi Haji Muhamad. 2022. Glosari istilah kesusasteraan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Saputra, R. J. & Abida Nur. 2021. Stylistic analysis of the poem “An Old Man’s Winter Night” by Robert Forest. ELS Journal on Interdisciplinary Studies in Humanities, 4(4), 501-509.

Short, M. 1996. Exploring the language of poems, play and prose. London: Longman

Thomas, J. 1995. Meaning in interaction: An introduction to pragmatics. London: Routledge

Verdonk, P. 2002. Stylistics. New York: Oxford

Wales, K. 1989. A dictionary of stylistics. London: Longman

Xu.G. 2022. An analysis of humor discourse in Friends from the perspective of the cooperative principle. Open Journal of Modern Linguistics, 12, 460-470. (https://doi.org/10.4236/ojml.2022.124033).


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


ISSN: 0126-5008

eISSN: 0126-8694