Gradient Orientation Histogram Reengineering for Detecting the Skewness and Slantiness of Merong Mahawangsa Manuscript

Mohd Sanusi Azmi, Khairuddin Omar, Azizi Abdullah

Abstract


Pengecaman Teks Optik (PTO) adalah popular dan telah diperkembangkan kepada teks jawi. Pengkajian ditumpukan kepada penentuan sudut erotan dan pencongan pada teks jawi. Terdapat pelbagai kaedah dalam menentukan sudut erotan dan pencongan teks jawi di antaranya Kuasa Dua Terkecil (KDT) dan Histogram Orientasi Cerunan (HOC). Kaedah yang direkayasa ialah HOC dipelopori oleh Sun dan Si untuk mengesan erotan dan pencongan tulisan rumi. Teknik ini turut popular di kalangan penyelidik-penyelidik tulisan Jawi untuk mengesan erotan dan pencongan tulisan tangan Jawi. Walau bagaimanapun, kecekapan pengesanan sudut ini perlu diselidiki dan diperbaiki dengan algoritma rekayasa agar sesuai dengan kecekapan dan ketepatan sudut pengesanan. Perekayasaan algoritma HOC sedia ada mungkin dapat menyumbangkan kepada ketepatan dalam mengesan erotan dan pencongan tulisan Jawi. Pengujian dilaksanakan untuk membandingkan HOC asal dan yang direkayasa serta algoritma KDT.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


e-ISSN : 2289-2192

For any inquiry regarding our journal please contact our editorial board by email apjitm@ukm.edu.my