Quality Management in Information Technology Services in Public Sector

Mohd Khalit Othman

Abstract


Kajian ini adalah berkenaan dengan aspek-aspek yang menyokong pengurusan kualiti (aspek kualiti) di dalam Perkhidmatan Teknologi Maklumat (IT) di sektor awam dan tumpuan diberikan kepada Bahagian Perkhidmatan Pengguna atau Bahagian Perkhidmatan Komputeran (BPP/BPK). Tujuan kajian ini adalah untuk membincangkan seta mendedahkan aspek-aspek bagi pengurusan kualiti dengan definisi-definisi mengenai kualiti telah dibentangkan. Untuk memenuhi kajian ini, sebanyak 100 set borang soal selidik telah dihantar kepada 50 jabatan awam yang dipilih secara rawak sebagai responden untuk mendapatkan pandangan dan persepsi mereka. Daripada 100 set borang soal selidik tersebut, sebanyak 86 telah dikumpulkan dan dianalisis menggunakan pakej SPSS. Hasilnya, kajian ini telah mendedahkan aspek-aspek yang menyokong pengurusan kualiti (aspek kualiti) untuk diperhatikan. Selain daripada itu, berdasarkan hasil daripada penemuan teori-teori dan data-data penyelidikan, kajian ini telah menghasilkan set aspek-aspek kualiti bagi pengurusan kualiti dalam perkhidmatan IT khususnya dalam perkhidmatan awam. Perbincangan secara terperinci mengenai metodologi kajian, pemprosesan data-data dan analisis data juga diterangkan di dalam kajian ini. Sebagai kesimpulannya kajian ini telah mendedahkan aspek-aspek kualiti yang perlu untuk meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan khususnya bagi BPP/BPK.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


e-ISSN : 2289-2192

For any inquiry regarding our journal please contact our editorial board by email apjitm@ukm.edu.my