PENGURUSAN KESELAMATAN DALAM PROSES PENANAMAN KENAF TERHADAP PETANI DI BACHOK, KELANTAN (Safety Management In The Process Of Planting Kenaf Among Farmers In Bachok,Kelantan)
Abstract
Tanaman kenaf diperkenalkan di Malaysia pada awal tahun 2000 lebih tertumpu pada negeri yang berpontesi untuk penghasilan kenaf iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perak. Isu yang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan ini timbul apabila pendedahan dan spesifik tentang penanaman kenaf ini kurang diberikan perhatian serius. Kekangan info dan pendedahan tentang pertanian dalam menilai aspek keselamatan dan kesihatan pekerja adalah kurang, khususnya dalam mengendalikan proses dalam pertanian ini. Pendedahan keselamatan ini adalah lebih tertumpu pada aspek peringkat menanam yang menjadikan tanaman tersebut kurang diketahui dari segi tahap keselamatan dalam proses penanaman kenaf. Tujuan kajian adalah mengenalpasti perkembangan pengurusan keselamatan dalam penanaman terhadap petani dan kajian ini adalah bersifat kuantitatif, soal selidik diedarkan kepada petani yang terlibat secara langsung dalam penanaman kenaf. Seramai 60 orang responden terlibat yang terdiri daripada para petani di Kampung Telaga Ara, Gelong Badak, Seneng dan Gong Gajah di Kelantan. Hasil kajian menunjukkan kesan yang memuaskan petani terhadap penanaman Kenaf. Natijahnya, aspek pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan ini telah diketahui oleh para petani namun kurang diamalkan dalam melaksanakan proses penghasilan kenaf. Penekanan dari aspek keselamatan harus dilakukan dalam memastikan setiap langkah dalam peringkat penanaman kenaf ini berada dalam keadaan selamat dan bebas daripada sebarang kemungkinan yang akan berlaku.
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.
-
_________________________________________________
eISSN 1823-884x
Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA
© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia