PENGARUH PERANAN GENDER DALAM CORAK PENGGUNAAN INTERNET DALAM KALANGAN PELAJAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (Influence Of Gender Roles On Internet Usage Patterns Among Universiti Putra Malaysia Students)

Hafiz Rahman, Noor Rahamah Hj. Abu Bakar, Sivapalan Selvadurai, Mohd Yusof Hussain

Abstract


Perkembangan internet yang semakin pesat telah menyebabkan wujudnya jurang perbezaan ilmu antara golongan yang mempunyai akses mudah kepada maklumat dan golongan yang sukar mendapat akses kepada maklumat. Golongan yang sukar mendapat akses kepada maklumat ini akan ketinggalan dari segi ekonomi, politik dan pendidikan. Wanita umumnya adalah tergolong dalam kalangan mereka yang ketinggalan. Malah peranan gender telah dikenalpasti sebagai salah satu faktor yang mempengaruhi corak penggunaan internet. Dalam konteks ini kajian ini menampilkan empat objektif: pertama mengenalpasti corak penggunaan internet, kedua meninjau pandangan terhadap peranan gender, ketiga menjelaskan sama ada terdapat perbezaan tahap kebimbangan terhadap komputer dan keempat menjelaskan korelasi antara pandangan terhadap peranan gender, tahap kebimbangan terhadap komputer dan corak penggunaan internet. Seramai 280 orang pelajar dari Fakulti Ekologi Manusia, UPM dipilih sebagai responden menggunakan kaedah persampelan rawak berlapis tidak berkadar. Pengumpulan data dilakukan dengan mengedarkan borang soal selidik kepada responden. Hasil kajian menunjukkan corak penggunaan internet bagi pelajar lelaki dan perempuan adalah berbeza dari segi tempoh penggunaan dan aktiviti internet yang dilakukan. Meskipun pelajar lelaki mempunyai pandangan peranan gender yang lebih tradisional berbanding pelajar wanita namun tiada perbezaan signifikan (p>0.05) bagi tahap kebimbangan terhadap komputer. Analisis korelasi mendapati dalam kalangan pelajar wanita, semakin tradisional pandangan terhadap peranan gender, semakin tinggi tahap kebimbangan terhadap komputer. Secara umumnya kajian ini mendapati peranan gender mempengaruhi corak penggunaan internet tetapi ia bukan disebabkan oleh tahap kebimbangan terhadap komputer. Dapatan kajian ini bukan saja diharap dapat menambahkan pemahaman daripada perspektif gender mengenai tingkah laku dalam pengendalian maklumat, tetapi juga membantu dalan menilai kejayaan inisiatif kerajaan Malaysia  merapatkan jurang digital antara gender.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia