PENOMBORAN DALAM MASHAF AL-QURAN DAN GAGASAN MUKJIZAT ANGKA (Numbering in Quran Mushaf and The Idea of Numeral Miracle)

Abu Zaki bin Ismail, Mohd Yakub @ Zulkifli bin Hj Mohd Yusof

Abstract


Mashaf Al-Quran telah melalui pelbagai perkembangan dari tulisan huruf paling asas kepada tulisan berbaris, huruf bertitik dan tanda bacaan. Peringkat selepas itu adalah penomboran yang bermula pada abad ke 21 Masihi. Objektif kajian ini adalah melihat hubungkait antara perkembangan mashaf dengan kemunculan teori mukjizat angka. Dengan menggunakan metode kualitatif, pemerhatian dibuat terhadap pelbagai manuskrip mashaf dan tahun ia ditulis. Hasilnya, kajian ini mendapati wujudnya hubungkait antara penomboran Al-Quran yang bermula pada awal abad ke 20 Masihi dan sejarah kemunculan teori mukjizat angka pada pertengahan abad yang sama. Ia menyimpulkan bahawa penomboran ayat-ayat dalam mashaf Al-Quran telah mencetuskan gagasan baru dalam kajian Al-Quran iaitu mukjizat angka. Ia menunjukkan bahawa teori mukjizat angka muncul sebagai rentetan dari perkembangan mashaf sebagaimana aspek mukjizat lain seperti mukjizat saintifik yang muncul seiring dengan perkembangan ilmu dan teknologi manusia semasa.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia