SIGNIFIKAN NILAI DALAM GEOGRAFI POLITIK: TINJAUAN AWAL DEMOGRAFI KELAS MENENGAH MELAYU (The signicance of value in political geography: Initial review on the Malay middle class demography
Abstract
Status Geografi begitu signifikan dalam penentuan bahagian Pilihan Raya sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan. Namun demikian, artikel ini memfokuskan sebahagian dari disiplin geografi politik yang mempunyai akses secara langsung tentang pola pengundian para pengundi. Ketika ini Pilihan Raya Umum Ke-14 bakal diadakan kurang dari tempoh dua tahun, walau bagaimanapun SPR mencatatkan sehingga 1 Januari 2016 didapati 24 peratus atau 4,189,754 orang dalam kalangan warganegara berusia 21 tahun ke atas yang layak masih gagal untuk mendaftar sebagai pemilih. Ini adalah satu fenomena serius dan merugikan negara dalam tempoh masa yang panjang. Oleh kerana itu, elemen nilai diketengahkan sebagai salah satu komponen penting dalam bertingkah laku sebagaimana terkandung dalam sub-disiplin geografi politik. Sehubungan itu, kajian secara kuantitatif telah dilaksanakan di mana seramai 544 orang responden telah terlibat secara langsung dengan penggunaan teknik ‘persampelan bertujuan’ iaitu dengan memfokuskan kelas menengah Melayu sebagai sampel kajian. Artikel ini meninjau dari aspek demografi responden. Dapatan kajian telah dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan peratus, min, dan sisihan piawai. Penemuan kajian telah mendapati elemen nilai amat signifikan dalam geografi politik yang mewajahkan amalan sistem demokrasi di Malaysia.
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.
-
_________________________________________________
eISSN 1823-884x
Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA
© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia