ISU PEMILIKAN HARTANAH OLEH ORANG-ORANG PULAU DI KAWASAN DARAT MERSING: KAJIAN KES DI KAMPUNG SRI BAHAGIA, MERSING JOHOR (Issues of Land Ownership among Islanders on the Mainland Of Mersing: A Case Study On Kampung Seri Bahagia, Mersing, Johor)

Azima Abdul Manaf, Suhana Saad, Mohd Samsudin

Abstract


Penghijrahan masyarakat pulau ke kawasan darat Mersing dikatakan lebih terdorong untuk mencari kehidupan yang lebih terbuka di samping berusaha mendapatkan peluang pendidikan yang lebih baik terhadap anak-anak mereka. Kajian telah dijalankan dikalangan orang-orang pulau yang tinggal di Kampung Sri Bahagia Mersing. Penelitian telah dijalankan dengan menggunakan kaedah kualitatif dengan menggunakan teknik temubual secara mendalam dengan orang-orang pulau yang terlibat dengan penyewaan tanah atau rumah di Kampung Sri Bahagia. Analisis mendapati majoriti mereka merupakan penyewa tanah mahupun penyewa rumah di kawasan kajian. Justeru itu, fokus kajian lebih menumpu kepada isu yang dihadapi oleh penduduk pulau dalam usaha untuk memiliki hartanah di kawasan darat Mersing. Hasil kajian mendapati orang-orang pulau di kawasan darat berdepan dengan beberapa isu pemilikan hartanah. Antara isu yang dihadapi oleh penduduk pulau termasuklah perjanjian dalam bentuk kontrak yang kurang jelas antara pemilik dan penyewa serta pemilik tidak mempunyai surat hakmilik yang jelas setelah tanah dibeli. Fenomena ini jika dibiarkan berlanjutan akan memberi kesan terhadap proses pembangunan pada masa depan. Sehubungan itu, artikel ini juga turut mencadangkan beberapa langkah yang boleh diambil oleh pihak yang bertanggungjawab di kawasan kajian. Antaranya termasuklah pemantauan terhadap proses jual beli dan syarat perjanjian penyewaan tanah atau rumah di kampung Sri Bahagia.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia