PERHUBUNGAN ANTARA KREATIVITI FIGURA DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR : SATU TINJAUAN DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI BEBERAPA BUAH SEKOLAH DI KUALA LUMPUR (Relationship between Figural Creativity and Academic Achievement: A survey Among Form Four Students in Several Secondary Schools in Kuala Lumpur)

SOON SINGH A/L BIKAR SINGH

Abstract


Fokus utama kajian ini adalah untuk mengkaji perhubungan antara kreativiti figura dengan
pencapaian akademik dalam kalangan pelajar Tingkatan Empat di beberapa buah sekolah di Kuala
Lumpur. Kaedah survei telah digunakan dalam kajian ini. Kajian ini dijalankan dari bulan Jun 2009
hingga April 2010. Data kajian dikumpul dengan menggunakan instrumen Torrance Test of Creativity
Thinking (Form A) versi Bahasa Melayu. Responden kajian ini terdiri daripada 300 orang pelajar
Tingkatan Empat yang dipilih dengan menggunakan kaedah persampelan rawak dari lima buah
sekolah menengah yang terletak di empat zon pentadbiran Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur. Enam puluh orang responden dipilih dari setiap sekolah. Purata umur responden ialah
16.2 (SP = 0.52). Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa pelajar Tingkatan Empat di Kuala Lumpur
adalah lebih kreatif dalam komponen Kelancaran Figura diiikuti dengan Fleksibiliti Figura, Keaslian
Figura dan Penghuraian Figura. Terdapat juga perbezaan yang singinifikan dalam tahap Kreativiti
Figural antara jantina (t = 2.009, df = 298, k < .05). Pelajar lelaki lebih kreatif dalam komponen
Kelancaran Figura (M = 19.41, SP = 6.02) dan Penghuraian Figura (M = 10.55, SP = 2.97). Manakala
pelajar perempuan pula lebih kreatif dalam komponen Keaslian Figura (M = 15.69, SP = 5.34) dan
Fleksibiliti Figura (M = 15.69, SP = 5.34). Akhir sekali dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa
terdapat perhubungan yang sangat kuat antara Kreativiti Figura dengan pencapaian akademik (r = .81
; k < . 05).


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.