DOKUMENTASI PERTUMBUHAN MENARA TANIH (Documentation the Growth of Soil Pillars)

Mokhtar Jaafar, Noorakma Mohd Sabar, Sharifah Mastura Syed Abdullah

Abstract


Satu kajian telah dijalankan untuk mendokumentasi pertumbuhan menara tanih di sebuah plot eksperimen UKM dari November hingga Desember 2007. Eksperimen ini dilakukan selama 14 hari dengan 47 menara tanih kekal wujud dari mula sehingga tamat tempoh eksperimen. Hasil kajian menunjukkan hubungan yang signifikan berdasarkan korelasi Spearman bagi parameter jumlah hujan terhadap pertumbuhan menara tanih berbanding dengan parameter intensiti hujan. Bahan sedimen menara tanih pula terdiri daripada jenis berpasir-liat manakala topi menara tanih mempunyai nisbah tapak yang luas dan ini mempengaruhi saiz menara tanih. Kajian ini berjaya menunjukkan kejadian hakisan mikro melalui pembentukan dan pertumbuhan menara tanih.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.