CABARAN DAKWAH ISLAM DI ALAM SIBER (Challenges of Islamic Dakwah in Cyber Space)

Noor Azaian Binti Abdul Talib, Mohd Yusof Abdullah, Mohd Azul Mohamad Salleh

Abstract


Keupayaan teknologi komunikasi pada ketika ini, membawa fenomena apabila memunkinkan penggunaan aplikasi media sosial dalam pelbagai aspek kehidupan termasuklah aktiviti dakwah. Aplikasi media social seperti facebook, whatsapps, instagram dan twitter, dilihat berpotensi memberi peluang yang meluas terhadap penyebaran mesej dakwah kerana sifatnya yang pantas, langsung ke sasaran, meluas penggunaannya dan lebih global. Dakwah merupakan ajakan atau seruan ke arah penerimaan, penghayatan ajaran dan nilai-nilai Islam. Aspirasi ini dapat direalisasikan melalui pengurusan dan perancangan yang sistematik sesuai dengan saranan Al-Quran supaya dakwah disampai dan disebarluaskan secara hikmah dan teratur. Artikel ini membincangkan potensi penggunaan teknologi komunikasi terutamanya media baharu untuk aktiviti dakwah dan cabaran yang munkin timbul dalam penggunaannya. Perbincangan adalah berdasarkan senario semasa dalam konteks lanskap media berkaitan penggunaan media untuk aktiviti dakwah di Malaysia khususnya. Aktiviti dakwah semasa mestilah mengambilkira penggunaan media yang dimiliki dan digunakan oleh khalayak untuk memastikan kesampaian dan penerimaan mesej dakwah dan seterusnya membantu perkembangan ajaran Islam yang betul. Media baru sebagai alat menyebarkan maklumat pada masa kini dilihat begitu berbeza dengan medium pembelajaran agama sebagaimana yang dilakukan sebelum ini. Oleh itu, terdapat beberapa isu utama yang menjadi cabaran dalam melebarkan dakwah melalui media baru seperti yang dibincangkan dalam artikel ini. 

______________________

 

In today’s world, the communication technologies are so pervasive that it is widely used for human activities including dakwah. Social media such as facebook, whatsapps, Instagram and twitter provide enormous potential in disseminating messages on Islam due to their features like instantaneous, direct, popular and global. Dakwah is related with religious missions with the aim to persuade or convert others towards the teaching of Islam. This mission is realized through proper and systematic planning in accordance with the way Islam should be propagated. This article discusses the potential of utilization of communication technologies particularly the new media in dakwah’s works and the challenges. The discussion focusses on current scenario of new media landscape in Malaysia. Dakwah work must incorporate popular media as communication channels to disseminate messages effectively and thus ensure the success of its mission. This article identifies some challenges which may arise in the use of new media for dakwah work.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.