LAKUAN TUTURAN ILOKUSI DAN PERLOKUSI DALAM PENAMAAN WIFI : SATU PEMERHATIAN
Abstract
Bahasa yang dipersembah oleh manusia ketika berkomunikasi sama ada bertulis atau secara lisan mempunyai makna yang tersendiri. Ia lahir daripada hasrat penutur yang ada kaitannya dengan apa yang berlaku dengan dunia di persekitaran yang dekat dengan penutur. Setiap ujaran atau tuturan ilokusi tersebut mempunyai fungsinya yang diharapkan oleh penutur agar kehendak atau hajatnya dapat difahami khususnya oleh orang yang rapat dengan penutur tersebut. Dengan menggunakan Wifi sebagai medium kajian, penulis membuat pemerhatian kepada nama-nama Wifi yang muncul di telefon bimbit penulis. Hasilnya, penulis mendapati bahawa ujaran ilokusi pada nama-nama Wifi membawa fungsi-fungsi untuk beramah-tamah, bersaingan, kolaboratif, berkonflik sebagainya. Fungsi komunikatif ini ada kaitannya dengan hajat penutur itu sendiri yang mahu mengisytiharkan apa yang dirasai atau berkongsi momen yang sedang dilaluinya.
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.
-
_________________________________________________
eISSN 1823-884x
Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA
© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia