PENYERTAAN WANITA DALAM BIDANG STEM: PENGARUH PERSEKITARAN KERJA

Nurhamizah Rashid, Norain Mod Asri, Maisarah Mazlan, Norshamliza Chamhuri, Azrina Abdullah Al-Hadi, Hazrul Izuan Shahri

Abstract


Penyertaan wanita yang rendah dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) merupakan masalah yang dihadapi oleh kebanyakan negara ketika ini. Hal ini terkesan akibat daripada ketiadaan atau ketidakcukupan persekitaran kerja yang ditawarkan oleh majikan yang dilihat telah menghambat wanita untuk bertahan dengan cabaran dalam STEM dan seterusnya mencipta kejayaan kerjaya dalam bidang STEM tersebut. Justeru, objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti jenis persekitaran kerja yang diperlukan oleh wanita untuk mereka sertai dan kekal dalam STEM. Untuk itu, soalselidik telah diedarkan kepada wanita yang terdiri daripada tiga peringkat jawatan dalam STEM iaitu junior, pertengahan (senior) dan atasan (ketua) di sektor swasta dan kerajaan dalam Malaysia. Menerusi analisis deskriptif, dapatan kajian menunjukkan faktor kemudahan, hubungan baik dengan rakan sekerja, peluang yang sama dengan lelaki dalam membuat keputusan, peranan mentor dan role model, peranan ketua yang baik dan sokongan institusi, peluang untuk pembangunan kerjaya, penghargaan berbentuk kewangan dan bukan kewangan serta sokongan keluarga dilihat merupakan antara persekitaran kerja utama yang diperlukan untuk wanita menyertai dan kekal dalam bidang STEM. Rentetan itu, majikan di sektor awam mahupun swasta perlu mengambilkira kesemua elemen tersebut dalam membentuk persekitaran kerja inklusif dan lebih baik untuk menggalak dan meningkatkan lagi kadar penyertaan wanita dalam dalam bidang STEM.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia