Ekspresi Emosi sebagai Satu Bentuk Komunikasi Watak Menerusi Hikayat Nakhoda Muda dan Hikayat Parang Puting

Nadiatul Shakinah Abdul Rahman

Abstract


Kesusasteraan yang dihasilkan bertujuan untuk dikongsikan bersama khalayak pembaca. Penghasilan karya sastera bertunjangkan kepada idea, pemikiran, gagasan dan perasaan pengarang yang diadun menggunakan medium bahasa sebagai saluran penyampaian. Bahasa berfungsi sebagai alat komunikasi dalam menyampaikan ilmu, idea, pendapat, buah fikiran, melahirkan emosi dan perasaan melalui pengucapan, gerak-geri atau bahasa badan, tulisan, lukisan dan isyarat. Sehubungan itu, emosi merupakan salah satu unsur yang mendasari sesebuah karya sastera. Hal ini kerana unsur emosi di dalam karya sastera bukan sahaja berperanan sebagai saluran komunikasi tetapi, turut mewarnai dan mencorakkan penceritaan di dalam karya tersebut.  Lantaran itu, menerusi artikel ini akan membincangkan ekspresi emosi watak sebagai wahana komunikasi watak utama dalam Hikayat Nakhoda Muda dan Hikayat Parang Puting yang digunakan sebagai data kajian artikel ini. Artikel ini akan menggunakan kaedah kepustakaan dan analisis data kajian. Justeru, penelitian terhadap ekspresi emosi akan ditelusuri menerusi ekspresi wajah, suara, tingkah laku dan sentuhan dalam berkomunikasi. Hasil dapatan artikel ini akan dapat memberikan sumbangan dalam pengkajian ekspresi emosi khususnya dalam kesusasteraan dan menjadi rujukan kepada para pengkaji yang seterusnya.

Kata kunci: bahasa; emosi; ekspresi; komunikasi; Hikayat Nakhoda Muda; Hikayat Parang Puting

Abstract: The literature produced is intended to be shared with the readership. The production of literary works relies on the author's ideas, thoughts, ideas, and feelings which are blended using the medium of language as a delivery channel. Language functions as a communication tool in conveying knowledge, ideas, opinions, and thoughts, expressing emotions and feelings through speech, gestures or body language, writing, drawing, and gestures. Accordingly, emotion is one of the underlying elements of a literary work. This is because emotional elements in literary works not only act as a channel of communication but also color and pattern the narration in the work. Therefore, this paper will discuss the character's emotional expression as the main character's communication vehicle in Hikayat Nakhoda Muda and Hikayat Parang Puting which is used as research data for this paper. This paper will use the method of library and analyzing research data. Therefore, research on emotional expression will be explore through facial expression, voice, behavior, and touch in communication. The findings of this paper will be able to contribute to the study of emotional expression especially in literature and become a reference for the next researchers.

 

Keywords: language; emotion; expression, communication; Hikayat Nakhoda Muda; Hikayat Parang Puting

References

Ahmad, J. (1980). Hikayat parang puting. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Aziz, S. A. (2012). Duka sebagai satu ekspresi sastera: Estetika syair-syair terpilih. Dlm. Salleh, M. H. Pandangan dunia Melayu pancaran sastera. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Gani, W. A. (2004). Hikayat nakhoda muda. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hude, M. D. (2006). Emosi: Penjelajahan religio-psikologis tentang emosi manusia di dalam al-Quran. Penerbit Erlangga.

Kadir, N. H. B. N. A. (2005). Citra komsas. Penerbit Universiti Sultan Idris.

Maksum, M. S. (2009). The power of air mata. Mutiara Media.

Omar, A. (1990). Aspek bahasa dan kajiannya: Kumpulan siri ceramah peristilahan. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Othman, M.B., & Ahmad, M.K. (2015). Pengantar komunikasi. Penerbit Universiti Utara Malaysia.

Zainal, A. (2007). Berfikir dan emosi. Dlm. Zainal, A., & Shuib, M. Meningkatkan potensi minda. PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.


Full Text:

PDF


DOI: http://dx.doi.org/10.17576/ebangi.2023.2003.24

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia