Kebangkitan Perikatan Nasional Melalui Sokongan Pengundi Melayu Dalam Pilihan Raya DUN Negeri Sembilan Ke-15 (The Rise of The National Alliance Through The Support of Malay Voters in The 15Th State Negeri Sembilan General Election)
Abstract
Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-15 Negeri Sembilan menyaksikan kebangkitan Perikatan Nasional (PN) apabila berjaya memenangi lima kerusi DUN daripada 36 kerusi DUN yang dipertandingkan. PN menang di kawasan DUN Labu, Paroi, Bagan Pinang, Gemas dan Serting. Kemenangan bermakna lima DUN ini telah menimbulkan pelbagai persoalan dan perhatian untuk diselidiki duduk sebenar jalan ceritanya. Lantaran itu, artikel ini cuba menyelami situasi disebalik keputusan luar jangkaan lima kawasan DUN yang dimenangi PN tersebut sebagai kawasan kajian. Penyelidik meletakkan tiga keutamaan sebagai objektif penulisan. Pertamanya, penyelidik akan menyoroti keputusan pilihan raya bagi lima kawasan tersebut sejak bermulanya pilihan raya bermula 1959. Kedua, mengenal pasti prestasi dan pola pengundian parti politik yang menang di kawasan tersebut pada PRN-15. Ketiga, penyelidik akan cuba menghuraikan isu dan faktor berlakunya perubahan tingkah laku pengundi lima kawasan tersebut yang beralih sokongan kepada PN. Penulisan ini menggunakan sumber sekunder daripada laporan SPR, buku, jurnal, makalah, laman sesawang dan akhbar atas talian sebagai data kajian. Secara kuantitatif, PN menguasai 53.94 peratus undi berbanding gabungan PH/BN yang memperoleh 42.45 peratus, sekali gus mencerminkan kecenderungan pengundi Melayu yang lebih memihak kepada PN. Dari sudut kualitatif, pengundi BN khususnya UMNO masih berasa ragu dan keliru terhadap kerjasama tersebut, terutama kerana penglibatan DAP, manakala sebahagian penyokong PH pula kekal skeptikal terhadap BN yang sering dikaitkan dengan isu rasuah dan kelemahan tadbir urus. Secara keseluruhan, artikel ini memberikan gambaran baharu tentang hala tuju dan tingkah laku politik orang Melayu di Negeri Sembilan serta memperkayakan pemahaman terhadap dinamika politik negeri tersebut.
Abstract: The 15th State Election (PRN) of Negeri Sembilan witnessed the rise of the Perikatan Nasional (PN) when it successfully won five state assembly seats out of the 36 state assembly seats contested. PN won in the Labu, Paroi, Bagan Pinang, Gemas and Serting state assembly constituencies. The victory meant that these five state assemblies had raised a various questions and attention to be investigated to find out the true story. Therefore, this article attempts to delve into the situation behind the unexpected results of the five state assembly constituencies won by PN as the study area. The researcher has set three priorities as the study objectives. First, the researcher will highlight the election results for the five constituencies since the start of the election in 1959. Second, identify the performance and voting patterns of the political parties that won in the constituencies in the PRN-15. Third, the researcher will try to explain the issues and factors that led to changes in the behavior of voters in the five constituencies who switched support to PN. This writing uses secondary sources from EC reports, books, journals, articles, websites and online newspapers as research data. Quantitatively, PN controlled 53.94 percent of the votes compared to the PH/BN coalition which obtained 42.45 percent, thus reflecting the tendency of Malay voters to favor PN. From a qualitative perspective, BN voters, especially UMNO, still feel doubtful and confused about the collaboration, especially because of the involvement of DAP, while some PH supporters remain skeptical of BN which is often associated with corruption issues and weak governance. Overall, this article provides a new picture of the direction and political behavior of the Malays in Negeri Sembilan as well as enriching the understanding of the political dynamics of the state.
Keywords
Full Text:
PDFReferences
Abd Hamid, M. A., & Thukiman, K. (2022, November 23). Naratif “kaum dan agama” mampu gugat agenda perpaduan nasional. BHarian Online. https://www.bharian.com.my/rencana/lain-lain/2022/11/1030277/naratif-kaum-dan-agama-mampu-gugat-agenda-perpaduan-nasional
Ahmad, M. & Awang Besar, J. & Mat Jali, M. F. (2024). Tsunami Pilihan Raya Umum ke-14 di Malaysia: Kebangkitan Pakatan Harapan dan kemunculan politik baharu. Akademika, 94(3), 204-233.
Ahmad, M. & Awang Besar, J. (2024). Pola pandangan pengundi Melayu pasca PRU-14 di Negeri Sembilan. International Journal of Law, Government and Communication 9(36), 37-52.
Ahmad, M. & Awang Besar, J. (2025a). Pilihan Raya Negeri ke-15: Pola pengundian mengikut saluran mengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (N20) Labu, Negeri Sembilan. Jurnal Wacana Sarjana, 9(1), 1-21.
Ahmad, M. & Awang Besar, J. (2025b). Pilihan Raya Negeri ke-15, Negeri Sembilan di sebalik kebangkitan sokongan Melayu kepada Perikatan Nasional. International Journal of Law, Government and Communication, 10(39), 160-177.
Alias, A. Y. & Hamil, J. (2023). Keberkesanan strategi Perikatan Nasional dalam Pilihan Raya Umum ke-15 di Semenanjung Malaysia: Penonjolan golongan Islamis. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics & Strategic Studies, 50(4), 451-473.
Awang Besar, J. (2021). Pengenalan. Dlm. Awang Besar, J. Mat Jali, M. F. & Yusuff, N. A. (Pnyt). Dinamika Politik Pilihan Raya di Malaysia Dalam PRU-14. Penerbit Universiti Malaysia Kelantan.
Awang Besar, J. (2022). Faktor sokongan pengundi kaum Melayu kepada Perikatan Nasional dalam Pilihan Raya Umum ke15, 2022. e-Bangi: Journal of Social Sciences and Humanities, 21(1), 436-445.
Awang Besar, J. (2023). PRU-15:Tiadanya parti politik yang menang majoriti mudah 112 kerusi Parlimen untuk membentuk Kerajaan Persekutuan Malaysia. International Journal of Law, Government and Communication, 8(31), 97-121.
Awang Besar, J., Abadi, A. M. & Zulkipli, A. A. (2018). Gelombang rakyat dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14, 2018 di Malaysia. Seminar Antarabangsa Ke-7, Arkeologi, Sejarah dan Budaya di Alam Melayu (ASBAM 7, 2018). Jayakarta, Lombok Beach Resort & Spa, Nusa Tenggara Barat, Indonesia. 28-29 Julai.
Awang Besar, J., Jaafar, M. & Ahmad, M. (2021). Politik pilihan raya dalam PRU-14 dan Pasca PRU-14 di Negeri Sembilan. Geografia Online: Malaysian Journal of Society and Space, 17(2), 206-220.
Awang Besar, J., Mat Jali, M. F., & Yusuff, N. A. (2021a). Pasca PRU-14: Dinamika politik menuju PRU-15. Dlm. Awang Besar, J., Mat Jali, M. F. & Yusuff, N. A. (Pnyt). Dinamika Politik Pilihan Raya di Malaysia Dalam PRU-14. Penerbit Universiti Malaysia Kelantan.
Awang Besar, J., Mohd Yusof, A. R., Ghazali, A. S., Ali, M., Yusuff, N. A., Nayan, N. & Boyman, S. N. (2020). Pola pengundian dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) 2018 di Malaysia di kawasan bandar dan luar bandar. International Journal of Law, Government and Communication, 5(19), 128-144.
Awang Besar, J., Othman, Z., Lyndon, N. & Abdul Halim, A. H. (2023). Pilihan Raya Umum (PRU) Negeri di Malaysia 2023: Satu analisis geografikal dan sosiologikal. International Journal of Law, Government and Communication, 8(31), 22-37.
Berita Harian. (2023, July 28). Kami mahu YB Taufik. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/07/1131418/kami-mahu-yb-taufik
Brahim, M. & Tajudin, A. S. (2022). Politik Melayu: Penentu kelangsungan kuasa Barisan Nasional. Read Resources.
Evans, J, Arzheimer, K, Campbell, R & Cowley, P. (2017). Candidate localness and voter choice in the 2015 General Election in England. Political Geography, 59, 61-71.
Fauzi, R., Said, M. M. & Marzuki, M. F. (2019). Cabaran hala tuju politik Malaysia pasca PRU Ke-14. Dlm. Abdul Rahman, Z., Fauzi, R. & Ghazali, A. S. (Pnyt). Pilihan Raya Umum ke-14: Isu dan Cabaran Malaysia Baharu. Penerbit Universiti Malaya.
Ismail, M. M., Adnan, Z. H. & Ishak, M. S. (2023). Kecenderungan pengundi baharu dalam Pilihan Raya Umum Ke-15. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics & Strategic Studies, 50(2), 224-240
Ismail, S. F. & Awang Besar, J. (2024). Literasi politik pengundi di Parlimen Port Dickson, Negeri Sembilan. e-Bangi: Journal of Social Sciences & Humanities, 21(4), 486-499
Jaafar, M., Awang Besar, J., Awang, A., Choy, L. K. & Ahmad, M. (2021b). Tumbangnya BN di Negeri Sembilan dalam PRU-14. Dlm. Awang Besar, J. Mat Jali, M. F. & Yusuff, N. A. (Pnyt). Dinamika Politik Pilihan Raya di Malaysia Dalam PRU-14. Penerbit Universiti Malaysia Kelantan.
Jungherr, A. (2016). Twitter use in election campaigns: A German case study. In A. Bruns, G. Enli, E. Skogerbø, A. O. Larsson, & C. Christensen (Eds.), The Routledge companion to social media and politics (pp. 288–304). Routledge.
Malaysiakini. (2021). Akar umbi PKR N Sembilan hilang kepercayaan terhadap MB. https://m.malaysiakini.com/news/590114
Meesuwan, S. (2016). The effect of Internet use on political participation: Could the Internet increase political participation in Thailand? International Journal of Asia Pacific Studies, 12(2), 57-82.
Ming, O. K. (2024). Scrutinizing The DAP’s Success in The 2023 Malaysian State Elections. (Meneliti Kejayaan DAP pada PRN Malaysia 2023). Yusof Ishak Institute @ ISEAS.
Mizul, S. S. S. & Awang Besar, J. (2024). Dinamika politik pilihan raya di kawasan DUN Paroi, Rembau, Negeri Sembilan. Jurnal Wacana Sarjana, 8(3), 1-13.
Mohd Basori, N. E., Mat Jali, M. F. & Awang Besar, J. (2022). Jati diri dan pola pengundian belia Melayu dalam PRU 14. Dlm. Abdullah, A., Yusoff, N. H. & Mat Jali, M. F. Pemerkasaan Belia dan Wanita. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
SPR. (1999). Laporan Pilihan Raya Umum Malaysia 1999. Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia.
SPR. (2004). Keputusan Pilihan Raya Umum Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri Tahun 2004. Putrajaya: Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia.
SPR. (2008). Keputusan Pilihan Raya Umum Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri Tahun 2008. Putrajaya: Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia.
SPR. (2013). Keputusan Pilihan Raya Umum Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri Tahun 2013. Putrajaya: Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia.
SPR. (2018). Keputusan Pilihan Raya Umum Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri Tahun 2018. Putrajaya: Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia.
SPR. (2023). Laporan Statistik Pilihan Raya Umum ke 15. Putrajaya: Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia.
Sualman, I. (2021). The Role of social media on political voting behaviour in 14th General Election. In Sualman, I., Abdul Razak, F. H. & Jalli, N. Media, Politics and Democracy in the 14th Malaysian General Election. Penerbit UiTM.
Yaacob, N. H. (2022). Gerakan Islam dan demokrasi di Malaysia 1982-2018: Persaingan dan kerjasama. Dlm. Zulkanain Abdul Rahman & Abu Hanifah Haris (Editor). Budiman: Kumpulan Esei Sempena Persaraan Profesor Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman. Penerbit Universiti Malaya.
Yazid, M. N. (2023). Perkembangan Politik Malaysia Pasca PRU-15. Dewan Masyarakat. 02/Februari. Jilid 60.
Yusoff, M. R. Juhari, S. N., Musa, M. H. & Mohamad, F. (2023). Pilihan Raya Negeri ke-15, Negeri Sembilan: Di sebalik kebangkitan pengundi Melayu kepada Perikatan Nasional. International Journal of Law, Government and Communication, 8(31), 13-29
Zakaria, N. (2023). PAS Lencongkan Undi Anak Muda. Dlm Dewan Masyarakat. Bil. 01, 34-35.
Zulkifli, K. S., Sim, J. W. & Norazmi, M. A. H. (2022). PRU-15 di Negeri Sembilan: Kubu Parlimen terakhir UMNO di Semenanjung Malaysia. Pertanika Journal of Social Sciences & Humanities, 30(4), 2101-2119.
DOI: http://dx.doi.org/10.17576/ebangi.2026.2301.30
Refbacks
- There are currently no refbacks.
-
_________________________________________________
eISSN 1823-884x
Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA
© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia