Peluasan Makna Imbuhan Ber-: Analisis Semantik Kognitif
Abstract
Imbuhan beR ialah salah satu imbuhan yang dibincangkan dalam buku nahu bahasa Melayu. Secara umumnya huraian mengenai imbuhan ini agak serupa antara penahu dan adakalanya bertindih. Satu aspek imbuhan yang penting ialah makna imbuhan itu sendiri. Penahu bersetuju untuk mengatakan yang imbuhan nahu mempunyai makna ‘melakukan sesuatu ke atas diri sendiri’, ‘refleksif’, ‘perbuatan bersalingan’, dan ‘memiliki’. Namun, makna imbuhan beR selalunya diterangkan secara luaran sahaja meskipun ada banyak lagi maksud lain yang boleh diterokai. Bersandarkan 5 juta data korpus UKM-DBP - akhbar (Utusan Malaysia, Berita Harian, Harakah), majalah, dan buku, makna imbuhan beR- dicungkil dengan lebih mendalam. Peluasan makna imbuhan beR- ini telah dihuraikan dengan menggunakan pendekatan semantik kognitif melalui teori prototaip dan model kategori jaringan radial. Beberapa mekanisme kognitif seperti skema imej perbuatan (pergerakan, refleksif, bersalingan, dan penghasilan), skema imej milikan, skema imej pasif, skema imej psikologi, dan skema imej kumpulan telah berjaya diserlahkan bagi memperjelas cara mana berlakunya proses peluasan makna imbuhan beR- ini. Terbukti, peluasan makna imbuhan beR- berlaku secara sistematik. Peluasan makna imbuhan beR- mempunyai domain teras, dan domain pinggiran. Perbezaan setiap domain inilah yang menyebabkan wujudnya peluasan makna terhadap imbuhan beR-.
Keywords
Full Text:
PDFReferences
Abdullah Hassan. (2006). Morfologi: Siri pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Ed. ke-2. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Asmah Haji Omar. (1993). Nahu Melayu mutakhir. Ed. ke-4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Cuyckens, H. (1993). The Dutch spatial preposition “in”: A cognitive semantic analysis. Dlm. I. K. Tchizmarova. A cognitive linguistic analysis of the Bulgarian verbal prefix pre-‘across, through, over’. Glossos (7): 1-49. Muat turun 27 Mei 2008 dari http://seelrc.org/glossos/glossos@seelrc.org
Gibbs, R.W. & Steen, G.J. (pnyt.). (1997). Metaphor in cognitive linguistics. Amsterdam: John Benjamins Publishing Company.
Idris Aman. (2007). Kata pemeri adalah dan ialah. Dlm. Zaharani Ahmad (pnyt.). Aspek nahu praktis bahasa Melayu, hlm. 207-233. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Imran Ho Abdullah. (2000). Peluasan semantik kata sifat rasa: Manis, masam, pahit, masin dan tawar. Jurnal Dewan Bahasa, 44(5), 563- 572.
Imran Ho Abdullah. (2007a). Frasa sendi nama di atas dan di bawah. Dlm. Zaharani Ahmad (pnyt.). Aspek nahu praktis bahasa Melayu, hlm. 305-322. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Imran Ho Abdullah. (2007b). Konstruksi perbandingan: Pendekatan linguistik kognitif. Dlm. Nor Hashimah Jalaluddin, Imran Ho Abdullah & Idris Aman (pnyt.). Linguistik: teori dan aplikasi, hlm. 78-93. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Lakoff, G. (1987). Women, fire and dangerous things. Chicago. Chicago University Press.
Lakoff, G. & Johnson, M. (1980). Metaphors we live by. Chicago: Chicago University Press.
Nor Hashimah Jalaluddin. (2007). Kata ganti nama ia dan ianya. Dlm. Zaharani Ahmad (pnyt.). Aspek nahu praktis bahasa Melayu, hlm. 235-251. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Nor Hashimah Jalaluddin & Hawiyah Baba. (2007). Masalah polisemi dalam perkamusan: satu penyelesaian semantik kognitif. Dlm. Nor Hashimah Jalaluddin, Imran Ho Abdullah & Idris Aman (pnyt.). Linguistik: Teori dan aplikasi, hlm. 186-207. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Nor Hashimah Jalaluddin & Ahmad Harith Syah. (2009). Penelitian makna imbuhan Pen- Dalam Bahasa Melayu: Satu kajian rangka rujuk silang. GEMA Online Journal of Language Studies, 9(2), 57-72.
Norsimah Mat Awal. (2007). Peluasan makna kata ‘aman’ dan ‘manis’ bersandarkan data korpus. Dlm. Nor Hashimah Jalaluddin, Imran Ho Abdullah & Idris Aman (pnyt.). Linguistik: Teori dan aplikasi, hlm. 114-135. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Musa & Abdul Hamid Mahmood. (2003). Tatabahasa Dewan. Ed. Baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Tuggy, D. (1992). The affix-stem distinction: A cognitive grammar analysis of data from Orizaba Nahuatl. Cognitive Linguistics, 3(3), 237-300.
Zaharani Ahmad (pnyt.). (2007). Aspek nahu praktis bahasa Melayu. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Zainal Abidin Ahmad. (2000). Pelita bahasa Melayu penggal 1. Ed. ke-2. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Refbacks
- There are currently no refbacks.
eISSN : 2550-2131
ISSN : 1675-8021