Memperkasakan Pelajar Pasca-Siswazah Indonesia Dalam Penulisan Akademik Bahasa Melayu

Norsimah Mat Awal, Hafriza Burhanudeen Burhanudeen, Nor Zakiah Abdul Hamid, Mohd Azlan Mis

Abstract


Menurut perangkaan kemasukan pelajar pasca-siswazah antarabangsa sesi 2004/2005 di
UKM, bilangan pelajar Indonesia merupakan yang tertinggi berbanding pelajar
antarabangsa yang lain. Untuk memenuhi keperluan pengijazahan pelajar-pelajar pascasiswazah
ini dikehendaki menulis tesis atau disertasi di dalam bahasa Melayu atau bahasa
Inggeris namun kebanyakan pelajar Indonesia ini lebih cenderung memilih untuk menulis
di dalam bahasa Melayu. Masalahnya mula timbul dalam pemilihan kata atau ungkapan
dalam penulisan mereka sehingga mengganggu kelancaran pemahaman pembaca. Kertas
kerja ini akan membentangkan dapatan kajian kami di Pusat Pengajian Bahasa dan
Linguistik, FSSK dengan kerjasama Pusat Pengajian Siswazah (PPS), UKM. Kajian ini
bertujuan untuk melihat variasi makna laras akademik di antara bahasa Melayu dan
bahasa Indonesia. Dapatan kajian menunjukkan masalah pemahaman timbul ekoran dari
tiga perbezaan yang ketara di antara bahasa Melayu dan bahasa Indonesia. Perbezaan
tersebut ialah pertama, istilah/ungkapan yang berbeza tetapi merujuk kepada makna yang
sama, kedua ialah istilah/ungkapan yang sama digunakan tetapi membawa makna yang
berbeza dan ketiga ialah amalan mentransliterasi bahasa Inggeris dalam bahasa
Indonesia.


Full Text:

PDF

References


Abdul Samad Hadi, Yang Farina Abdul Aziz, Mazlin Mokhtar and Zalizan M. Jelas.

(2002). UKM-The National University with an International Reach. Dlm. Senada,

(251):14-15.

Asmah Hj Omar. (1979). Perbandingan Abdullah Hassan dan Anas Makruf dalam

penterjemahan karya Steinbeck “The Pearl”. Dlm Asmah Hj. Omar (pnyt.) Aspek

Penterjemahan dan Interpretasi, hlm. 99-107. Kuala Lumpur: Pusat Bahasa,

Universiti Malaya.

Asmah Haji Omar. (2002). Wujudkah Tembok Bahasa Antara Malaysia dan Indonesia?

Dlm. Setia dan Santun Bahasa. Tanjung Malim: Penerbit Universiti Pendidikan

Sultan Idris.

Asmah Haji Omar (2005). Alam dan Penyebaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Annual Report (2002). Center for Public and International Relations, Universiti

Kebangsaan Malaysia.

Ismail Sahid. (2003). Dasar dan Matlamat Pengajian Siswazah UKM. Centre for

Graduate Studies, UKM.

Mohd. Sheffie Abu Bakar. (1991). Metodologi Penyelidikan (Edisi Kedua). Bangi:

Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Nor Hashimah Jalaluddin dan Halimah Hj. Ahmad. (2005). Perbezaan Istilah Malaysia-

Indonesia: Satu Analisis Linguistik.. Kertas kerja di Persidangan Antarabangsa

Leksikologi dan Leksikografi Melayu (PALMA). Dewan Bahasa dan Pustaka,

Kuala Lumpur.

Projek Penyelidikan Persilihan Istilah Malaysia Indonesia. (2004). Bahagian Peristilahan.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Rumusan Arahan Kerja Persijilan ISO 9001:2000 Pengajian Siswazah Sesi 2004/2005.

Pusat Pengajian Siswazah, Universiti Kebangsaan Malaysia, 2005.

Statistik Pelajar Antarabangsa, Pusat Pengajian Siswazah, Universiti Kebangsaan

Malaysia.2005.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 

 

 

eISSN : 2550-2131

ISSN : 1675-8021