Kemahiran Komunikasi Interpersonal Ekspresif: Mencipta Guru Bahasa Indonesia Yang Penyayang

Syofia Ulfah, Zamri Mahamod, Jamaludin Badusah

Abstract


Kajian ini bertujuan mengkaji kemahiran komunikasi interpersonal ekspresif guru (KKIEG) ketika proses pembelajaran dan pengajaran (P&P) bahasa Indonesia di dalam bilik darjah ketika guru memulakan P&P, semasa P&P, dan ketika guru menutup P&P.  Kajian ini ialah kajian kes yang menggunakan pendekatan kualitatif yang melibatkan lima orang guru yang mengajar subjek Bahasa Indonesia.Teknik pengutipan data yang digunakan ialah pemerhatian, temu bual, dan analisis dokumen. Data dianalisis secara tematik menggunakan perisian NVivo. Secara keseluruhan, data kajian menunjukkan KKIEG ketika memulakan, semasa, dan menutup P&P menghasilkan pola yang berbeza, tetapi mempunyai matlamat yang sama, iaitu untuk membentuk sikap belajar murid dan untuk memantapkan penguasaan bahan pelajaran murid. Dapatan kajian menunjukkan ketika memulakan proses P&P, guru menggunakan komunikasi interpersonal ekspresif seperti memberi salam, memuji, dan mengecam murid. Semasa P&P guru menggunakan komunikasi interpersonal ekspresif memuji dengan alasan, memuji dengan sopan santun, mengecam, menyindir, mengancam dan menuduh murid. Ketika menutup P&P pula, guru menggunakan komunikasi interpersonal ekspresif seperti mengecam, menuduh, dan memberi salam kepada murid. Kesimpulannya, KKIEG belum mencapai tahap maksimum kerana ketika proses P&P, sama ada memulakan, semasa dan menutup P&P masih terdapat KKIEG yang tidak sesuai digunakan seperti ekspresif mengecam, mengancam, menuduh, tidak memuji dengan sopan santun, dan menyindir murid. 


Keywords


komunikasi interpersonal ekspresif; guru yang humaniti; pengajaran Bahasa Indonesia; proses belajar mengajar; kes studi

Full Text:

PDF

References


Abdullah Hassan & Ainon Mohd. (2005). Kemahiran interpersonal untuk guru. Kuala Kumpur: PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd.

Abdullah Hassan. (2007). Berdakwah dengan efektif. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing.

Abizar. (2008). Interaksi komunikasi dan pendidikan. Padang: UNP Press.

Abd. Rahim Abd. Rashid. (1999) Profesionalisme motivasi pengurusan bilik darjah. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributor Sdn. Bhd.

Adele Faber & Elaine Mazlish. (2008). Berbicara agar anak mau mendengar & mendengar agar anak mau bicara. Tangerang: PT. Buah Hati.

Ashinida Aladdin. (2012). Analisis penggunaan strategi komunikasi dalam komunikasi lisan Bahasa Arab. GEMA OnlineTM Journal of Language Studies. Vol 12 (2), 645-666.

Azizi Hj. Yahaya, Sharifuddin Ismail, Amir Hamzah Abdul &

Halimah Ma’alip (2010). Hubungan di antara konsep kendiri dengan kemahiran komunikasi terhadap pencapaian akademik pelajar di sekolah menengah di Johor Baharu. Muat turun 10 April, 2012 dari http://www.ukm.my/jkom/journal/pdf_files/2010

Brooks, W.D. & Emmert, P. (1980). Interpersonal communication. 2nd edition. Iowa: Wm. C. Brown Co. Publisher.

Brown, P. & Levinson, S.C. (1978). Universal in language usage: Politeness phenomena. Dlm. Esther N. Goody. (Eds.). Question and politeness strategies in social. Cambridge: CambridgeUniversity Press.

DePorter, B. Quantum teaching. Ary Nilandari (Terj.). Bandung: PT. Kaifa.

DeVito, J.A. 2009. The interpersonal communication book. 12th edition. Hunter College of The City.

Deddy Mulyana. (2000). Ilmu interaksi komunikasi: Suatu pengantar. Bandung: PT. Remaja Rosdakarya.

Flanders, N.A. (1970). Analyzing teacher behaviour. Reading, MA: Addison-Wesley.

Fisher, B.A. & Adams, K.L. (1977). Interpersonal communication: Pragmatics of humanrelationship. 2nd edition. New York: McGraw-Hill.

Gardner, E. (1985). Social, psychology in second language learning. London: Edward Arnor.

Giblin, L. (2003). The art of dealing with people. Paulus Herlambang. (Terj.). Jakarta PT. Gramedia Pustaka Utama.

Hasyim Fauzy Yaacob. (2001). Komunikasi antara manusia. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.

Hymes, D.(1986). Sociolinguistics and the ethnography of speaking. Dlm. Hodge, B. (Eds.). Reading in language and communication for teacher. Melbourne: Longman Cheshire.

Leech, G.N. (1983). Pragmatics. London: Longman.

Maimunah Osman. (2000). Komunikasi berkesan-perhubungan interpersonal. Kuala Lumpur: Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN).

Ruben, B.D. (1984). Communication and human behavior. Boston: Macmillan Publishing Company.

Shramm, W. (1973). Men, messages, and media: A look at human communication. New York: Harper & Row Publishers.

Sulaiman Md. Yassin, Mohd. Salleh Lebar & Azlina Abu Bakar. (Pnyt.). (2002). Komunikasi dalam pengajaran dan kepemimpinan pendidikan. Shah Alam: Karisma Publication.

Tan Kim Hua, Nor Fariza Mohd Nor & Mohd Nayef Jaradat. (2012). Communication strategies among EFL students: An examination of frequency of use and types of strategies used. GEMA OnlineTM Journal of Language Studies. Vol 12(3), 831-848.

Trisnaningtyas Esti & Mohammad Nursalim. (2010). Penerapan latihan asertif untuk meningkatkan keterampilan komunikasi interpersonal siswa. Muat turun 15 April, 2012 dari http://ppb.jurnal.unesa.ac.id/73-404/

Wood, J.T. (2009). Interpersonal communication everyday encaounters. 6th edition. Boston: Lyn Uhl.

Yule, G. (1998). Pragmatics. New York: Oxford University Press.

Zamri Mahamod, Norasmah Othman & Mohammed Sani. (2008). Profesionalisme guru novis: Model latihan. Edisi kedua. Bangi: Penerbit Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 

 

 

eISSN : 2550-2131

ISSN : 1675-8021