Malaysia My Second Home: Isu Bahasa Dalam Kalangan Peserta Jepun
Abstract
Objektif kajian ini adalah untuk membincangkan isu bahasa dalam kalangan peserta warga Jepun yang menyertai program Malaysia My Second Home (MM2H). Metodologi kajian yang diguna pakai adalah berbentuk kuantitatif dan kualitatif. Data kajian diperolehi melalui kaedah soal selidik, diskusi kumpulan serta temu ramah individu. Seramai 100 orang peserta rakyat Jepun dipilih untuk mengisi borang soal selidik. Manakala lima orang peserta telah ditemu bual secara berkumpulan. Untuk temu bual individu pula dua orang rakyat Jepun telah dipilih. Hasil kajian menunjukkan bahawa peserta rakyat Jepun yang terlibat di dalam program MM2H memilih Malaysia kerana ‘harga barang murah’ dan ‘cuaca yang sesuai’. Hasil kajian mengenai isu penggunaan bahasa menunjukkan bahasa pilihan rakyat Jepun untuk berinteraksi di Malaysia lebih berpihak kepada bahasa Inggeris berbanding dengan bahasa rasmi negara ini, iaitu bahasa Melayu. Ini adalah kerana mereka mempunyai lebih banyak pengalaman mempelajari bahasa Inggeris berbanding dengan bahasa Melayu. Tanpa interaksi yang mencukupi dengan orang tempatan menyebabkan tahap penguasaan kedua-dua bahasa mereka masih di peringkat asas. Walaupun begitu mereka boleh meneruskan kehidupan mereka di Malaysia disebabkan persekitaran yang menyediakan perkhidmatan kepada mereka dalam bahasa Jepun. Namun mereka berpendapat terdapat keperluan untuk mereka meningkatkan kemahiran bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. Keinginan mempelajari bahasa-bahasa tersebut mencerminkan sikap mereka yang mengharapkan agar kehidupan mereka lebih mudah dan dapat menjalinkan hubungan yang lebih baik dengan masyarakat tempatan pada masa hadapan.
Keywords
Full Text:
PDFReferences
AON (2010). European workers want to retire abroad… and ideally to the sun. Retrieved 7 Disember, 2010 from http://aon.mediaroom.com/index.php?s=43&item=1987
Azam Noora (2008). Iranian undergraduates non-English majors' language learning preferences. GEMA™ OnlineTM Journal of Language Studies. Vol 8(2), 33-44.
Bunkacho (2009). Heisei 20 nendo ‘Kokugo ni kansuru yoron chousa’ no kekka ni tsuite. Retrieved 10 Disember, 2010 from http://www.bunka.go.jp/kokugo_nihongo/yoronchousa/h20/kekka.html
Embassy of Japan in Malaysia (2010). Nihon to Malaysia no hanzai hasseiritsu no hikaku. Retrieved 5 Disember, 2010 from http://www.my.emb-japan.go.jp/Japanese/guide/2_2.html#hanzai
Embassy of Japan in Malaysia (2010). Malaysia zairyuu houjin suu no chousa kekka ni tsuite. Retrieved 5 Disember, 2010 from http://www.my.embjapan.go.jp/Japanese/ryoji/census/2009.htm
Gardner, R. C. & Lambert, W. E. (1972). Attitudes and motivation in second language learning. Rowley, Mass: Newbury House Publishers Inc.
Giles, H. (1984). The dynamics of speech accommodation: IJSL 46. The Hague: Mouton.
Ip, D., Wu, C.-T. & Inglis, C. (1998). Settlement experiences of Taiwanese immigrants in Australia. Asian Studies Review. Vol 22, 79-97.
Jabatan Perdana Menteri Malaysia (2010). Pendapatan kasar bulanan isi rumah purata mengikut etnik, strata dan negeri, Malaysia, 1970-2009. Retrieved 7 Disember, 2010 from http://www.epu.gov.my/household-income-poverty
Kawahara, M. (2010). Adaptive strategy of Japanese senior long-term stayers and local community responses in Chiangmai. The journal of Thai studies. Vol 10, 35-55.
Kementerian Pelancongan Malaysia. (2010). Malaysia My Second Home Programme. Retrieved 1 Disember, 2010 from http://www.mm2h.gov.my/japanese/index.php
Kementerian Pelancongan Malaysia. (2010). Malaysia My Second Home Programme-Statistics. Retrieved 1 Disember, 2010 from http://www.mm2h.gov.my/statistic.php
King, R., Warnes, T. & Williams, A. (2000). Sunset lives?: British retirement migration to the Mediterranean. Oxford: Berg.
Kubo, T, & Ishikawa, Y. (2004). Searching for "paradise": Japanese international retirement migration. Japanese Journal of Human Geography. Vol 56(3), 74-87.
Kubota, A. (2004). Sa-bisu nihongo toiu kangaekata, Showa Joshi Daigaku Daigakuin Nihongo Kyouiku Kenkyuu Kiyou. Vol 2, 65-69.
Long Stay Foundation. (2010). Long stay chousa toukei 2010. Tokyo: Long Stay Foundation.
Masaki, M. (2003). Language contact and admixture: Sociolinguistic perspectives on Brazilian Nikkey. Osaka University the 21st Century COE Program Interface, Humanities Research Activities 2002-2003. Vol 5, 110-123.
Nagatomo, J. (2007). The social transformation of the Japanese society in the 1990s and the Japanese migration to Australia: The relationship between the changes in lifestyle values and migration decision. The Otemon Journal of Australian Studies. Vol 33, 177-200.
Nagatomo, J. (2008). From tourist to migrant: the interaction between work-oriented lifestyle, tourism experience, and migration decision among Japanese lifestyle migrants to Australia. Retrieved 12 Disember, 2010 from http://arts.monash.edu.au/mai/asaa/junnagatomo.pdf
Ono, M. (2008). Long-stay tourism and international retirement migration: Japanese retires in Malaysia. Transnational Migration in East Asia Senri Ethnological Reports. Vol 77, 151-162.
Sato, M. (2001). Farewell to Nippon: Lifestyle migrants in Australia. Melbourne: Trans Pacific Press.
Siti Hamin Stapa, Normalis Amzah, Hieda, N. & Musaev, T. (2010). Investigating social issues among the Japanese adapting Malaysia as a second home. Proceedings of the Forth International Malaysia-Thailand Conference on Southeast Asian Studies. Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
The Star. Malaysia is top spot for Japanese, 2 December 2010, p. 20.
Refbacks
- There are currently no refbacks.
eISSN : 2550-2131
ISSN : 1675-8021