Fonologi Rangkap Vokal Dan Kepelbagaian Dialek Melayu: Analisis Teori Optimaliti

Zaharani Ahmad, Nor Hashimah Jalaluddin, Shariffulizan Malek

Abstract


Makalah ini membincangkan perilaku fonologi rangkap vokal dalam empat kumpulan dialek Melayu, iaitu dialek Johor, dialek Kedah, dialek Perak dan dialek Kelantan. Data kajian terdiri daripada data sekunder yang dipetik daripada beberapa kajian lepas (Asmah Haji Omar, 1985; Raja Mukhtaruddin, 1986; Ajid Che Kob, 1984; Teoh Boon Seong 1994). Analisis fonologi yang dikemukakan berdasarkan pendekatan kekangan daripada teori optimaliti (Prince & Smolensky, 2004; McCarthy 2008). Dapatan kajian menunjukkan kesemua dialek ini secara umumnya tidak membenarkan kehadiran rangkap vokal di peringkat permukaan kerana ini melibatkan pengingkaran onset. Dari sudut pendekatan rumus, rangkap vokal di peringkat dalaman akan ditangani melalui proses fonologi, seperti diftongisasi, ambisilabifikasi, peleburan vokal dan pengguguran vokal. Setiap dialek menggunakan strategi yang berbeza dalam menangani rangkap vokal ini, dan kesannya menyebabkan wujudnya kepelbagaian dialek dalam bahasa Melayu. Dari sudut pendekatan kekangan dalam kerangka teori optimaliti pula, kewujudan pelbagai dialek Melayu disebabkan oleh pematuhan dan pengingkaran kekangan-kekangan yang bersifat universal, dan setiap dialek itu mempunyai susunan tatatingkat kekangannya yang tersendiri. Semua dialek ini meletakkan kekangan *KOMPLEKS, *VK], KONTIGUITI dan KT≥KAKI di tingkat tertinggi dan tidak boleh diingkari. Kekangan yang boleh diingkari pula terdiri daripada ONSET, UNIFORMITI, INTEGRITI, MAKS-IO, *KODA, dan kekangan-kekangan ini ditatatingkatkan secara berbeza dalam dialek-dialek tersebut.


Keywords


rangkap vokal, tatatingkat kekangan, diftongisasi, ambisilabifikasi, peleburan vokal.

Full Text:

PDF

References


Ajid Che Kob. (1984). Dialek geografi Pasir Mas. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia

Asmah Haji Omar. (1985). Susur galur bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Bresnen, J., Deo, A., & Sharma, D. (2007). Typology in variation: A probabilistic approach to be and n’t in the survey of English dialect. English Language and Linguistics, 11(2), 301-346.

Farid M. Onn. (1980). Aspects of Malay phonology and morphology: A generative approach. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Kager, R. (1999). Optimality theory. New York: Cambridge University Press.

McCarthy, J. J., & Prince, A. M. (1995). Faithfulness and reduplicative identity. In J. N. Beckman, L.W. Dickey & S. Urbanczyk (Eds.). University of Massachusetts occasional papers in linguistics 18: Papers in optimality theory. Amherst, MA: Graduate Linguistic Student Association.

McCarthy, J. J., & Prince, A. S. (1999). Faithfulness and identity in prosodic morphology. In R. Kager, H. van der Hulst & W. Zonneveld (Eds.). The prosody-morphology interface. New York: Cambridge University Press.

McCarthy, J. J. (2008). Doing optimality theory applying theory to data. Malden: Blackwell Publishing.

Newton, B. (1972). The generative interpretation of dialect: A study of modern Greek phonology. Cambridge: Cambridge University Press.

Prince, A. M., & Smolensky, P. (2004). Optimality theory: Constraint interaction in generative grammar. Malden: Blackwell Publishing.

Raja Mukhtaruddin Raja Mohd. Dain. (1986). Dialek Perak. Ipoh: Yayasan Perak.

Teoh Boon Seong. (1994). The sound system of Malay revisited. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zaharani Ahmad. (1989). Dialektologi generatif dan kepelbagaian dialek Melayu. Jurnal Dewan Bahasa, 33(6), 402-414.

Zaharani Ahmad. (1996). Teori optimaliti dan analisis deretan vokal bahasa Melayu. Jurnal Dewan Bahasa, 40(6), 512-527.

Zaharani Ahmad. (2004). Alignment and the syllable coda condition in Malay: An optimality account. GEMA Online™ Journal of Language Studies, 4(2) 2004, 1-32.

Zaharani Ahmad. (2005). The phonology-morphology interface in Malay: An optimality theoretic account. Canberra: Pacific Linguistics.

Zaharani Ahmad. (2006). Kepelbagaian dialek Melayu dalam bahasa Melayu: Analisis tatatingkat kekangan. Jurnal e-Bangi, 1(1), 1-26, (Atas talian). Di muat turun, 3 Jan 2010, dari http://pkukmweb.ukm.my/~ebangi.

Zuraidah Jantan & Zaharani Ahmad. (2009). Syarat koda dan kepelbagaian dialek Melayu: Analisis teori optimaliti. Jurnal Bahasa, 16, 1-24.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 

 

 

eISSN : 2550-2131

ISSN : 1675-8021