Faktor Kesopanan dan Strategi Komunikasi dalam Genre Perbincangan di Televisyen

Rohaidah Mashudi, Ahmad Mahmood Musanif, Adi Yasran Abdul Aziz, Hasnah Mohamad

Abstract


Program perbincangan interaktif di televisyen adalah dikategorikan sebagai genre berdasarkan beberapa kriteria yang telah dikenal pasti mengikut analisis genre linguistik. Penonjolan gejala penggunaan bahasa dalam genre perbincangan di saluran-saluran televisyen ini menjelaskannya sebagai suatu peristiwa bahasa. Peristiwa bahasa perbincangan di televisyen telah mewujudkan perhubungan dua hala dalam kalangan pemeran. Justeru, proses sosial yang ada memerlukan penelitian terhadap faktor-faktor yang mempengaruhi  kesopanan dan strategi komunikasi yang digunakan oleh pemeran-pemeran. Strategi komunikasi yang dikaitkan dengan kesopanan ini perlulah ditandai dengan beberapa faktor antaranya, faktor peranan dan perbezaan taraf sosial. Penafian terhadap pengaruh faktor-faktor penggunaan kesopanan dan pelanggaran dalam strategi komunikasi hanya mencetuskan kecelaruan pemeran terhadap pemahaman tentang suatu budaya dan sosialnya. Kajian ini memberi tumpuan kepada genre perbincangan yang bersiaran di Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) saluran perdana TV 1. Penelitian terhadap faktor penggunaan kesopanan dan strategi komunikasi yang terdapat dalam peristiwa bahasa ini dianalisis dan dijelaskan mengikut pendekatan Asmah Hj Omar. Tujuan kajian ini adalah untuk menghuraikan dan menjelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan strategi komunikasi yang ditandai dengan kesopanan dalam genre perbincangan di televisyen. Tiga genre perbincangan daripada Forum Hal Ehwal Islam di RTM TV1 direkodkan sebagai teks kajian. Hasil kajian ini mendapati bahawa strategi komunikasi yang ditandai dengan kesopanan yang berterusan mewujudkan komunikasi berkesan dalam mencapai tujuan sebenar suatu perbincangan yang bersiaran di televisyen.


Keywords


kesopanan; strategi komunikasi; genre perbincangan; wacana; linguistik

Full Text:

PDF

References


Ab. Razak Ab. Karim .(2006). Warkah Melayu Lama. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ahmad Mahmood Musanif (2009). Peristiwa Bahasa Temu Bual Akhbar sebagai Satu Genre Linguistik. Dalam Zaitul Azma Zainon Hamzah et.al. Penelitian Bahasa dan Budaya Melayu: Teori dan Aplikasi (20-35). Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Ashinida Aladdin. (2012). Analisis Penggunaan Strategi Komunikasi Dalam Komunikasi Lisan Bahasa Arab. GEMA Online® Journal of Language Studies. Vol. 12(2), 645-666.

Asmah Hj Omar (1992). The Linguistics Scenery Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Hj Omar (2000). Wacana Perbincangan, Perbahasan dan Perundingan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Hj Omar. (2008). Kaedah Penyelidikan Bahasa di Lapangan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Hj Omar. (2009a). Panduan Wacana Akademik Teori dan Penerapan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Hj Omar. (2009b). Nahu Melayu Mutakhir. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Hj Omar (2010a). Kajian dan Perkembangan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Hj Omar (2010b). Wacana Temuduga dan Wawancara. (Edisi ke-2). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Bhatia, V.K. (1993). Analysing Genre: Language Use in Professional Settings. London: Longman.

Brown, P dan Levinson, S.C. (1990). Politeness: Some Universal in Language Usage. Cambridge University Press.

Goffman, E. (1981). Forms of Talks. Oxford: Basil Blackwell.

Hazlina Abdul Halim. (2012). Pengaruh Bahasa Melayu Dan Bahasa Inggeris Dalam Strategi Penukaran Kod Bahasa Perancis. GEMA Online® Journal of Language Studies. Vol.

(2), 693-709.

Hyland, K. (2008). Genre and Academic Writing in the Disciplines. Cambridge University Press. Journal Language Teaching. Vol. 41(4), 543-562.

Hymes, D. (1977). Foundation in Sociolinguistics: An Ethnographic Approach. London: Tavistock Publications Limited.

Lauerbach, G. (2007). Argumentation in Political Talk Show Interviews. Journal of Pragmatics. Vol. 39, 1388-1419.

Paltridge, B. (2004). Genre and the Language Learning Classroom. An Arbor: University of Michigan Press

Saidatul Nornis Hj. Mahali. (2008). Interaksi Sosial dalam Isun-Isun Bajau. Akademika. Vol. 74, 59 – 87. Muat turun 8 Ogos 2012 dari

http://www.ukm.my/penerbit/jurnal_pdf/akademika/jakad_74/600dpi_pdf/Jakad_74-04.pdf

Swales, J. M. (2005). Research Genres: Explorations and Applications. Cambridge: Cambridge University Press.

Swales, J. M. (2008). Genre Analysis: English in Academic and Research Settings. Cambridge: Cambridge University Press.

Thornborrow, J. (2007). Narrative, Opinion and Situated Argument in Talk Show Discourse. Journal of Pragmatics. Vol. 39, 1436-1453.

van Ress, M. A.(2007). Discourse Analysis and Argumentation Theory: The Case of Television Talk. Journal of Pragmatics. Vol. 39, 1454-1463.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 

 

 

eISSN : 2550-2131

ISSN : 1675-8021