Harmoni Vokal dan Degeminasi dalam Kata Pinjaman Arab: Analisis Tatatingkat Kekangan

Zaharani Ahmad, Nor Hashimah Jalaluddin, Maizura Osman

Abstract


Makalah ini menghurai dan menjelaskan perilaku fonologi harmoni vokal dan degeminasi dalam kata pinjaman Arab yang meresap masuk ke dalam bahasa Melayu. Data kajian terdiri daripada data skunder yang diperolehi daripada pangkalan data korpus berkomputer UKM-DBP  yang berjumlah 5 juta patah perkataan. Data dijana dengan menggunakan perisian Oxford WordSmith Tools, dan fenomena fonologi yang berlaku dianalisis dengan menggunakan pendekatan tatatingkat kekangan teori Optimaliti. Kata pinjaman Arab didapati mengalami perubahan fonologi kerana terpaksa mematuhi sistem fonologi bahasa Melayu, khususnya yang berkaitan dengan struktur suku kata. Bahasa Melayu tidak membenarkan kewujudan konsonan rangkap sama ada di posisi onset atau koda, serta tidak membenarkan konsonan geminat. Analisis menunjukkan motivasi fonologi yang mendorong berlakunya harmoni vokal dan degeminasi adalah keperluan untuk mematuhi struktur suku kata dasar dan kata minimal bahasa Melayu. Setiap suku kata mesti berstruktur (K)V(K) dan ini dikawal oleh kekangan *KOMPLEKS dan *SP. Setiap kata dasar pula digalakkan bersuku kata dua, dan ini dikawal oleh kekangan kata minimal KtPr=KD-σ. Kesan daripada pematuhan kekangan tersebut melibatkan pengingkaran kekangan lain, seperti  *SEBAR, MAKS-IO, MAKS-µ, dan DEP-IO. Kesemua kekangan ini perlu ditatatingkatkan, dan hierarki kekangan yang dicadangkan adalah *KOMPLEKS, *SP >> KtPr=KD-σ >> MAKS-IO >> DEP-IO >> *SEBAR >> MAKS-µ. Analisis tatatingkat kekangan ini berupaya memberikan penjelasan yang baik dan berpada tentang fenomena harmoni vokal dan degeminasi yang berlaku. Hasil kajian mendapati bahawa berlakunya proses natifisasi dalam kata pinjaman Arab akibat perbezaan sistem fonologi bahasa sumber dan bahasa peminjam. Tatatingkat kekangan bahasa Melayu natif didapati masih beroperasi secara aktif ke atas kata pinjaman Arab. 


Keywords


teori Optimaliti; kata pinjaman Arab; harmoni vocal; degeminasi; konsonan rangkap

Full Text:

PDF

References


Adam. G. (2002). From variable to optimal grammar: Evidence from language acquisition and language change. Tesis Ph.D. Tel Aviv University. Muat turun 5 Oktober 2009, dari http://roa.rutgers.edu/view.php3?roa=567

Adi Yasran Abdul Aziz & Zaharani Ahmad. (2008). Onset mora dalam dialek Kelantan: Analisis tatatingkat kekangan. Jurnal E-Bangi. Vol. 3(3), 1-16.

Amran Kasimin. (1987). Perbendaharaan kata Arab dalam bahasa Melayu. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Awang Mohammad Amin. (1993). Kata pinjaman Arab dalam Bahasa Melayu: Satu penilaian semula. Jurnal Dewan Bahasa. Vol. 37(1), 49-58.

Beg, Muhammad Abdul Jabbar. (1977). Arabic loan-words in Malay: A comparative study. Kuala Lumpur: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Clements, G.N & Keyser, S.J. (1985). CV phonology: A generative theory of the syllable. ambridge: The MIT Press.

Chomsky, N. (1970). Current Issues in Linguistic Theory. Ed. Ke-5. The Hague: Mouton.

Gadoua, Abdulhamid. H. (2000). Consonant clusters in Quranic Arabic. Muat turun 20 Mac 2010, dari http://clo.canadatoyou.com/28/Gadoua(2000)CLO28_61-85.pdf

Goodman, Beverley D. (1995). Features in Ponapean phonology. Tesis Ph.D. University Cornell, USA.

Halpern, Jack. (2009). Word stress and vowel neutralization in modern standard Arabic. Muat turun 20 Mac 2010, dari http://www.kanji.org/cjk/arabic/an_paper.pdf

Ham, W. (1998). A new approach to an old problem: Gemination and constrain reranking in West Germanic. Journal of Comparative Germanic Linguistics. Vol. 1, 225-262.

Hayes, Bruce. (1989). Compensatory lengthening in moraic phonology. Linguistic Inquiry. Vol. 20, 253-306.

Kager, René. (1999). Optimality theory. Cambridge: Cambridge University Press.

Kamariah Kamarudin & Pabiyah Hajimaming. (2007). Pengaruh Bahasa Arab dalam pembudayaan bahasa Melayu: Satu analisis berdasarkan novel-novel Zaid Akhtar. Kertas kerja Seminar antarabangsa linguistik dan pembudayaan bahasa Melayu ke-3, Serdang. 13-14 November 2007, 250-261.

Kenstowicz, M. & Pyle, C. (1973). On the phonological integrity of geminate clusters. Dlm M. Kenstowicz & C. Kisserberth (pnyt.). Issues in phonological theory (hlm. 27-43). The Hauge: Mouton.

Kirchner, Robert. (1993). Turkish vowel harmony and disharmony: An optimality theoretic account. Rutgers Optimality Workshop I (ROW-I). Muat turun 1 Februari 2010, dari http://roa.rutgers/edu.files/4-0000/roa-4-kirchner-1.ps

McCarthy, John. J. (2005). Optimal paradigms. Muat turun 5 Oktober 2009, dari http://roa.rutgers.edu/view.php3?roa=485

Morén, B. (1999). Distinctiveness, coercion and sonority: A unified theory of weight. Tesis Ph.D. University of Maryland, College Park. Muat turun 5 Oktober 2009, dari http://roa.rutgers.edu/view.php3?roa=346

Nor Hayati Mohamed. (2005). Penggunaan perkataan Arab dalam fonologi Kelantan. Tesis Sarjana. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Nurdekawaty Salleh. (2006). Kata pinjaman Arab dalam kamus: Satu analisis linguistik. Tesis Sarjana. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Prince, Alan & Paul Smolensky. (1993). Optimality Theory: Constraint Interaction in Generative Grammar. New Brunswick ,Rutgers University dan Boulder University of Colorado.

Repetti, Lori. (1993). The integration of foreign loans in the phonology of Italian. Italica. Vol. 70(2), 182-196.

Shariffulizan Malek. (2003). Fonologi vokal rangkap dan kepelbagaian dialek Melayu: Satu analisis teori optimaliti. Tesis Sarjana. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Tranel, B. (1991). CVC light syllables, geminates and Moraic theory. Phonology. Vol. 8, 291-302.

Watson, Janet. C. (2002). The phonology and morphology of Arabic. New York: Oxford University Press.

Yunus Maris. (1980). The Malay sound system. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.

Zaharani Ahmad. (1993). Fonologi generatif: Teori dan penerapan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zaharani Ahmad. (2004). Alignment and the syllable coda condition in Malay: An optimality account. GEMA Online® Journal of Language Studies. Vol. 4(2), 1-32.

Zaharani Ahmad. (2005). The phonology-morphology interface in Malay: An optimality theoretic account. Canberra: Pacific Linguistics.

Zaharani Ahmad. (2006). Kepelbagaian dialek Melayu dalam bahasa Melayu: Analisis tatatingkat kekangan. Jurnal e-Bangi. Vol. 1(1), 1-26.

Zaharani Ahmad & Teoh Boon Seong. (2006). Fonologi autosegmental penerapannya dalam bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zec, Draga. (2007). The syllable. Dlm Lacy, P. de (pnyt.), The Cambridge handbook of phonology (hlm. 161-194). Cambridge: Cambridge University Press.

Zuraidah Jantan & Zaharani Ahmad. (2009). Syarat koda dan kepelbagaian dialek Melayu: Analisis teori Optimaliti. Jurnal Bahasa. Vol. 16, 1-24.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 

 

 

eISSN : 2550-2131

ISSN : 1675-8021